About Me

Tuesday, October 21, 2008

mAnGsA taGGeD!

Moon ternganga sekejap bila Kak Hani Fazuha jadikan Moon mangsa seterusnya untuk game yang tak tahulah sape mulakan ni. Aduh...
Hmm... termenung jadinya bila kena imbas balik zaman sekolah yang banyak betul kenangan yang mengusik hati.
Okey... zaman sekolah yang Moon nak ceritakan ni masa form 4-5. Zaman ni yang paling best sekali.
3 TABIAT BURUK ZAMAN SEKOLAH
1. Wrap buku latihan dengan kertas dari majalah GILA-GILA dan GELI HATI. Moon akan pilih bahagian kartun yang berwarna supaya kelihatan menarik. Yang bestnya, bila masa terluang boleh baca kartun tu. Kelakar bila fikirkan balik. Moon sorang je yg buat macam tu. Cikgu lak tak kisah. Ntah apa2 je kan?


2. Moon dulu pakai kain meleret-leret sapu lantai. Teruk betul! Wahahaha... Bila cikgu nak buat spot check, barulah sibuk gulung sampai nampak buku lali. Lepas tu, menyeret balik. Bak kata mak, rumah dah tak payah sapu. Dah ada orang sapu sambil berjalan.


3. Pakai name tag nama orang lain. Dulu, Moon ahli koperasi. Bila tiba masa jaga koperasi, Moon ternampak ada satu kotak kecil untuk diletakkan name tag yang tersalah ejaan nama atau rosak. Ada satu nama tu buat Moon rasa suka nak pakai. SHAN... Cikgu cuma geleng kepala je. Hehehe...3 FAVOURITE SUBJEK... KENAPA?
1. Math - best sebab tak payah baca. Moon skor A2.

2. Sains - cikgu yang mengajar best giler. Form 4 & 5 dapat cikgu yang sama. Cikgu Rashid, miss you damn much. Skor A2.

3. Perdagangan - tak tahu kenapa bila belajar subjek ni terus masuk dalam kepala otak satu per satu. Skor A1. Cayalah!


3 SUBJEK X BEST... KENAPA?
1. Sejarah - bosan! kena hafal dan ingat nama, peristiwa, tahun dan kisah dulu-dulu. Argh... menyeksa jiwa.

2. Sejarah - wahahaha... subjek ni menduduki carta pertama dan kedua. Pendek kata, subjek ni paling tak bestlah. Membuatkan Moon pening. Aduh...

3. PJK - Moon bukan tak aktif dalam sukan, cuma menyampahnya bila time nak tukar baju. Dahlah tengah kepanasan, berpeluh-peluh. Lepas tu tergesa-gesa salin baju. Rasa tak selesa, melekit-lekit, berlengas... tak usah cakaplah. Kerana tak suka sangat nak melalui saat-saat tak best tu, sanggup pergi tolong cikgu lain buat kerja.

MENARIK PADA KAMU...
Ada yang menarik ke? Menolak adalah... hahahaha...

Ada orang kata, Moon gelak best. Ada yang kata cara Moon gelak kelakar.
Ada jugak yang terkejut bila dengar Moon gelak. Wahahaha... Nak tahu, kenalah dengar sendiri. Tu je kot yang menarik pasal Moon.

KAMU PALING SUKA...
Banyak yang Moon suka. Macam-macam... Tapi yang lain daripada orang lain, Moon suka minum air jarang atau orang panggil air masak. Ada orang panggil air kosong. Kalau air mineral, lagi Moon suka. Sehari tak dapat minum, tak sah. Mesti teringat-ingat. Sedapnya...

ANDA TAK BOLEH HIDUP TANPA...
Yang Maha Besar. Kerana DIA Moon hidup, kerana DIA Moon akan kembali.
SEBELUM TIDUR MALAM, SIAPA YANG DIHUBUNGI?
Hmm... Tak ada sesiapa. Sebab siang-siang dah call. Wahahaha...

MANGSA SETERUSNYA...
Alang-alang Moon dah kena, Moon pun nak kenakan orang. Calon-calonnya ialah:
1. Hezzy Azra
2. Lily Suriani
3. Lya Sweet


Wahahaha... Tolong jangan baling telur. Lari...

6 comments:

Hani Fazuha said...

Bak gelak tu bukan menarik atau menolak tapi menoleh....gelak awak boleh buat seluruh isi alam menoleh pandang sebab nak tahu... mmmm anak sapalah yang gelak mcm gitu..hehehe..

Hezzy Azra... said...

Moon,
Fuh! Selesai juga menjawab soklan tagged ni!

Cantik...menarik... tertarik... gelak Moon mmg 'the domb!' Hehehe

Anonymous said...

Apa tag-tag ni, macam tic-tac aje thehehe ...oooo ko kutuk aku yekkk ... nanti kauuu .. hehehhe

...: muRn! aQ!La :... said...

SF tu mcm nak suruh moon tag dia je.
tu yg dia dok gelak2 tu...
tunggu la masanya nnti.

-Ain-Dak In- said...

hani fazuha ni cam kenal la..
xpe.xpe...
blik kang cari novel dia kat umah tu,...
huhuhuhu.....

akk ni asik terkena je...
ape lg..
akk cari ar smthg wat dorang lak yg di kenakan...

hahahahaha.....

x sabar tggu pesta buku nati..
huhuhuhu....

dulu smpay bergambar ngan aisya sofea ngan damya hanna ja..
wahahahaha.....

kak nia lak jauh di perantau kan????
bila dia nak lik msia ni???

hmmmm....

...: muRn! aQ!La :... said...

hai lolipop...
ok gak 'terkena' ni.
bila 'terkena', kita pun kena gak.
kena sabar...
ujian yg bagus tu.
kalo ada umur kita jumpa kat pwtc ek.
kak nia tu lama lagi kat overseas.
kalo dia ada masa balik m'sia masa tu, best gak kan?