About Me

Wednesday, April 29, 2009

...sEmaLaM tEtaP diKenAnG...

Serius... Moon rasa penat yang amat. Penangan pesta buku memang menggeletarkan. Wakahaha... Hari terakhir berpesta Ahad lalu, Moon sampai kat rumah pukul 12.16 pagi. Lepas tutup booth malam tu, makan-makan dengan officemate. Walaupun penat dan mengantuk, tetap nak meraikan kegembiraan. Tu yang sampai rumah lambat.

Sampai rumah aje, aduh... longlai rasa tulang-temulang. Dalam hati masih terbayang-bayang peristiwa pahit manis di pesta buku yang berlangsung selama 10 hari. Ada banyak perkara yang masih melekat kuat di hati. Tapi yang memang tak mungkin Moon lupa antaranya:

Situasi 1

Masa tu Moon jadi casher di kaunter tingkat 2. Datang sepasang peminat Alaf membeli buku. Crowd agak ramai dan sampai beratur nak membayar.

Assistant casher: Kodnya **** dan **** (Dia baca kod buku yang ditampal di belakang buku).
Moon: (Punch kod yang dibacakan. Kemudian, keluarlah harga yang diset dalam sistem) Semua sekali RM** (Barulah Moon pandang orang yang hendak membeli buku tu)

Alangkah terkejutnya Moon kerana yang membeli buku tu seorang wanita yang kurang upaya. Dia cacat penglihatan. Di sebelahnya seorang lelaki yang Moon rasa senasib sepertinya, melihatkan gayanya yang hampir serupa. Jatuh sayu hati Moon masa tu. Kerana terkejut, Moon lupa novel apa yang dia beli. Entah siapalah yang melayannya memilih buku-buku yang nak dibeli.

Dia keluarkan dompetnya, lalu agak teraba-raba duit kertas yang ada di dalamnya. Moon ambil duit yang dihulurkan dan kemudian mengembalikan wang baki pada dia sebelum dia berlalu. Moon tak pasti macam mana dia boleh bagi duit yang sesuai dengan harga buku yang dibelinya. Dan Moon sampai sekarang terfikir-fikir, siapa yang membacakan novel tu untuk dia?

Hati Moon jadi sebak. Mereka yang sedemikian nasibnya masih kuat semangat mahu membaca. Tapi mereka yang ada penglihatan pula tidak peduli itu semua. Dunia, dunia...


Situasi 2

Moon masih sebagai casher di tempat yang sama, tapi pada hari yang berlainan. Customer yang membeli seorang gadis awal 20-an. Yang paling Moon tak boleh lupa, celak yang dipakai gadis ni agak tebal di kelopak dan bawah matanya.

Moon: RM28 semuanya.
Gadis itu pun mengeluarkan duit kertasnya.
Moon ketika itu kepala entah melayang ke mana. Moon tekan RM30. Jadi, bakinya RM2. Moon hulurkan pada gadis itu bersama resitnya sekali.
Gadis itu: Eh, tadi saya bagi RM50.

Moon terpinga-pinga pandang gadis itu. Kemudian Moon pandang Kak Saadiah yang jadi assistant Moon. Dia pun muka blur. Moon pulangkan jugalah RM22 pada gadis itu. Nak bersoal jawab, ramai yang tengah beratur nak bayar. Lagipun, Moon tengah pening-pening ayam lagi.
Lepas dah selesai dan keadaan kembali lengang, Moon tanya Kak Saadiah.

Moon: Akak... betul ke budak perempuan tadi bagi Moon RM50?
Kak Saadiah: Tulah... akak pun pelik juga.
Moon: Akak rasa dia bagi RM50 ke RM30?
Kak Saadiah: Akak rasa RM30. Tapi bila dia kata dia bagi RM50, akak tercengang juga.
Moon: Habislah, kak... Kaunter kita mesti short. (sambil rasa nak nangis)
Kak Saadiah: Janganlah risau, Moon. Bla... bla... bla... (ayat memujuk)

Ketika sembahyang maghrib, Moon sempat berdoa supaya ALLAH bukakan hati perempuan tu pulangkan balik duit tu kalau dia menipu. Setelah kaunter Moon ditutup dan pengiraan dibuat, ada lebihan RM10! Wah, bagaimana itu bisa terjadi? Moon pun tak tahu kenapa jadi begitu. Namun, pengajarannya cukup mendewasakan. Yalah... Moon jadi casher pun 3 hari je. Manalah sangka ada orang nak menipu cara begitu.


Situasi 3

Seorang lelaki berumur lingkungan 40-an datang bertanya pada Moon yang ketika itu ditugaskan menjaga booth.

Lelaki itu: Harga buku-buku ni semua ada diskaun ke?
Moon: Semua ada. Kalau beli ikut pakej lagi dapat murah.
Lelaki itu: RM48 je ke yang ni? (Ditunjukkan pakej trio Mei)
Moon: Ya... (sambil tersenyum menawan)
Lelaki itu: Tak boleh kurang lagi ke?
Moon: Ini dah kira murah ni. Kalau tak harganya RM58.
Lelaki itu: Takkan tak boleh bagi harga lagi murah? Kat Langkawi susah nak cari. Ni nak pos ke sana lagi.
Moon: Harga yang kita jual kat sini dah set dalam sistem. Dah tak boleh nak murah lagi. Kalau encik nak, encik boleh order online aje dari Langkawi. Kos pos pun free.
Lelaki itu: Kalau macam tu saya beli buku ni, lepas tu awak poskan.
Moon: Mana boleh macam tu. Kalau nak pos, kena bayar harga biasa.
Lelaki itu: Apa pulak tak boleh? Saya nak pos pada pegawai KEMAS kat Langkawi ni. Bla.. bla.. bla.. bla...
Moon: Kalau encik tak percaya, encik tanya sendiri dengan staf bahagian langganan. Dia lebih arif lagi. (Moon tunjuk officemate yang berdiri tak jauh dari Moon)

Moon dah pening kepala nak layan kerenah lelaki tu. Banyak betul songeh! Ucapan Moon pada pak cik tu, tolonglah faham keadaan kami yang bekerja hanya ikut prosedur. Kalau kami ni bos, lainlah cerita. Kan?

Macam-macam cerita lagi sebenarnya. Tak larat nak menaip dah. Penat yang ada ni masih bersisa lagi. Moon ada rakamkan detik-detik manis di pesta buku. Boleh dijadikan tatapan. Sungguh... pada pagi hari Isnin lepas Moon sudah rindu nak datang ke pesta buku di PWTC lagi. Huhuhu...


Wednesday, April 15, 2009

...sEkaLi kAki meLanGkaH...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 09 akan bermula tak lama lagi. Nampaknya, sekali lagi kita berpesta di PWTC bermula 17 - 26 April 2009. Tapi ni bukan pesta-pesta tak senonoh tau. Yalah... kalau dulu bila sebut perkataan pesta, automatik orang akan bayangkan hal-hal yang negatif. Jangan risau, pesta yang ni penuh dengan ilmu.

Seperti tahun-tahun sebelum ni, Moon tetap akan ke PWTC untuk memeriahkan pesta tu. Kalau nak jumpa Moon kat sana, boleh saja (sambil senyum malu-malu).
Tapi bukan sebagai penulis. Tugas sebagai tulang belakang Alaf 21 lebih memerlukan Moon. Nak kata Moon orang kuat, Moon sebenarnya nampak lembik sikit. Wakahaha...

Entahlah... kebanyakan orang yang Moon kenal, first impression dia orang pada Moon - Moon ni lemah-lembut. Padahal, Moon rasa dah cukup 'keras' ni sebenarnya. Sampai mengeras jadinya. Wakahaha... Jangan fikir yang bukan-bukan pulak. Moralnya, tanggapan kita pada diri sendiri takkan sama dengan tanggapan orang lain.


Berbalik pada pesta buku kat PWTC, Moon sangat-sangat teruja. Keseronokan bersama kawan-kawan yang sungguh bekerja keras membanting tulang untuk memastikan jualan sentiasa meningkat hari demi hari, memang paling best Moon rasa. Pergh... ayat, tak tahan! Tapi Moon tak tipu. Pesta buku kat PWTC yang paling seronok. Walaupun penatnya terasa dari hujung rambut sampai hujung kaki, dari liang roma hingga ke saraf paling hujung... itu semua berbaloi dengan kepuasan hati.


Jadi, jika ada kesempatan datanglah ke PWTC. Khabarnya, ramai penulis akan bertamu di booth Alaf 21. Kalau nak tahu, ada info tentang ni di laman web Alaf 21. Seperti biasa, Alaf 21 dan syarikat bersekutunya Kumpulan Karangkraf ada tema setiap tahun. Tahun lepas, tema santai bercuti walaupun sedang bekerja. Siap dengan baju Hawaii dan topi segala. Rasa kelakar ada, bangga pun ada. Sebab lain daripada orang lain. Untuk tahun ni pula, kenalah datang ke PWTC kalau nak tahu. Sekali kaki dah melangkah masuk, akan bertambah lagi ilmu di dada.


Moon ada beberapa gambar pesta buku tahun lepas yang nak dikongsikan bersama. Memang banyak sebenarnya, tapi Moon ambil secara rawak saja. Nak tunjuk semua, overlah pulak kan? Saksikanlah...


Saturday, April 11, 2009

...paDa kEtiKa itU...

Mungkin kerana cuaca. Ya, kerana cuaca!
Jika dianalisis dengan data-data yang terperinci, penyebabnya memang CUACA. Cuaca yang melanda dunia kita sekarang tak stabil.
Kadang-kadang panas terik yang membakarkan.

Kadang-kadang hujan ribut pula yang melanda.
Disebabkan faktor-faktor inilah maka Moon mengatakan CUACA lah puncanya.

Hari Khamis lepas, 9 April Moon ada shooting. Itu hari kedua sebenarnya.
Oleh kerana terdedah dengan cuaca yang tak menentu, Moon dilanda penyakit.
Hari Khamis itulah Moon dapat rasa sakit tekak yang semacam aje.
Hari Jumaat, keadaan makin teruk. Siap dengan pening kepala lagi.
Badan sekejap panas sekejap tak. Duduk dalam opis ada air-cond, rasa seram sejuk je.
Tekak yang sakit itu terasa perit bila menelan air liur.
Nak telan makanan pun rasa terseksa.
Aduh...

Mujur Moon tak ada kerja-kerja luar. Lepak kat opis ajelah.
Tapi disebabkan tak tertahan, Moon minta berehat dengan tenang lepas makan ubat.
Ubat pun cuma air badak dengan strepsils yang mengandungi vitamin C-100.
Kira okeylah tu...
Member-member opis suruh pergi klinik, tapi Moon degil.
Nak pergi petang lepas habis kerja jugak.

Balik kerja, terus pergi klinik.
Doktor buat check-up. Dia kata:
=> "Tekak awak bengkak dan bernanah. Ada jangkitan kuman."
=> "Awak ada demam. Panas jugak. 38 darjah celcius!"
=> "Makan ubat yang saya bagi dan banyakkan minum air."
=> "Balik nanti terus mandi, makan... Lepas tu baru makan ubat."

Bila fikir-fikir balik, cuaca tu cuma penyebab saja.
Yang bagi Moon sakit ni sebenarnya ALLAH.
Sakit kan nikmat? Hanya orang yang sakit aje tahu nikmatnya.
Yang sihat tetap akan sakit.
Yang muda juga pasti akan jadi tua, kecuali ajalnya awal.
Dalam dunia ni cuma ada dua pilihan saja; mati sebelum tua atau tua baru mati.

Mati sebelum tua - bersedia ke kita mati awal dengan pahala yang tak banyak mana ni?
Tua baru mati - banyak ke pahala kita masa tu? Atau perangai buruk masa muda susah nak dikikis kerana dah jadi tabiat?

Cuma ada sesuatu yang Moon fikir sekarang ni...
Bila umur Moon dah sampai usia pencen, apa Moon nak buat masa tu?
Impian Moon nak pusing satu dunia dengan orang yang tersayang sambil menikmati dan mensyukuri kekuasaan-NYA.

Tapi... dah banyak duit ke masa tu? Atau sampai ke usia Moon ke angka tu?