About Me

Thursday, December 31, 2009

LePaS 4 juMaaT...

Hmm...
Dah 3 Jumaat dah.
Esok, genap 4 Jumaat pulak.

Kebetulan yang sangat-sangat tak disangka.
4 Jumaat berturut-turut cuti... akhir tahun pulak tu.
Memang kebetulan. Dah la cuti sekolah.
Sesiapa yang banyak cuti tahun tu, boleh habiskan betul-betul.
Cuti sakan!
(^_^)

Hari ni hari terakhir tahun 2009.
Walaupun sibuk, Moon tetap abadikan tarikh ni kat sini jugak.
Tetap nak menulis. 
Biarpun tak tahu nak tulis apa. 
Ngeeeehehehehehe....


Ada masa Moon nak semua benda berlalu dengan cepat.
Biasanya bila ada masalah. Ada perkara yang membebankan kepala.
Lagi cepat masa berlalu, lagi bagus.


Ada kala kalau boleh Moon nak masa tak berlalu langsung.
Itu kalau Moon rasa happy. Pastu rasa tak nak bertukar tahun. 
Sebab kalau tahun bertukar, umur pulak makin meningkat. 
Arghhhh... makin tua!


Tapi...
Tahun baru menjelang jugak esok.
Dah cuba buat-buat tak sedar, tak boleh pulak. 
Wakakakakaka... =P

Sedih betul nak tinggalkan tahun 2009.
Saat Moon menulis ni, tinggal kira-kira 11 jam je lagi.
Adoyai... sayangnya!
Sebab gambaran kekusutan dah terbayang bakal berlaku pada tahun 2010.


Serius...
Moon tak suka kekusutan tu. Mengusutkan.
Tak suka dia! (x_x)


~end~

Monday, December 14, 2009

sEdaR. LaLu... rEaLizE!

Jahatnya Moon...
Jahat.
Jahat sangat!

Blog sendiri malas nak update.
Tahu buat... tapi tak nak tahu jaga.
Lepas ni kalau buat macam ni lagi, siap!
Huh!

(Marah diri sendiri konon. Ahak!)

So...

Sejak akhir-akhir ni Moon baru tersedarkan sesuatu.
Susah nak sedarkan diri sebenarnya selagi tak berlaku sesuatu.
Perkataan ni buat Moon banyak berfikir...
iaitu:
KEPUTUSAN.

Moon berani potong kuku kalau ada orang yang mengatakan dia tak pernah silap membuat atau memilih sesebuah KEPUTUSAN. Wakakakakaka.....

Ya... Moon mengaku.
Ada KEPUTUSAN yang Moon pilih dulu, sampai sekarang Moon sesalkan.
Sehinggakan setiap kali berdepan dengan situasi membuat KEPUTUSAN, Moon terpaksa berfikir dengan lebih lebih lebih lebih lebih keras daripada biasa. (ayat penegasan)

Kerana...

Sesebuah KEPUTUSAN itu meletakkan kita berada di dua persimpangan.
Sama ada penghujungnya bahagia atau menambah parah dalam perjalanan kehidupan.
Apabila KEPUTUSAN dah dibuat, barulah natijahnya jelas pada pandangan.
Ketika itu, mengubah KEPUTUSAN bukan lagi memberi apa-apa makna.

Memang kita kena percaya pada qada' dan qadar.
Itu wajib.
Dalam masa yang sama, KEPUTUSAN yang kita ambil tetap akan menentukan hala tuju masa depan.
Di situlah terletaknya harapan doa.
Doa yang diiringi dengan rahmat-NYA, pasti diberi laluan pada jalan yang lurus.
Moon cuba beryakin diri pada janji ALLAH ini.

Jadi...

Apabila tiba saat yang memerlukan Moon buat KEPUTUSAN, Moon takkan lupa berdoa. Fikir semasak-masaknya. Pengalaman sepatutnya mendewasakan. Kan?

Sekarang ni, Moon akan tenangkan hati dengan kata-kata ini:
ALLAH memberi apa yang kita perlu...
Bukan apa yang kita mahu.

~end~