About Me

Tuesday, April 28, 2015

Friday, April 24, 2015

...komen GILA TAK RINDU...


ini komen pertama saya terima untuk novel GILA TAK RINDU. 



alhamdulillah... rasa hepi giler! ehehee...

kalau nak tahu, Fazrin Amri Hazni ni baca semua novel saya dari yg pertama sampailah yg terbaru ni. walaupun dia lelaki, gigih dia baca novel. macam comel je kan? :P

dah la novel GILA TAK RINDU ni tebal 734 m/s. 1 hari je dia baca. pehhh... kagum la dengan dia ni. memang kaki membaca. thumps up! 

apa-apa pun, saya terima semua komen sebagai suntikan semangat untuk saya terus menghasilkan karya yang lebih baik. insya Allah...

~end~

Wednesday, April 22, 2015

...terima kasih SAYANG...


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015..!!

Acara tahunan besar-besaran bidang penerbitan buku sekali lagi menyemarakkan suasana. Amboi... ayat. Iklan TV sangat! ahahhahaa...

Istimewanya PBAKL tahun ni, majlis ANUGERAH NOVELIS PROLIFIK diadakan untuk mengiktiraf novelis Alaf 21 yang sudah menghasilkan sekurang-kurangnya 5 buah novel. 



Alhamdulillah... saya sudah mengarang 7 buah novel.  
1. Sebutlah Namaku - 2008
2. Ucapkan Kau Rindu - 2009
3. Cinta Aku Seadanya - 2010
4. Ingat Janji Kita - 2011
5. Sayang Awak, Sayang - 2012
6. Awak Jangan Nakal - 2014
7. Gila Tak Rindu - 2015

So datanglah ke Dewan Tun Dr. Ismail kat PWTC Kuala Lumpur pada 25 APRIL 2015 jam 10.30 pagi. Datang dan support saya serta novelis-novelis Alaf 21 yang lain dalam majlis tu nanti. 



Di kesempatan ni, saya nak ucapkan ribuah terima kasih pada semuuuuuuuua yang bagi sokongan dan dorongan pada saya selama ni. Terima kasih pada yang beli dan baca novel saya. Terima kasih atas pujian, kritikan, komen, pandangan dan doa. Anda semualah yang membuatkan saya mahu berkarya dan terus berkarya menghasilkan yang terbaik. 

Harapan saya, sokongan dan dorongan anda semua pada saya sampai bila-bila. Tak kira ketika saya sedang di atas atau di bawah. Terima kasih semua.

~end~

Saturday, April 4, 2015

...pre order GILA TAK RINDU...




pre order novel GILA TAK RINDU dibuka SEKARANG...!!

cara menempah:
-> DM di Facebook Novelis MuRni AqiLa atau fanpages Novelis Murni Aqila.
-> DM di Instagram @murni_aqila atau Twitter @MurniAqila
-> e-mel: murni.aqila@gmail.com


1. tulis 'pre order gila tak rindu' pada title supaya mudah dirujuk.
2. nyatakan item & kuantiti yang mahu dibeli serta size t-shirt (jika ada).
3. pembayaran boleh dibuat ke akaun maybank 562218111067 (inkprez enterprise). bukti pembayaran perlu ditunjuk.
4. berikan nama, alamat & no telefon untuk proses penghantaran dilakukan.
5. cenderahati diberi selagi stok masih ada.

tarikh tutup pre order: 11 APRIL 2015 (SABTU).
tempahan selepas tempoh pre order berubah dan stok t-shirt tiada lagi.
tempahan akan dihantar pada minggu terakhir APRIL atau minggu pertama MEI 2015.


~end~

...sinopsis GILA TAK RINDU...


alhamdulillah... sebuah lagi novel saya diterbitkan untuk pembaca semua.

Nah!
saya belanja cover & sinopsis novel Gila Tak Rindu.

novel ni untuk terbitan Mei 2015. 
insya-Allah akan ada di Pesta Buku Antarabangsa PWTC 24 April - 3 Mei nanti.
saya harap novel saya yang ke 7 ni akan menawan hati anda semua. ewah.... 

(^__^)v

p/s: klik sini untuk baca novel Gila Tak Rindu secara online.



-*-*-*-*-*-

Alangkah terkejutnya Nomi apabila Mr. Krab yang pertama kali dia nak jumpa tu, lelaki yang bergaduh dengannya di lampu isyarat! Apa lagi, bertekaklah budak dua orang tu.

Adib mula menyesal menyamar jadi Mr. Krab. Mr. Krab yang sebenarnya ialah Risham. Risham suruh Adib ganti jadi dirinya sebab dia dah bercinta dengan Kisya. Adib terima tawaran Risham itu bersebab walau dia sukakan Hazza dalam diam.

Adib ingatkan... cerita sini, habis sini. Sekali Nomi langgar motornya! Berdebus jatuh berendam dalam parit. Mengamuklah dia. Dia nak Nomi jadi kulinya. Selagi motornya ada di worksyop, Nomi kena hantar dia pergi dan balik kerja.

Nomi bengang. Perangai Adib sungguh menjengkelkan. Asal jumpa mereka bertekak. Asal bertekak mereka jumpa. Sampaikan apabila tak bertekak, rasa sunyi pulak.

Eh, eh, ehh... lain macam je dia orang ni. Macam ada apa-apa je. Kalau Nomi tahu siapa Mr. Krab yang sebenar macam mana? Alamak... huru-haralah dunia ni.






~end~