About Me

Tuesday, June 22, 2010

...mEniLai diRi...


Dalam segmen tinta penulis novel Ucapkan Kau Rindu, Moon ada catatkan sesuatu.
Dan ada pula yang sukakannya. 
Thx... (^_^)

So, Moon nak abadikan tulisan tu di blog ni pula.
Ayatnya begini:

"Penceritaan tanpa mesej ibarat kertas yang kosong.
Novel ini dicipta untuk menyampaikan kepada pembaca bahawa; 
setiap manusia yang hadir dalam hidup kita, sama ada berpersonaliti 'jahat' atau baik...
semuanya ada peranan tersendiri.

Sungguh mustahil dalam sebuah kehidupan hanya dikelilingi mereka yang baik-baik sahaja. 
Pasti wujud insan yang mencetuskan pergolakan. 
Di situlah bergunanya akal yang positif. 
Menilailah dengan lebih berhikmah, agar lubuk dendam tidak akan berdasar di dalam hati."

Dulu... Moon pernah menempuh perjalanan hidup yang sukar.
Dugaannya begitu besar apabila berdepan dengan si pendera perasaan.
Tiada bezanya jika didera secara fizikal.
Cuma perasaan yang didera tidak terzahir di mata, sebaliknya bernanah di jiwa.
Mental yang ketika itu sangat rapuh akarnya menerima impak.

Sering Moon menangis... tertanya-tanya, kenapa Moon dipertemukan dengan manusia sedemikian rupa?
Sukar nak menjawab soalan tu. Sampai sekarang Moon tak ada jawapannya.
Apa yang pasti, ia mengajar Moon agar tak memperlakukan perkara yang sama pada orang lain.

Hikmahnya...
Moon jadi diri Moon yang sekarang.

~end~

Thursday, June 3, 2010

...pEcaHkaN beLenggU iTu...

"MENGKRITIK tak bererti MENENTANG.
BERSETUJU tak semestinya MENYOKONG.
MENEGUR tak bermakna MEMBENCI.
Dan BERBEZA PENDAPAT adalah KAWAN BERFIKIR yang baik."

Moon suka sangat menghayati kata-kata sebegini.
Membuatkan Moon akan berfikir di luar kotak.
Berfikir dari sudut yang berbeza.
Cuba untuk tak mundurkan minda sendiri.
Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.
(^_^)v

Ramai yang MENGKRITIK dipengaruhi emosi nak MENENTANG.
Dan orang yang DIKRITIK merasa diri DITENTANG.

Kita rasa DISOKONG kalau ada yang BERSETUJU dengan kita.
Sedangkan sebenarnya SETUJU itu kerana dah tak kuasa nak melayan.

Setiap kali MENEGUR, pasti dikaitkan dengan MEMBENCI.
Padahal, berniat baik dengan teguran tu.

Kenapa ek?
Kenapa belenggu begini yang sering mengekang minda kita?
Dan kenapa kita susah nak anggap BERBEZA PENDAPAT membuatkan kita lebih BERFIKIR?

~end~