About Me

Friday, March 25, 2011

...aDa kaLa...

Ada masa kita gembira dengan kawan-kawan.
Borak-borak. Gelak-gelak. 

Ada masa kita perlukan ruang tersendiri.
Muhasabah diri. Melayan perasaan.

Bukan setiap masa kita perlu dikelilingi ramai orang.
Dan tak selalu kita perlu mengasingkan diri.
Semuanya bergantung pada keadaan.

Kadang-kadang bila kita bersendiri, kita rasa nak berkawan.
Ada kala dalam keramaian, kita rasa nak keseorangan.

Bila dekat kita tak ambil peduli.
Bila dah jauh baru rasa rindu.
Itulah adat manusia.
Macam Moon.
Hmmm....

Yang pasti sejak akhir-akhir ni Moon rasa rindu pada seorang sahabat ni.
Rindu nak borak-borak macam suatu ketika dulu.
Kutuk-kutuk. Gelak-gelak. Usik-usik. Kongsi cerita. Kutuk-kutuk. Gelak-gelak.
Hanya dia sahabat yang Moon cerita tentang diri Moon yang tak pernah Moon cerita pada orang lain.
Sebab dia pernah cakap Moon kawan baik dia.
Haaiihhh..... (-_-)














~end~

Tuesday, March 8, 2011

...syaRat-syaRatnYa...

Banyak lagu Indon yang jadi halwa telinga Moon.
Bukan nak kata lagu Malaysia tak best.
Cuma Moon suka lirik lagu-lagu Indon.
Sangat puitis.
Bahasanya melankolik.
Memang jiwang tahap air terjun. hehee.....
Antaranya lagu ni:

CINTA TAK BERSYARAT - ELEMENT
Tak ada sedikit pun sesalku
tak bertahan dengan setiaku
walau di akhir jalan
ku harus melepaskan dirimu.
 
Ternyata tak mampu kau melihat
dalamnya cintaku yang hebat
hingga ada alasan bagimu
tuk tinggalkan setiamu...

Demi nama cinta
telah ku persembahkan hatiku hanya untukmu
telah ku jaga kejujuran dalam setiap nafasku.

Kerana demi cinta
telah ku relakan kecewa ku atas ingkarmu
sebab ku mengerti cinta itu tak mesti memiliki.

Andai saja bisa kau fahami
layaknya erti kasih sejati
kerana cinta yang sungguh
tiada akan pernah mungkin bersyarat.

Demi nama cinta
telah ku persembahkan hatiku hanya untukmu
telah ku jaga kejujuran dalam setiap nafasku.

Kerana demi cinta
telah ku relakan kecewa ku atas ingkarmu
sebab ku mengerti cinta itu tak mesti memiliki dirimu.


Ternyata tak mampu kau melihat
Dalamnya cintaku yang hebat.

-*-*-*-*-*-*-

Cinta sebenarnya perlukan syarat.
Kerana syarat itu akan memelihara ketulusan sesebuah cinta.

~end~