About Me

Wednesday, October 26, 2011

...harap dia RELA...

Fuyoohhh.....
Meletup-letup lagu Stacy yang baru ni.
Lagi-lagi sejak jadi lagu drama Cinta Elysa.
Kat radio pun asyik putar lagu ni.
Siapa kata Stacy cuma boleh nyanyi lagu rancak je?
Dia nyanyi lagu ni punya la meleleh dengar.
Sedih.
Ada sesuatu yang membuatkan Moon nak abadikan lagu ni kat sini.
Tapi kita nyanyi dulu ya?
Hehehee.....

KISAH DONGENG - STACY

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

-*-*-*-*-*-*-

Moon dah lama suka lagu ni.
First time dengar terus teringat novel CINTA AKU SEADANYA.
Rasa macam kena je lagu ni dengan novel tu.
Kena sangat, sangat, sangat, sangat !!

Moon bayangkan Syifa nyanyi lagu ni dan ditujukan pada Muszahri.
Dari atas sampai bawah lirik lagu ni merupakan luahan hati Syifa.
Kalaulah novel tu diadaptasi jadi drama, memang Moon pilih lagu ni jadi lagu temanya.
Kalaulah.....
(Berangan dulu)

~end~

Friday, October 7, 2011

... for THE FIRST TIME...

Moon dah lama teringin nak buat trailer untuk novel sendiri.
Alhamdulillah.... hasrat Moon tercapai akhirnya.
Dengan usahasama ilustrator yang sangat berbakat, Wan Hairulshifah... terhasillah trailer novel INGAT JANJI KITA.

Jom kita layan.....




Moon hepi sangat7 walaupun trailer ni tak perfect. Statik.
Tapi sekurang-kurangnya Moon cuba kan?
Moon rasa percubaan pertama Moon ni tak gagal.
Orang yang gagal ialah yang langsung tak mencuba.
Kan?
(Nak jaga hati sendiri sebenarnya. Ahahhaa.....)

~end~