About Me

Monday, July 31, 2017

...my secret HUSBAND...

tahniah buat sahabat saya Siti Nur Dhuha...
dia dah terbitkan sebuah lagi novel yang gerenti meletop macam novel-novel dia sebelum ni.
novel akhir sebuah cinta, cinta untukmu, hingga ke akhirnya, my love playgirl... antara yang pernah menggegarkan peminat novel.
novel ke-9 yang terbaru ni diberi tajuk My Secret Husband.




ni sinopsis novel ni:
Atas dasar simpati, Aifa Asyikin sanggup berkahwin dengan Ryan Danish walaupun penampilan Ryan sangat 'klasik'. Disebabkan itu Aifa terpaksa menyembunyikan status perkahwinannya daripada pengetahuan orang.

Dalam melayari bahtera perkahwinan bersama suami rahsianya itu. Aifa saban hari pening kepala melayani sikap aneh dan 'jakun' Ryan. Ryan hanya mahu makan roti dan mempunyai tabiat mengikat straw pada rambutnya. Malah Ryan lebih selesa tidur di bawah katil sementara isterinya tidur di atas katil.

Aifa langsung tidak menyangka suami misterinya itu adalah pewaris harta pusaka arwah ayahnya, Zaid yang berjuta ringgit. Datin Syerina peguam ayahnya itu telah pecah amanah dan menukar segala harta milik Zaid kepada namanya. Sampaikan sanggup mengurung Ryan di bilik bawah tanah sehingga 23 tahun. Begitu kejam tindakan Datin Syerina.

Dapatkah Ryan merampas kembali harta milik Zaid? Bagaimana pula dengan Datin Syerina, dapatkah dia mempertahankannya? Apakah tindakan Aifa apabila mengetahui suaminya itu seorang jutawan. Semua akan terjawab dalam novel ini.

"Dengan ini saya lucutkan pangkat 'My Secret Husband'. Sekarang abang adalah 'My Unsecret Husband'. Saya takkan berahsia lagi kewujudan abang dalam hidup saya. Perubahan pakaian abang dan rambut yang tak ada straw sudah cukup mengembirakan." -Aifa

"Tak pernah dibuat orang bawa calon suami dalam bonet kereta. Kamu ni main-main atau serius Aifa."- Uthman

wahh.. baca sinopsis pun dah rasa menarik kan?
bakal terbit bulan Ogos ni.
so jangan lupa dapatkan novel ni di kedai-kedai buku.
gerenti puas hati.

~end~

Sunday, July 16, 2017

...kehilangan CINCIN...

dah seminggu tunggu.
tapi takde jugak yang ditunggu-tunggu.
so terpaksa la pasang iklan kat sini.

cerita dia macam ni.
minggu lepas 8 julai 2017 hari rabu saya ke Port Dickson.
singgah kat Surau Pantai Saujana.
surau ni terletak kat jalan pantai batu 4.
dekat jugak la dengan tapak pasar malam yang dekat dengan petronas.

saya singgah nak solat.
surau bahagian perempuan gelap sikit.
memang sengaja tak pasang lampu rasanya.
sebab kalau pasang lampu nanti yang solat kat bahagian lelaki boleh nampak.
sedangkan tak pasang lampu pun kami yang kat bahagian perempuan boleh nampak dengan jelas bahagian lelaki.
ditambah lagi kedudukannya sebaris.

bila dah siap solat saya duduk kat depan cermin kat bahagian belakang.
kat situ lebih gelap. 
masa tu pulak dah pukul 6.00 petang. 
saya pakai mekap pakai tudung sampai siap.
dan saya tak perasan cincin yang saya buka ada letak kat lantai.
saya keluar dari surau dan terus masuk dalam kereta. 

saya hanya sedar cincin saya hilang bila dah dalam perjalanan balik ke shah alam lepas maghrib.
bayangkan! 
rasa nak menangis nak teriak nak terlolong semua ada.
nak patah balik memang tak la.
sebab masa tu dah masuk area selangor dah. 

saya tunggu kalau ada yang jumpa cincin tu viralkan kat facebook.
namun sayangnya memang tak ada.
dah seminggu berlalu.
sebab tu saya letak kat blog pulak.
harap-harap sesiapa yang jumpa cincin tu tolong e-mel kat saya murni.aqila@gmail.com.
saya tak ada gambar cincin tu semata-mata. 
gambar saya pakai cincin tu dari jauh ada la.

tak nampak sangat bentuk cincin tu macam mana. tapi ni la cincin saya yang hilang.

ni gambar saya dari jauh. kita mana la nak snagka cincin nak hilang kan? kalau tahu nak hilang dari dulu lagi saya dah siap-siap ambil gambar cincin tu. huhuu..

cincin tu ada permata besar warna putih kat tengah-tengah.
kelililing permata besar tu permata putih kecik-kecik.
yang pasti permata kecik-kecik ada dua biji dah tercabut.
so ada dua tempat yang kosong. 

tapi kalau orang yang jumpa cincin tu memang sengaja tak nak viralkan cari pemiliknya, memang niat nak jual atau nak simpan buat harta sendiri atau bagi pada orang lain... saya TAK HALALKAN.
saya harap orang yang jumpa cincin saya tu baca ni. 
sekian.

~end~

Wednesday, July 12, 2017

...selamat HARI RAYA...

tak terlambat lagi rasanya nak ucap selamat hari raya.
huhuhuu...

sibuk sangat beraya sampai tak sempat nak update blog.
tak apalah.
hari ni baru 17 syawal.
masih lagi dalam mood raya.
kann...?


kad raya yang tak berapa nak nampak raya. herherr..

baju raya di pagi raya. hahaa...

selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang mengenali saya.
maaf zahir & batin. 
moga hari raya kali ini lebih bermakna kepada kita semua.
dalam kita seronok beraya makan segala macam juadah, jagalah kesihatan.
minum kangen water lebih banyak supaya apa yang dimakan tak mendatangkan mudarat pada tubuh badan.
jangan sesekali minum air karbonat. 
kurangkan minum dan minum yang manis-manis.
juga berhati-hatilah ke mana jua destinasi yang dituju.

dan semoga kita bertemu lagi dengan ramadhan tahun depan pula.
insya Allah. 
amin.

~end~