About Me

Wednesday, February 21, 2018

...jualan GUDANG karangkraf 2018...




tak dapat cendol? tak payah mengada!

ni haa.. jualan gudang karangkraf awal tahun.
buku serendah RM1 ada jugak.
senang je nak dapat.
muka pun tak merah-merah tak peluh-peluh.
hurhurr..

awak semua datang taw.
kat kompleks karangkraf seksyen 15 shah alam.
bermula 23 februari sampai 4 mac.
novel, buku, majalah, surat khabar, quran, buku kanak-kanak.. semua ada.
jumpa kat sana..

~end~

Monday, February 19, 2018

...SCAMMER detected...


khabar gembira untuk kita semua.
website scam.my ni wujud supaya kita tak tertipu dengan scammer.
sumpah sangat sangat sangat berguna.
caranya memang mudah.
hanya perlu taip nama orang yang kita nak tengok tu atau nombor telefon dia atau nombor akaun dia kat ruang keyword tu.

saya pernah ditipu online seller.
so saya taip nombor telefon dia yang saya masih save.





terus keluar nama penipu ni siap dengan nombor akaun bank dia. 
memang betul nama dia aryanti binti yaakob.
ada 2 cases yang dilaporkan pasal dia ni.
tak guna punya perempuan.

kalau nak tahu aryanti ni seorang ibu beranak 4.
semua anak dah besar-besar.
alamat kat seremban.
dia dah tua pun.
mungkin hampir 50 umur dia.
sanggup dia menipu duit orang.

saya ada buat police report.
dan saya bagi tahu kat dia saya dah buat police report sebab dah 1 bulan saya tak dapat barang yang saya nak beli.
alasan dia sebab supplier ada masalah.
bila saya minta refund dia tak bagi.
bila saya bagi tahu dia yang saya dah buat police report, terus dia block saya.
haram jadah betul perangai.

kalau website ni dah wujud masa tu mungkin saya takkan tertipu dengan dia.
zaman sekarang ni dah tak boleh percaya orang sangat.
lagi-lagi online seller.
banyak yang menipu.
tak kiralah dia perempuan ke, tua ke, nampak baik ke... semua kena berwaspada.
jangan cepat sangat percaya.

kepada aryanti binti yaakob, saya takkan maafkan apa yang kau dah buat pada saya.
dan saya takkan halalkan duit yang saya bagi pada kau.
kau makan la duit haram tu biar berulat perut kau tu. 


kepada yang nak berurusan dengan duit, tak kiralah dengan strangers ke... dengan orang yang kenal gitu-gitu atau memang kenal.
tak salah kalau kita check status dia dulu kat website ni.
sebagai langkah berjaga-jaga.
sebab kalau soal duit ni, mata boleh jadi kelabu.

kepada yang pernah tertipu, jangan diam je.
buat police report supaya rekod dia ada dalam scam.my ni.
jangan biar penipu/scammer berleluasa senang-senang je makan duit kita.
jangan biar orang lain jugak jadi mangsa dia.

~end~

Friday, February 9, 2018

...tiada PENGGANTI...




ini kakak saya.
sejak mak abah bercerai, dia yg jaga saya.
masa tu umur saya 2 tahun.
keluarga jadi kucar kacir.
semua bawa haluan sendiri.
apa pun yg jadi, dia dukung saya dan nekad bawa hati yg terluka.

saya terlalu kecil ketika itu.
masih tak faham apa yg berlaku.
tapi saya jadi saksi.
walau kecewa, kakak saya sorok air mata dia.
dia pendam segala duka.

sesusah mana pun hidup, kakak saya sabar.
hati dia setabah rumput.
dipijak-pijak tapi tak pernah merungut.
sehingga la saya membesar dan mula faham keadaan sebenar.

sukarnya jadi anak terbuang.
dipandang sepi tak dipeduli.
adakala kami meluah rasa.. menangis sama-sama.
19 disember 2009 detik terakhir saya bergambar dengan kakak saya.
inilah gambarnya.

dan pada 9 februari 2010.. dia tinggalkan saya buat selama-lamanya.
sejak itu.. yg mendengar luahan hati saya bukan lagi dia.

~end~