About Me

Thursday, August 30, 2018

...rahsia menjaga anak...


1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.


2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali: "Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan: "Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.


3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mahu mendengar cerita ibu? angkat tangan". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusuli dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.


4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur: "tidur, sayang.. besok pagi kan kita solat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak solat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.


5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakkan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.


6— Tinggalkan handphone seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan: "Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Org yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.


Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita di depan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.


~end~

Friday, August 17, 2018

...bersalin tanpa terkoyak...

TIPS MENGELAKKAN KOYAKKAN TERUK MASA BERSALIN

1. Jangan ler panik tak tentu pasal. Banyakkan membaca fakta dan ilmu yang betul mengenai kelahiran supaya bakal ibu lebih tenang dan tidak panik ketika proses kelahiran. Bertanya pada yg berilmu, BUKAN PADA PENJUAL PRODUK.

2. Amalkan senaman Kegel : Kemutkan otot pelvis / vagina seperti anda sedang menahan kencing, tahan selama 10 saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulang 25 kali setiap satu sesi, lakukan 3 kali sehari sepanjang tempoh mengandung. 

3. Urutan perineum pada hujung-hujung kehamilan berfaedah untuk menjadikan otot pada bahagian vagina lebih anjal dan mengurangkan risiko koyakan vagina yang teruk. Otot pada perineum yg anjal alan lebih senang mengembang dan menguncup tanpa meninggalkan koyakan yang teruk.

4. Meneran dengan cara yg betul! Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah, seperti meneran berak sembelit. 

5. Jangan meneran awal jika belom tiba masanya. Meneran terlalu awal ketika kepala bayi masih lagi belum nampak pada vagina menyebabkan vagina membengkak dan mudah koyak.

6. Pastikan posisi yg betol ketika meneran. Rapatkan dagu ke dada, anda berkeadaan sama seperti udang membengkok, pegang pergelangan kaki, dan jangan sesekali mengangkat punggung ataupun punggung terhuyung hayang ke kanan ke kiri. Mcm nk tangkap bola pulak gayanya misi nak sambut kelahiran bila punggung digerakkan ke sana ke mari. 

7. Dengar arahan doktor dan misi. Bila nak periksa tu bagi kerjasama, bukannya terkepit-kepit sampai jari misi atau doktor takleh kluar. Banyakkan berzikir dan berselawat, bukannya meraung sepenuh jiwa dan raga mcm tertelan microfon. 

*-*-*-*-*-*

tips ni dikongsi oleh doktor izzat di twitternya. 

moga para ibu dipermudahkan semasa melahirkan dengan tips ni. 

insya Allah. 

~end~

Tuesday, August 14, 2018

...udang galah viral...

ini thread yang dikongsi saudara @HkeemHK kat twitter.
moga dapat manfaat kita bersama.



[Thread]

Lepas aku baca isu Udang Galah Viral Rm1 1 ekor dari Thailand aku rasa terpanggil nak berkongsi tentang keselamatan dan kebersihan dalam sumber basah makanan harian kita terutama hasil laut. Sebelum korang tuduh aku dengki kepada penjual atau pembeli.



Aku ni pemborong, pengimport dan pengekspot hasil laut tempatan, Thai dan Borneo yang berlesen. jadi aku takde rasa nak dengki tapi aku rasa bimbang dan nak berkongsi. Setelah sekian lama aku terlibat dalam industri perikanan aku tahu dan arif cara penyimpanan untuk memastikan kesegaran hasil laut.

Tahu tak korang jenis bahan apa yang diletakkan di dalam tong hasil laut? Bahan tu adalah formalin, bahan yang sama digunakan untuk mengawet mayat. Bahan ni mampu memberhentikan pengaliran darah dan kesan sampingan yang lain. sebab tu kita tengok air ikan, sotong dan udang yang menggunakn formalin bersih tanpa darah.




Bukan terus tak dibenarkan, tapi dibenarkan pada had yang tertentu iaitu untuk 220L air hanya dibenarkan 0.01% campuran formalin ataupun 5 mikrogram per 1 gram. Cuba bayangkan berapa banyak je?

Tapi realitinya dalam industri perikanan, jarang sangat ikut piawaian terutama ikan, udang galah, sotong dan lain-lain terutama yang dibawa masuk dari Thailand disebabkan kurang pemantauan dan bukan laluan yang lurus (backdoors).

Ikan di jeti sekalipun belum tentu segar walaupun korang tengok macam segar. sebagai contoh Boat C2. diaorang keluar atleast a week. Cuba bayangkan macam mana ikan diaorang tahan sampai seminggu. kadang-kadang sampai 2 minggu tanpa melalui proses IQF yang kebiasaannya digunakan di dalam kapal salmon.

Ni contoh gambar di Jeti Ranong Thailand minggu lepas, air tak putih dan tak merah tapi air silver. Mana darah? Itu adalah 1% - 2% campuran kandungan formalin bersama air laut menjadikan air jadi silver.


Kaedah sama jugak yang digunakan pada udang galah. Kepada penjual, semaklah balik bekalan anda. Belum cerita halal haram formalin pun boleh membahayakan manusia dan haiwan. bukan sekadar ibu mengandung, kanak-kanak dan bayi je. Walhal kucing dan anjing pun bahaya makan.

Cuba korang bayangkan betapa seriusnya benda ni. Susah aku nak percaya sebarang hasil laut dan udang galah sampai ke Malaysia dari Thailand yang ambil masa 2 hari nak sampai tetap nampak segar tanpa letakkan bahan formalin yang berlebihan. dahlah dengan transit lagi bla bla.

Banyak aku nak cerita, tapi terlalu sensitif. Hati-hati dengan bekalan dari Thailand. Lagi-lagi industri aquaculture. Tempoh matang bagi udang galah untuk saiz 30 ekor adalah 6 bulan. tapi sesetengah kolam di Thailand boleh buat 3 bulan. Why? Campak bangkai babi la. Kolam lain tak tahu. ni cerita di Ranong.

Yes betul, orang makan udang tu dia alergik. Tahu tak in the first place formalin ni adalah antara reason kenapa awak alergik seafood? Simpton alergik kerana formalin senang je. Mata berair, mual muntah, tubuh panas dan sakit kepala. Simpton ni semua akan rasa serentak.

Formalin datang dengan pelbagai nama. aku namakan formalin senang sebab komersial. Formalin bahan bahaya, jangan dibuat main. Jangan kita makan seafood gatal terus cop kita elergik. tak. Antara punca awak alergik bila fomarlin tinggi dalam badan dan akan bertindak balas secara kimia.

Aku cerita lebih-lebih korang kecam. do some reasearch aku cuma sampaikan apa yang aku patut sampaikan. Aku tahu benda ni pun sebab ambil kursus di AVA Singapore dan belajar pembenihan di Ranong, Thailand. Terpulang awak semua.

One of the reason kenapa alergik adalah tindak balas kimia akibat formalin. berhati hati. Tak semestinya kita ada alergik itu semulajadi. Ada sebab kandungan kimia terlalu tinggi. Mostly seafood orang alergik sebab bahan kimia luar. 

*-*-*-*-*-*

begitulah penerangan saudara @HkeemHK ni pasal punca alergik seafood.
ramai yang reply setuju dengan fakta formalin penyebab alergik melalui pengalaman masing-masing.



sebab saya ada mesin kangen water so saya akan rendam dan basuh seafood atau ayam dengan acid water supaya bahan kimia yang ada dapat dibuang.
memang boleh nampak beza sebelum dan selepas rendam.
alhamdulillah keluarga saya tak ada yang kena alergik.

kalau tak ada mesin kangen water boleh cuba basuh dengan rendaman air garam atau air asam jawa.
katanya berkesan jugak cara tu. 
tapi kena rendam lama sikit la dalam 30 minit.

tapi kalau makan kat kedai terpaksa la redha je kalau kena alergik sebab tak tahu cara membasuhnya macam mana.
moga kita semua lebih peka dengan pemakanan kita supaya dapat menghindarkan diri daripada kecelakaan.

~end~

Sunday, August 5, 2018

...bacaan al-Fatihah...

mari kita sama-sama semak antara kesalahan yang kerap kita lakukan semasa membaca surah al-Fatihah.

surah al-Fatihah sangat penting ye.
sebab apa penting?
sebab surah al-Fatihah merupakan rukun solat.
salah baca maka solat kita tak sah.

rujuk gambar di bawah ni untuk perbaiki bacaan kita.




selamat beramal.

~end~

Saturday, August 4, 2018

...khairat kematian...

Ramai waris TAK TUNTUT KHAIRAT KEMATIAN sebab tak tahu dan arwah tak pernah cerita join apa-apa skim pada ahli keluarga semasa hidup.

Khairat kematian ini bertujuan untuk perbelanjaan mengurus jenazah yang telah ditanggung waris arwah.
Prosedur tuntutan mudah dan tak rumit.
Dan proses bayarannya juga cepat sesuai dengan fungsinya untuk bantuan kewangan urusan pengkebumian jenazah.

INI SENARAI KHAIRAT KEMATIAN YANG BOLEH TUNTUT.

1. Khairat Kematian Khariah Masjid

- Sekitar RM 500 - RM 5,000
- Syarat : Arwah menjadi ahli/mencarum di khariah

2. Khairat Kematian PERKESO

- RM 2,000
- Syarat : Arwah menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO

3. Khairat Kematian KWSP

- RM 2,500
- Syarat : Arwah ahli/pencarum KWSP

4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA

- RM 3,000
- Syarat : Arwah pesara/kakitangan awam

5. Khairat Kematian BRIM

- RM 1,000
- Syarat : Arwah adalah penerima BRIM

6. Khairat kematian ASNB

- RM 200 - RM 2,000
- Syarat : Bayaran ikut baki pelaburan terakhir arwah

7. Khairat Kematian Skim Takaful

- RM 2000 - RM 5000
- Syarat : Arwah pencarum takaful

8. Khairat Kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi

- RM 500 - RM 5000
- Arwah adalah ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi

~end~