About Me

Monday, June 17, 2019

...RAHSIA shopping tapi dapat duit balik...

sesiapa yang suka shopping online please guna app Shopback untuk dapatkan duit korang balik.


tanpa sedar, duit bertambah dalam app Shopback tu. kalau korang nak dapatkan balik duit tu kena baca ni sampai habis. serius tak rugi.





dari ada RM404.35 je naik jadi RM1217.21. sekarang dah ada RM3383.02. alhamdulillah...

mula-mula dulu saja je download app Shopback. sebab suka shopping online. so tak kisah la dapat berapa pun cashback tu. tapi lama-lama jadi banyak pulak. halal pun halal sebab tu memang duit kita yang kita dapat balik kerana diberi diskaun. diskaun yang hanya melalui app Shopback sahaja. so rugi sangat bagi sesiapa yang suka shopping online tapi tak melalui app ni.

caranya senang je. sama ada yang guna komputer atau phone, klik link ni:

Hey! Check out ShopBack where you can earn Cashback as you shop online. Sign up via my link and get a RM5 welcome bonus today! https://app.shopback.com/mys?raf=kly4Et

ni saya bagi link promo untuk sign up. sebab kalau sign up guna link promo ni automatically bila sign up dapat RM5. kalau tak guna link ni pun boleh juga nak sign up. takde masalah. tapi tak dapat la RM5 tu.

kalau yang guna phone tu rasa macam takut tak dapat RM5 tu boleh la download app Shopback dulu. sama ada kat play store atau app store. lepas tu baru klik link tu.

masa nak sign up tu boleh pilih nak sign up dengan emel atau facebook.




bila dah sign up terus dapat RM5 tu. lepas ni nak shopping online buka app Shopback dulu. tengok apa yang Shopback promo. lepas tu pilih la nak shopping kat mana. dia ada macam-macam kategori. ni antara yang ada dalam Shopback:






lazada, shopee, zalora, agoda, booking.com, sephora, malaysia airlines, nike, adidas, food panda.. semua ada. tapi setiap seller tu lain-lain peratus casback tu. macam shopee 6%. lazada 9%. dah la biasanya shopee dengan lazada ni ada harga potongan. tapi kalau beli dari Shopback dapat lagi 6% dan 9% tu. kita dapat duit kita tu balik. fuhhh.. memang berbaloi.

nak reload pun boleh dapat cashback. tapi kena melalui lazada/11st/qoo10. lazada yang tinggi kadar cashback iaitu 6.5%. mula-mula masuk ke app Shopback. lepas tu klik kat kategori reloads - > pilih lazada/11st/qoo10 - > klik continue to app - > pilih nak topup berapa - > klik place order macam biasa.






pergi bercuti mesti la nak duduk hotel kan? contohnya nak ke cameron highlands. atau ke korea selatan. mungkin juga ke australia. tak kira la dalam atau luar negara. booking hotel dengan agoda ke, dengan booking.com ke, traveloka ke, hotel.com ke.. boleh check kat kategori travel. dijamin akan dapat semula duit kita tu. peratus cashback ada dinyatakan di setiap app yang ada tu.

beli flight ticket pun dapat juga cashback. antaranya mas, singapore airlines, qatar airways, emirates.. malah beli tiket bus pun dapat juga tau. apa-apa pun baca dula t&c. sebab ada yang kena spend RM20 contohnya baru boleh dapat cashback.

dan bila-bila masa boleh withdraw duit tu ke account bank. tapi ambil masa 7-14 hari juga la. mungkin proses tu memerlukan prosedur dari bank. ni step nak withdraw:






mula-mula klik profil kita, lepas tu klik withdraw balance. nanti dia akan suruh update akaun bank yang kita nak masukkan duit. ikut je arahan. dalam tempoh yang diberikan kita akan dapat duit kita semula. mudah kan?

so segera la sign up Shopback. ni bukan scam ye. kalau scam boleh la buat report polis bagitau penulis novel nama murni aqila ni dah tipu orang. tak susah nak tangkap saya. 😅

cuma info-info tentang saya kena la saya sensor demi keselamatan saya. harap perkongsian saya ni bermanfaat untuk semua. selamat ber shopping online.

~end~

...salam syawal 2019...



indah malam kerana bulan.
indah persaudaraan kerana kemaafan.

membenci takkan jadikan kita kelihatan lebih mulia.
menyayangi buat hati kita rasa lebih bahagia.

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

dah 14 syawal baru teringat nak update kat blog.
ekekkekekkekee..

~end~

Tuesday, May 7, 2019

...salam ramadan 2019...

jika jumaat itu ketenangan dalam seminggu, 
maka ramadan pula ketenangan dalam setahun.

selamat menyambut bulan ramadan dan selamat menjalani ibadah selama sebulan. 
moga di bulan ini kita semua diberi keberkatan dan rahmat Allah.

mohon maaf andai ada salah silap selama ini. halalkan makan minum saya. jika ada saya terlupa bayar hutang dengan sesiapa, boleh pm tepi.

salam sayang.. 😘


Sunday, May 5, 2019

...trip to HATYAI last part...


di hari terakhir kat hatyai, kitorang plan nak round town sambil membeli apa-apa untuk cenderahati. kira nak habiskan duit yang ada la.

flight balik pukul 2.20 petang. so pepagi kitorang breakfast dulu isi perut. pipa dengan pika datang hotel kitorang sebab restoran yang nak pergi ni belakang hotel kitorang je. restoran tamrab. so jalan kaki dalam 3 minit camtu. yang kitorang pergi ni bukan yang bertutup macam ada air cond tu. tapi yang ala warung. dua-dua kedai ni bertentangan. disebabkan tengok yang bercermin kaca tu macam mahal so kitorang pilih yang warung ni. nasi campur ada, sup-sup pun ada, roti canai semua ada. sejujurnya tak berapa sedap sangat. saya tak recommended tempat ni. 


cas bateri tenaga sebelum melaksanakan misi shopping.


cuma kat sini yang best ada orang jual kacang gajus dan kacang pistachio murah depan kedai ni. paling murah setakat yang saya survey. 500 gram 200 baht je. dan dia sudi terima duit malaysia! 😍

ada jual susu teapot jugak. kena beli 6 atau 1 kotak baru dia bagi harga 20 baht untuk 1 tiub tu. so masih tak semurah kat tesco. cuma murah dari harga lain-lain kedai.

lepas makan disebabkan perut dah penuh mengah nak jalan, kitorang naik tuktuk pergi ke kim yong market. padahal jalan kaki je pun boleh tak sampai 10 minit. naik tuktuk 2-3 minit dah sampai. sebab murah je naik tuktuk ni. 20 baht seorang. tempat ni ala pasar siti khadijah saya rasa. ada jual baju, kasut, beg tangan, buah-buah, kain batik, kain songket thailand, kacang-kacang. kacang-kacang kat situ tak semurah kat restoran tamrab. dan tak ada yang menarik minat saya.





dan disebabkan malas lagi nak jalan kaki, kitorang naik tuktuk untuk ke lee garden street market. kalau jalan kaki 3 minit je pun. huhu..







kat situ beli baju t-shirt hatyai yang tak dijual kat kim yong market. beli pulut mangga. pulut durian pun ada tapi tak sesuai pulak nak beli sebab nak buat bekal masa kat airport nanti. karang semerbak bau dia. kat airport takde tempat makanan halal. kot kalau lapar kat mana nak makan pulak kan.

disebabkan duit syiling berlambak-lambak so kitorang habiskan kat 7 eleven. kat situ ada jual fast food yang halal. harga dalam 20 - 40 baht. beli jugak air susu pisang. ni tips yang sangat berguna. buat apa simpan duit syiling thai tu. bukan boleh tukar balik pun. baik habiskan kat 7 eleven beli makanan. perut pun kenyang.


beli yang ada label halal tau. lepas bayar casher akan panaskan burger ni dalam microwave selama 1-2 minit sebelum bagi kat kita.

burger ni sedap giler. maaf la ni gambar dari google. yang saya beli tak sempat ambil gambar dah settle dalam perut. plastik dok dalam tong sampah. hehee..


sesi habiskan duit berlaku dengan jayanya. ekekkekekee.. pukul 10.30 pagi kitorang balik hotel. jalan kaki je. sampai hotel packing segala barang. make sure segala jenis cecair masuk dalam luggage. jangan sesekali bawa dalam beg hand carry. tak kira la susu teapot ke, pencuci muka ke, losyen ke. jangan! tak pasal-pasal kena buang kat imigresen. imigresen thailand sangat strict okey. pertama kali selama saya ke overseas, kena buka kasut untuk lalu di laluan imigresen check tu. dan bukan setakat lalu je. siap ada skrin yang boleh detect kat mana part yang suspension tu. saya kena kat leher. part leher menyala merah. dia selak tudung nak tengok. tapi pegawai perempuan la. padahal takde apa pun kat leher saya. 😅


sesak macam tin sardin masa nak balik ke airport.


janji dengan mr thom pukul 11 gerak ke airport. bayar 230 baht je untuk 1 trip. cuma sesak sikit dengan luggage. itu pun suku dah letak kat depan. lepas dah check in luggage semua, kitorang makan dulu kat kerusi tepi sebelum masuk kat bahagian imigresen. habiskan semua makan minum barulah masuk imigresen. dan segalanya dipermudahkan sehingga selamat sampai malaysia semula. alhamdulillah...







kalau pergi ke hatyai sekali lagi tempat makan yang wajib saya repeat semestinya kaitod decha, salma restaurant dan rusidi boat noodle. untuk shopping saya ke tesco. kalau jalan-jalan pulak saya nak ke samila beach masa sunset.

moga pengalaman saya ni berguna untuk orang lain. gambar bahan bukti tak begitu complete. sebab tak terfikir nak letak kat blog. harap dapat dimaafkan ye. sekian..

~end~

baca juga:
trip to HATYAI part 1
trip to HATYAI part 2
trip to HATYAI part 3
trip to HATYAI part 4

Wednesday, April 24, 2019

...trip to HATYAI part 4...


maaf sebab ambil masa yg lama nak update sambungan trip hatyai ni. sibuk dengan pesta buku antarabangsa kuala lumpur selama 10 hari kat pwtc. kemudian sambung gi bercuti kat cameron highlands. lama-lama terlupa pulak.
okey kita cerita pasal hatyai semula ye. hari ke 3 kat hatyai ni kira relaks sikit la. santai-santai je jalan-jalan ambil gambar.

pagi-pagi sebelum merayau ambil gambar depan hotel dengan budak minion seketul ni. hehee..

pagi-pagi pergi breakfast kat restoran salma. walaupun dekat je dengan hotel tapi kitorang naik tuktuk jugak sebab dah chartered untuk 1 hari tu. driver tuktuk ambil pika n pipa dulu kat hotel diorang pastu ambil kitorang pulak sebelum ke restoran salma. sedap dan kira murah jugak la.


sebab lapar sangat dah habis makan baru teringat nak ambil gambar. so nampak pinggan je la. herherr..


baru hari ke 3 duit masing-masing dah nak kering. sadis betul la. tu la.. makan tak beringat. makan macam dah tak ada hari esok. ekkekekee..

maka tukar duit kat money changer sebelah salma restoran. tak tukar banyak pun. buat back up je. sebab rugi giler tukar kat thailand. rm10 dapat 70 baht lebih je. perghh.. sikit banyak tu. moralnya, kalau jenis makan banyak pastu plan nak shopping bawa la duit lebih sikit. tak payah nak bajet sangat. nanti sendiri yg rugi. hurhurr..

kitorang ikut itinerary asal untuk hari ke 3 ni. destinasi pertama lepas sarapan terus ke hatyai municipal park. senak jugak tuktuk nak naik bukit paling atas tu. walaupun baru pukul 9 tapi dah panas terik. nak ambil gambar pun macam tak boleh nak buka mata.

kat situ la ada standing buddha, cable car, hatyai planetarium dan nampak pemandangan seluruh kota haytai. cable car tutup sebab tengah renovate katanya. hatyai planetarium tu pulak macam abandoned je. nak ambil gambar kat situ pun rasa seram. so ambil gambar mana yg ada je la.


antara 3 ni saya rasa yg baju belang tu yg paling menawan. ekekkekee..

tak nampak kan kota hatyai kat bawah tu. memang la... sebab cerah sangat. huhuu..

celah mana entah valentine's day dah bulan 3 dah. tapi nak la jugak bergambar kat situ sambil bergaduh berlawan mata kat matahari yg sangat terik. 

ni antara gambar yg saya suka. ngeee..

gigih sis turun ke bawah ni yg agak cerun semata-mata nak ambil gambar. jangan tiru aksi ni ye..

gambar ramai-ramai dengan tuktuk yg sangat berjasa dengan kitorang selama kat hatyai. 

ni la driver tuktuk kitorang.. mr thom yg hobinya video call makwe dia sambil drive. ekekekkekee.. haru!


lepas tu kitorang nak ke ice dome. mr thom kata situ pun tutup jugak tengah renovate. masa nak turun ke bawah tu ada 1 lagi tokong buddha. kalau nak berhenti ambil gambar kat situ pun boleh jugak. tapi kitorang terus ke destinasi seterusnya sebab malas dah nak ambil gambar kat tokong je.

kitorang ke magic eye 3D museum. sama macam museum 3D kat malaysia. cuma dia ada video yg membuatkan lukisan tu 'hidup'. kira best la. kena download apps dia pastu dia bagi password wifi sekali. cuma apps tu ada kat thailand je. tapi jangan risau. boleh save semua video dalam gallery. so bila balik malaysia semua video masih ada walaupun apps tu tak boleh dibuka lagi. yang seronoknya tempat ni ada air cond. punya la seronok setelah berpanas-panas lepas tu dapat duduk tempat sejuk. nak masuk sini kena bayar. tak ingat pulak berapa harganya. 100 baht kalau tak silap. tempat ni tak besar mana. so ambil la gambar puas-puas. cuma gambar yg kitorang ambil tak banyak. video yang banyak. 


apa-apa hal ambil gambar ramai-ramai dulu. huhuu..

ni antara gambar yg ada animation. nak tahu apa albert einstein ni buat kat diorang kena la datang sini. 

mari la kita bagi kera minum susu supaya anak di rumah mati kelaparan. ekekkekekee...

haiiihhh... dia punya comel tu tak boleh dibawa bincang. 


selesai kat museum ni kitorang pergi makan pulak. tempat yang kitorang pergi ni saya tak pernah jumpa lagi mana-mana blogger cerita. saya jumpa sendiri dalam google maps. bila baca review macam best. yg bagi review kebanyakannya penduduk hatyai sendiri. so nak try la. mr thom pun tak tahu tempat tu. kena tunjuk alamat dan nombor fon dari google baru dia tahu. mesti tak pernah lagi dia bawa sesiapa ke sana.

sukacitanya dimaklumkan memang tak rugi makan kat rusidi boat noodle ni. restoran ni semestinya halal milik orang islam. semua pekerja boleh cakap melayu. berdasarkan cara cakap rasanya thailand campuran kelantan. walaupun nama boat noodle tapi tak sama dengan boat noodle malaysia. menu utama dah tentu la sup. nak makan dengan nasi putih ke, mi ke, bihun, kuetiau semua boleh. sup kat sini sedikit manis. mungkin pengaruh masakan kelantan. tapi bila kita bubuh bahan-bahan sampingan yang dia bagi macam sambal, kicap, serbuk lada, limau.. perghh.. memang sedap. letak lebih sikit. terus hilang rasa manis tu.


muka bahagia dapat makan. hehee..


yg paling best dessert kat sini. serius sedap. letak air batu sikit. memang perfect. saya highly recommended tempat ni. tempat ni pun cantik. boleh makan bawah pondok atau tepi pokok-pokok jambu. dan makanan kat sini paling murah kitorang makan dari mana-mana restoran lain yang kitorang dah pergi. padahal makan banyak jugak. murah dan sangat sedap. serius tak tipu.


saya tak ingat apa nama ni. yg merah tu sengkuang rasanya. kuning tu nangka. ada nata de coco dan santan. memang nikmat.

ni kira macam serawa pisang. mula-mula sampai pisang tu macam keras sikit. tapi lama-lama jadi lembut. pun sedap.

dessert paling sedap. sagu dicampur jagung sikit. teringat-ingat sampai sekarang dia punya sedap tu.


lepas perut kenyang kitorang pergi ranu kohyo. beli sikit je kat sini sebab rasa macam mahal. kacang gajus 500 gram 250 baht. mahal tu. memandangkan tak tahu nak solat kat mana, kitorang decide balik hotel dan solat kat sana. plan nak ke wat hat yai nai dan ke stainless steel pagoda kitorang skip. tak lalu dah nak ke tokong. 😅

pukul 4 kitorang teruskan agenda semula. kali ni ke pruksa park. sampai-sampai je kitorang tercengang sebab kat pintu gerbang tu tulis wine village. ko ghase.. 


pintu masuk ke pruksa park. walaupun nama wine village tapi seteguk wine pun kitorang tak rasa. sumpah!


rupanya pruksa park tu dalam wine village. ada banyak kambing, ada la 2-3 ekor arnab, ada sesangkar besar burung. kecil je tempat dia. kat situ jugak ada seketul mainan kuda berpusing yang macam kat funfair. ada jugak bar and restaurant ala kelab gitu. tapi petang tak buka lagi. staf diorang masa ni tengah bertungkus lumus buat kerja standby untuk malam nanti. so kitorang bagi la kambing makan pastu ambil gambar.


diorang ni comel gila kot. baik je layan kitorang dari malaysia ni. ekekekekke..

acah-acah...

dalam tu pub kot.

kemesraan yg terjalin antara kami bagaikan sudah lama berkenalan. ekekkekkee..

arwah dulu baik orangnya. tu sebab tak reput lagi. ehehehee..

ada kincir angin tapi tak berfungsi. apa faedah entah la..

nak ambil gambar kat hatyai ni memang kena bergaduh dengan matahari. huhuu..


lepas selesai semua kitorang ke tesco. tesco memang dekat sangat dengan pruksa park. happening tesco kat sini. yang seronoknya jumpa ramai yang pakai tudung. misi ke tesco nak cari teapot yang viral tu. dengan nak belikan syampu sebab kakak biras kirim.


berbelanja bagaikan rakyat tempatan.


kita ni sepatah haram tak faham tulisan thai. yang tahu nombor je. so tak tahu harga kat rak tu refer barang yang mana. dengan muka tak mahu tanya sorang kakak pakai tudung yang kebetulan lalu kat rak teapot tu.

kebanyakan islam kat hatyai ni boleh cakap melayu. tanya dia harga teapot tu. dia kata beli 1 harga 20 baht. tapi ada offer kalau beli 2 harga 18 baht untuk 1 tuib. ya Allah.. punya la seronok sebab murah. apa lagi, memborong la belikan untuk rakyat malaysia sebagai tanda kenangan. ekekkekekee..

silapnya tak ada gambar resit atau harga kat rak. tak terfikir nak ambil gambar sebab tak cadang pun nak tempek kenangan ke hatyai kat blog ni. so tak ada la bukti. syampu pun ada offer. beli syampu rejoice botol besar tu dapat sekali conditioner. 189 baht je. memang murah. mengenangkan berat luggage tak ambil banyak sangat so tak boleh nak beli lebih. syampu tu berat kot. takpe la.


dia tulis selamat datang kot.


moral of the story, beli la kat tesco. untung-untung ada offer dapat lagi murah. serius tak menyesal beli kat tesco. sebab kat tempat lain susu teapot tu harga 25 baht. cuma terlupa nak tengok harga kekacang, tomyam paste atau beras siam kat situ. confirm murah jugak kalau nak bandingkan dengan harga kat ranu kohyo atau kim yong market atau lain-lain kedai.

kat tesco tu pun ada kfc. nampak ada islam yang makan kat situ jugak. nampak jugak pekerja dia pun ada yang islam. kitorang beli aiskrim chocotop. yang jaga kat situ pakai tudung. tanya dia, halal ke kfc ni. dia kata tak halal! pastu tanya lagi kenapa ada islam yang makan. dia kata tu masing-masing punya hal. kira sendiri makan sendiri tanggung. bila staf situ pun kata tak halal jangan nak cari pasal makan pulak ye. makan aiskrim takpe.


acah-acah lagi...
pun acah-acah jugak...


kitorang ke asean night market pulak. sesungguhnya yang viral tu hanya indah khabar dari rupa. saya makan phat thai dengan pancake banana. bagi saya biasa je. kat malaysia ada yang lagi sedap. ada satu kedai ni ramai yang beratur. nampak macam sedap makanan thai dia. tapi saya malas nak berbaris panjang berjela.


ambil gambar sementara tunggu banana pancake siap masak.

makanan dinner kitorang ni je...

bila makan pad thai ni membuatkan saya tersedar bahawa char kue tiau malaysia 15 kali ganda lagi sedap.

banana pancakes yg sepatutnya dia curah coklat tapi saya tak nak. pisang tu dah manis. letak susu pun manis. nak tambah lagi coklat yg manis? nak potong kaki saya ke awak? huhuu..

dah malam ni. mari la kita balik hotel.


lepas makan jalan-jalan kat bahagian jualan barang-barang belah bawah pulak. macam-macam ada. cuci mata je sebab tak ada yang berkenan. puas berjalan kitorang pulang ke hotel. ingat nak ke greenway food station tapi perut dah kenyang. mata dah layu. so balik hotel je la. sampai hotel dekat pukul 9 malam.

hari terakhir kat hatyai saya cerita kemudian ye..

~end~

baca jugak: