About Me

Wednesday, April 24, 2019

...trip to HATYAI part 4...


maaf sebab ambil masa yg lama nak update sambungan trip hatyai ni. sibuk dengan pesta buku antarabangsa kuala lumpur selama 10 hari kat pwtc. kemudian sambung gi bercuti kat cameron highlands. lama-lama terlupa pulak.
okey kita cerita pasal hatyai semula ye. hari ke 3 kat hatyai ni kira relaks sikit la. santai-santai je jalan-jalan ambil gambar.

pagi-pagi sebelum merayau ambil gambar depan hotel dengan budak minion seketul ni. hehee..

pagi-pagi pergi breakfast kat restoran salma. walaupun dekat je dengan hotel tapi kitorang naik tuktuk jugak sebab dah chartered untuk 1 hari tu. driver tuktuk ambil pika n pipa dulu kat hotel diorang pastu ambil kitorang pulak sebelum ke restoran salma. sedap dan kira murah jugak la.


sebab lapar sangat dah habis makan baru teringat nak ambil gambar. so nampak pinggan je la. herherr..


baru hari ke 3 duit masing-masing dah nak kering. sadis betul la. tu la.. makan tak beringat. makan macam dah tak ada hari esok. ekkekekee..

maka tukar duit kat money changer sebelah salma restoran. tak tukar banyak pun. buat back up je. sebab rugi giler tukar kat thailand. rm10 dapat 70 baht lebih je. perghh.. sikit banyak tu. moralnya, kalau jenis makan banyak pastu plan nak shopping bawa la duit lebih sikit. tak payah nak bajet sangat. nanti sendiri yg rugi. hurhurr..

kitorang ikut itinerary asal untuk hari ke 3 ni. destinasi pertama lepas sarapan terus ke hatyai municipal park. senak jugak tuktuk nak naik bukit paling atas tu. walaupun baru pukul 9 tapi dah panas terik. nak ambil gambar pun macam tak boleh nak buka mata.

kat situ la ada standing buddha, cable car, hatyai planetarium dan nampak pemandangan seluruh kota haytai. cable car tutup sebab tengah renovate katanya. hatyai planetarium tu pulak macam abandoned je. nak ambil gambar kat situ pun rasa seram. so ambil gambar mana yg ada je la.


antara 3 ni saya rasa yg baju belang tu yg paling menawan. ekekkekee..

tak nampak kan kota hatyai kat bawah tu. memang la... sebab cerah sangat. huhuu..

celah mana entah valentine's day dah bulan 3 dah. tapi nak la jugak bergambar kat situ sambil bergaduh berlawan mata kat matahari yg sangat terik. 

ni antara gambar yg saya suka. ngeee..

gigih sis turun ke bawah ni yg agak cerun semata-mata nak ambil gambar. jangan tiru aksi ni ye..

gambar ramai-ramai dengan tuktuk yg sangat berjasa dengan kitorang selama kat hatyai. 

ni la driver tuktuk kitorang.. mr thom yg hobinya video call makwe dia sambil drive. ekekekkekee.. haru!


lepas tu kitorang nak ke ice dome. mr thom kata situ pun tutup jugak tengah renovate. masa nak turun ke bawah tu ada 1 lagi tokong buddha. kalau nak berhenti ambil gambar kat situ pun boleh jugak. tapi kitorang terus ke destinasi seterusnya sebab malas dah nak ambil gambar kat tokong je.

kitorang ke magic eye 3D museum. sama macam museum 3D kat malaysia. cuma dia ada video yg membuatkan lukisan tu 'hidup'. kira best la. kena download apps dia pastu dia bagi password wifi sekali. cuma apps tu ada kat thailand je. tapi jangan risau. boleh save semua video dalam gallery. so bila balik malaysia semua video masih ada walaupun apps tu tak boleh dibuka lagi. yang seronoknya tempat ni ada air cond. punya la seronok setelah berpanas-panas lepas tu dapat duduk tempat sejuk. nak masuk sini kena bayar. tak ingat pulak berapa harganya. 100 baht kalau tak silap. tempat ni tak besar mana. so ambil la gambar puas-puas. cuma gambar yg kitorang ambil tak banyak. video yang banyak. 


apa-apa hal ambil gambar ramai-ramai dulu. huhuu..

ni antara gambar yg ada animation. nak tahu apa albert einstein ni buat kat diorang kena la datang sini. 

mari la kita bagi kera minum susu supaya anak di rumah mati kelaparan. ekekkekekee...

haiiihhh... dia punya comel tu tak boleh dibawa bincang. 


selesai kat museum ni kitorang pergi makan pulak. tempat yang kitorang pergi ni saya tak pernah jumpa lagi mana-mana blogger cerita. saya jumpa sendiri dalam google maps. bila baca review macam best. yg bagi review kebanyakannya penduduk hatyai sendiri. so nak try la. mr thom pun tak tahu tempat tu. kena tunjuk alamat dan nombor fon dari google baru dia tahu. mesti tak pernah lagi dia bawa sesiapa ke sana.

sukacitanya dimaklumkan memang tak rugi makan kat rusidi boat noodle ni. restoran ni semestinya halal milik orang islam. semua pekerja boleh cakap melayu. berdasarkan cara cakap rasanya thailand campuran kelantan. walaupun nama boat noodle tapi tak sama dengan boat noodle malaysia. menu utama dah tentu la sup. nak makan dengan nasi putih ke, mi ke, bihun, kuetiau semua boleh. sup kat sini sedikit manis. mungkin pengaruh masakan kelantan. tapi bila kita bubuh bahan-bahan sampingan yang dia bagi macam sambal, kicap, serbuk lada, limau.. perghh.. memang sedap. letak lebih sikit. terus hilang rasa manis tu.


muka bahagia dapat makan. hehee..


yg paling best dessert kat sini. serius sedap. letak air batu sikit. memang perfect. saya highly recommended tempat ni. tempat ni pun cantik. boleh makan bawah pondok atau tepi pokok-pokok jambu. dan makanan kat sini paling murah kitorang makan dari mana-mana restoran lain yang kitorang dah pergi. padahal makan banyak jugak. murah dan sangat sedap. serius tak tipu.


saya tak ingat apa nama ni. yg merah tu sengkuang rasanya. kuning tu nangka. ada nata de coco dan santan. memang nikmat.

ni kira macam serawa pisang. mula-mula sampai pisang tu macam keras sikit. tapi lama-lama jadi lembut. pun sedap.

dessert paling sedap. sagu dicampur jagung sikit. teringat-ingat sampai sekarang dia punya sedap tu.


lepas perut kenyang kitorang pergi ranu kohyo. beli sikit je kat sini sebab rasa macam mahal. kacang gajus 500 gram 250 baht. mahal tu. memandangkan tak tahu nak solat kat mana, kitorang decide balik hotel dan solat kat sana. plan nak ke wat hat yai nai dan ke stainless steel pagoda kitorang skip. tak lalu dah nak ke tokong. 😅

pukul 4 kitorang teruskan agenda semula. kali ni ke pruksa park. sampai-sampai je kitorang tercengang sebab kat pintu gerbang tu tulis wine village. ko ghase.. 


pintu masuk ke pruksa park. walaupun nama wine village tapi seteguk wine pun kitorang tak rasa. sumpah!


rupanya pruksa park tu dalam wine village. ada banyak kambing, ada la 2-3 ekor arnab, ada sesangkar besar burung. kecil je tempat dia. kat situ jugak ada seketul mainan kuda berpusing yang macam kat funfair. ada jugak bar and restaurant ala kelab gitu. tapi petang tak buka lagi. staf diorang masa ni tengah bertungkus lumus buat kerja standby untuk malam nanti. so kitorang bagi la kambing makan pastu ambil gambar.


diorang ni comel gila kot. baik je layan kitorang dari malaysia ni. ekekekekke..

acah-acah...

dalam tu pub kot.

kemesraan yg terjalin antara kami bagaikan sudah lama berkenalan. ekekkekkee..

arwah dulu baik orangnya. tu sebab tak reput lagi. ehehehee..

ada kincir angin tapi tak berfungsi. apa faedah entah la..

nak ambil gambar kat hatyai ni memang kena bergaduh dengan matahari. huhuu..


lepas selesai semua kitorang ke tesco. tesco memang dekat sangat dengan pruksa park. happening tesco kat sini. yang seronoknya jumpa ramai yang pakai tudung. misi ke tesco nak cari teapot yang viral tu. dengan nak belikan syampu sebab kakak biras kirim.


berbelanja bagaikan rakyat tempatan.


kita ni sepatah haram tak faham tulisan thai. yang tahu nombor je. so tak tahu harga kat rak tu refer barang yang mana. dengan muka tak mahu tanya sorang kakak pakai tudung yang kebetulan lalu kat rak teapot tu.

kebanyakan islam kat hatyai ni boleh cakap melayu. tanya dia harga teapot tu. dia kata beli 1 harga 20 baht. tapi ada offer kalau beli 2 harga 18 baht untuk 1 tuib. ya Allah.. punya la seronok sebab murah. apa lagi, memborong la belikan untuk rakyat malaysia sebagai tanda kenangan. ekekkekekee..

silapnya tak ada gambar resit atau harga kat rak. tak terfikir nak ambil gambar sebab tak cadang pun nak tempek kenangan ke hatyai kat blog ni. so tak ada la bukti. syampu pun ada offer. beli syampu rejoice botol besar tu dapat sekali conditioner. 189 baht je. memang murah. mengenangkan berat luggage tak ambil banyak sangat so tak boleh nak beli lebih. syampu tu berat kot. takpe la.


dia tulis selamat datang kot.


moral of the story, beli la kat tesco. untung-untung ada offer dapat lagi murah. serius tak menyesal beli kat tesco. sebab kat tempat lain susu teapot tu harga 25 baht. cuma terlupa nak tengok harga kekacang, tomyam paste atau beras siam kat situ. confirm murah jugak kalau nak bandingkan dengan harga kat ranu kohyo atau kim yong market atau lain-lain kedai.

kat tesco tu pun ada kfc. nampak ada islam yang makan kat situ jugak. nampak jugak pekerja dia pun ada yang islam. kitorang beli aiskrim chocotop. yang jaga kat situ pakai tudung. tanya dia, halal ke kfc ni. dia kata tak halal! pastu tanya lagi kenapa ada islam yang makan. dia kata tu masing-masing punya hal. kira sendiri makan sendiri tanggung. bila staf situ pun kata tak halal jangan nak cari pasal makan pulak ye. makan aiskrim takpe.


acah-acah lagi...
pun acah-acah jugak...


kitorang ke asean night market pulak. sesungguhnya yang viral tu hanya indah khabar dari rupa. saya makan phat thai dengan pancake banana. bagi saya biasa je. kat malaysia ada yang lagi sedap. ada satu kedai ni ramai yang beratur. nampak macam sedap makanan thai dia. tapi saya malas nak berbaris panjang berjela.


ambil gambar sementara tunggu banana pancake siap masak.

makanan dinner kitorang ni je...

bila makan pad thai ni membuatkan saya tersedar bahawa char kue tiau malaysia 15 kali ganda lagi sedap.

banana pancakes yg sepatutnya dia curah coklat tapi saya tak nak. pisang tu dah manis. letak susu pun manis. nak tambah lagi coklat yg manis? nak potong kaki saya ke awak? huhuu..

dah malam ni. mari la kita balik hotel.


lepas makan jalan-jalan kat bahagian jualan barang-barang belah bawah pulak. macam-macam ada. cuci mata je sebab tak ada yang berkenan. puas berjalan kitorang pulang ke hotel. ingat nak ke greenway food station tapi perut dah kenyang. mata dah layu. so balik hotel je la. sampai hotel dekat pukul 9 malam.

hari terakhir kat hatyai saya cerita kemudian ye..

~end~

baca jugak: