About Me

Tuesday, May 7, 2019

...salam ramadan 2019...

jika jumaat itu ketenangan dalam seminggu, 
maka ramadan pula ketenangan dalam setahun.

selamat menyambut bulan ramadan dan selamat menjalani ibadah selama sebulan. 
moga di bulan ini kita semua diberi keberkatan dan rahmat Allah.

mohon maaf andai ada salah silap selama ini. halalkan makan minum saya. jika ada saya terlupa bayar hutang dengan sesiapa, boleh pm tepi.

salam sayang.. 😘


Sunday, May 5, 2019

...trip to HATYAI last part...


di hari terakhir kat hatyai, kitorang plan nak round town sambil membeli apa-apa untuk cenderahati. kira nak habiskan duit yang ada la.

flight balik pukul 2.20 petang. so pepagi kitorang breakfast dulu isi perut. pipa dengan pika datang hotel kitorang sebab restoran yang nak pergi ni belakang hotel kitorang je. restoran tamrab. so jalan kaki dalam 3 minit camtu. yang kitorang pergi ni bukan yang bertutup macam ada air cond tu. tapi yang ala warung. dua-dua kedai ni bertentangan. disebabkan tengok yang bercermin kaca tu macam mahal so kitorang pilih yang warung ni. nasi campur ada, sup-sup pun ada, roti canai semua ada. sejujurnya tak berapa sedap sangat. saya tak recommended tempat ni. 


cas bateri tenaga sebelum melaksanakan misi shopping.


cuma kat sini yang best ada orang jual kacang gajus dan kacang pistachio murah depan kedai ni. paling murah setakat yang saya survey. 500 gram 200 baht je. dan dia sudi terima duit malaysia! 😍

ada jual susu teapot jugak. kena beli 6 atau 1 kotak baru dia bagi harga 20 baht untuk 1 tiub tu. so masih tak semurah kat tesco. cuma murah dari harga lain-lain kedai.

lepas makan disebabkan perut dah penuh mengah nak jalan, kitorang naik tuktuk pergi ke kim yong market. padahal jalan kaki je pun boleh tak sampai 10 minit. naik tuktuk 2-3 minit dah sampai. sebab murah je naik tuktuk ni. 20 baht seorang. tempat ni ala pasar siti khadijah saya rasa. ada jual baju, kasut, beg tangan, buah-buah, kain batik, kain songket thailand, kacang-kacang. kacang-kacang kat situ tak semurah kat restoran tamrab. dan tak ada yang menarik minat saya.





dan disebabkan malas lagi nak jalan kaki, kitorang naik tuktuk untuk ke lee garden street market. kalau jalan kaki 3 minit je pun. huhu..







kat situ beli baju t-shirt hatyai yang tak dijual kat kim yong market. beli pulut mangga. pulut durian pun ada tapi tak sesuai pulak nak beli sebab nak buat bekal masa kat airport nanti. karang semerbak bau dia. kat airport takde tempat makanan halal. kot kalau lapar kat mana nak makan pulak kan.

disebabkan duit syiling berlambak-lambak so kitorang habiskan kat 7 eleven. kat situ ada jual fast food yang halal. harga dalam 20 - 40 baht. beli jugak air susu pisang. ni tips yang sangat berguna. buat apa simpan duit syiling thai tu. bukan boleh tukar balik pun. baik habiskan kat 7 eleven beli makanan. perut pun kenyang.


beli yang ada label halal tau. lepas bayar casher akan panaskan burger ni dalam microwave selama 1-2 minit sebelum bagi kat kita.

burger ni sedap giler. maaf la ni gambar dari google. yang saya beli tak sempat ambil gambar dah settle dalam perut. plastik dok dalam tong sampah. hehee..


sesi habiskan duit berlaku dengan jayanya. ekekkekekee.. pukul 10.30 pagi kitorang balik hotel. jalan kaki je. sampai hotel packing segala barang. make sure segala jenis cecair masuk dalam luggage. jangan sesekali bawa dalam beg hand carry. tak kira la susu teapot ke, pencuci muka ke, losyen ke. jangan! tak pasal-pasal kena buang kat imigresen. imigresen thailand sangat strict okey. pertama kali selama saya ke overseas, kena buka kasut untuk lalu di laluan imigresen check tu. dan bukan setakat lalu je. siap ada skrin yang boleh detect kat mana part yang suspension tu. saya kena kat leher. part leher menyala merah. dia selak tudung nak tengok. tapi pegawai perempuan la. padahal takde apa pun kat leher saya. 😅


sesak macam tin sardin masa nak balik ke airport.


janji dengan mr thom pukul 11 gerak ke airport. bayar 230 baht je untuk 1 trip. cuma sesak sikit dengan luggage. itu pun suku dah letak kat depan. lepas dah check in luggage semua, kitorang makan dulu kat kerusi tepi sebelum masuk kat bahagian imigresen. habiskan semua makan minum barulah masuk imigresen. dan segalanya dipermudahkan sehingga selamat sampai malaysia semula. alhamdulillah...







kalau pergi ke hatyai sekali lagi tempat makan yang wajib saya repeat semestinya kaitod decha, salma restaurant dan rusidi boat noodle. untuk shopping saya ke tesco. kalau jalan-jalan pulak saya nak ke samila beach masa sunset.

moga pengalaman saya ni berguna untuk orang lain. gambar bahan bukti tak begitu complete. sebab tak terfikir nak letak kat blog. harap dapat dimaafkan ye. sekian..

~end~

baca juga:
trip to HATYAI part 1
trip to HATYAI part 2
trip to HATYAI part 3
trip to HATYAI part 4