About Me

Thursday, February 24, 2011

...seSak dideSak...

Tolonglah.....

Jangan mendesak!
Jangan mendesak!
Jangan mendesak! 
Jangan mendesak!
Jangan mendesak!

Moon rasa macam nak menjerit.

Rimas!
Rimas!
Rimas!
Rimas!
Rimas!

Dah cakap banyak kali. 
Tapi kenapa masih tak faham?
Atau mesej yang Moon nak cakapkan tak jelas? 
Habis tu, nak Moon terangkan macam mana lagi?

Ya ALLAH..... sabarkanlah hatiku ini.
Janganlah apa yang bergelodak dalam hati ni memuntahkan laharnya.
Sebab desakan demi desakan tu buat Moon rasa nak marah.
Nak marah! Nak marah! Nak marah!

Astaghfirullahalazim..... Sabar jelah.

Maaf. 
Moon bukan manusia yang sempurna. 
Dan tak boleh didesak.

~end~

Sunday, February 13, 2011

...25 peRkara...


Hmmm..... dah lama tak ditag dalam blog. 
Tapi sorry tau Kak Anum Shukri sebab lambat letak kat blog Moon ni.
Amat amat amat sibuk sejak akhir-akhir ni.
3 kali 'amat' tu maknanya Moon tak tipu. 
Heheee..... (^_^)v
 
Ni arahan asalnya:
"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to tag. You have to tag the person who tagged you. If I tag you its because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."


So.... berikut adalah 25 senarai tentang diri Moon:
  1. Suka termenung.
  2. Berangan.
  3. Warna hijau.
  4. Kuetiau kung fu.
  5. Asam pedas.
  6. Makan ikan.
  7. Barli suam.
  8. Air kosong.
  9. Aizat Amdan.
  10. Main boling.
  11. Menonton kartun Adik di TV9. 
  12. Melihat benda yang kemas.
  13. Ketawa walaupun orang lain kata tak kelakar pon.
  14. Edit lagu yang disukai jadi ringtone.
  15. Tidur dengan 2 biji bantal di kepala.
  16. Walaupun panas tapi nak pakai selimut jugak. Letak kat kaki je.
  17. Suka komen status orang daripada buat status sendiri kat fb. Hahaa.....
  18. Lebih suka bahasakan diri 'kite'.
  19. Kurang gemar berchatting.
  20. Akan menjerit bila nampak cicak.
  21. Binatang yang merangkak macam cicak, biawak, buaya... semua tak suka.
  22. Sokong Jerman setiap kali World Cup.
  23. Teringin nak bersiar-siar kat Jerman.
  24. Lahir di Pahang, membesar di Johor.
  25. Moon sebenarnya perahsia. Hehehee......

Tag 25 orang pulak. Siapa ek?
Errr..... ramainya nak tag.
Hadoooiii...... (?_?) 

~end~

Wednesday, February 2, 2011

...banGun & banGkit...

Kita layan lagu rancak la pulak kali ni.
Kalau nak mengarang scene yang happy, memang kena dengar lagu rancak.
Bila rasa nak memberontak pun kena dengar lagu rancak.
Atau pun nak lepaskan rasa marah atau geram.
Nak mengamuk pun boleh jugak.
Ahahahhaaa.....

Ni lagu aliran indie. 
Memang memenuhi cita rasa Moon.
Layannn....... (^_^)v

BANGUN SEMULA - BLACK COFFEE HONEY
Kali pertama berjumpa 
Senyumanmu oh manisnya
Bersamamu oh indahnya 
Terhenti saat ketika.

Lantas aku tidak sedar 
Semua bohong belaka
Ku hanyut dan jadi leka 
Kau janji akan setia.

Tiada yang peritnya
Dari jatuh dan ditinggalkanmu
Pedih sakit luka 
Kini ku bangun semula.

Kekuatanku ini hanya Tuhan yang mengerti
Di sini aku berdiri
Ku tak perlukan kau lagi.

Kali pertama berjumpa 
Senyumanmu oh manisnya
Bersamamu oh indahnya 
Terhenti saat ketika.

Tiada yang peritnya
Dari jatuh dan ditinggalkanmu
Pedih sakit luka
Kini ku bangun semula.
 
Kekuatanku ini hanya Tuhan yang mengerti
Di sini aku berdiri
Ku tak perlukan kau lagi.

Awalnya indah semua 
Namun akhirnya bencana
Aku tegar takdir dan karma
Hidup ini ada penuh suka dan duka
Aku bangun semula.
 
Ku sedih hati punya
Teman penghibur duka dan lara
Jelas kau memang pendusta
Kau memang tidak benar.
 
Tiada yang peritnya 
Dari jatuh dan ditinggalkanmu
Pedih sakit luka
Kini ku bangun semula.
 
Kekuatanku ini hanya Tuhan yang mengerti
Di sini aku berdiri
Ku tak perlukan kau lagi.....

*-*-*-*-*-*

Buat apa nak melalak sampai bengkak2 mata bila ditinggalkan kekasih.
Memanglah sedih dan rasa kecewa bila putus cinta.
Tapi bunga bukan sekuntum. Kumbang pun bukan seekor.
Dunia terlalu luas untuk kita dapatkan kebahagiaan yang kita nak.
Kita kena buktikan bahawa sesiapa yang tinggalkan kita tu RUGI BESAR.
Heheee......

Setiap kali bila dah jatuh, mesti ambil masa untuk bangun semula.
Di situ la skala ketabahan diukur.
Makin pantas kita bangkit daripada kegagalan, makin tabah jiwa yang kita miliki.

~end~