About Me

Monday, August 17, 2015

...luahkan dengan BERANI...


Anda tak perlu menjadi hebat untuk hasilkan buku. 
Tak perlu anugerah untuk menjadi penulis hebat. 
Tak perlu masuk universiti untuk dapat passport menjadi penulis. 
Yang penting otak kanan dan otak kiri yang superb. 
Berani bersuara. 
Yakin dan mantap dengan idea baru. 
Tulisan yang jarang orang tulis.

Oleh itu, penerbit Kumpulan Media Karangkraf memperkenalkan BUKU POJOK .
Ini genre baru penulisan alternatif.
Platform luahan idea yang berani.


Genre: 
Bebas, travelog, agama, motivasi, kisah benar, human interest, anekdot, buletin, pengakuan, novelet.

Bahasa: 
Mudah, ringkas, sempoi, straight forward, luar biasa, mampu membina evolusi dan beri impak kepada kepada masyarakat.

Segeralah hantar karya anda!
E-mel: projekalternatif@karangkraf.com.my
Klik like fb Buku Pojok: https://www.facebook.com/bukupojok?fref=ts

~end~

Tuesday, August 11, 2015

...tips masuk U...

adik-adik dah check UPU ke belum? 
yang tak berjaya tu usaha lagi untuk pengambilan yang lain pulak. 
yang berjaya masuk IPTA atau IPTS, tahniah akak ucapkan. 
ni akak nak kongsikan beberapa tips. 
‪#‎TipsMasukU‬

1. kalau dapat pinjaman lebih-lebih lagi PTPTN, buat diam je. 
jangan kecoh-kecoh. 
nanti ramai yang nak menghimpit. 
belanja tu berjimat. 
kalau boleh habis belajar duit pinjaman tu ada lagi baki. 
bukan apa, dik... masa dapat duit memang seronok. 
masa nak membayar nanti berdarah usus, dik. 
bayar hutang sampai berkurun pun tak habis-habis.


2. jangan terbabit dengan mana-mana game. 
COC ke, candy crush ke, apa saja game yang menjurus ke arah ketagihan.. hapuskan semua itu sebelum menjejakkan kaki ke menara gading. 
nanti study entah ke mana, buku ke mana... result exam huru-hara.

3. tak payah bercouple bagai. 
kalau jumpa yang berkenan tu KIV dulu. 
kawasan kampus tu luas, dik. 
menjelajah la selagi boleh. 
berkawan biar seribu. 
dah kerja esok, barulah pilih best among the best. 
herherr...

4. simpan semua no phone classmate, coursemate, member 1 dorm, 1 asrama... asal kenal je simpan je no phone diorang. 
kalau phonebook hp full pun biarkan. 
sebab orang yang mengeratkan silaturahim ni murah rezeki. 
pergi mana-mana ada je kawan. 
nikmatnya akan dirasakan lepas dah habis study nanti. 
dengar la nasihat akak ni, dik. 
insya Allah tak rugi.

5. jaga solat. ingat mak ingat abah. ingat sedara-mara. 
oleh itu kalau nak buat jahat, automatik tak jadi punya. 
bila dah duduk berjauhan dengan family ni macam-macam dugaan. 
macam-macam godaan. 
ada yang culture shock. 
so kena fokus nak study pandai-pandai, lepas tu dapat kerja bagus-bagus. 
boleh tolong mak abah.

sekian saja tips akak untuk adik-adik. 
semoga berjaya di dunia dan akhirat. 
aminn...

~end~

Thursday, August 6, 2015

...santai PENULIS karangkraf...


tak payah nak terangkan lagi dah.
sebab semuanya dah tertulis kat poster.

so saya nak jumpa awak - awak - awak - awak - awak - awak semua ahad nanti 9 ogos kat MPH nu sentral. 
bermula jam 2 sampai 4 petang.

nak beli buku ke, nak autograph ke, nak bergambar ke, nak borak-borak ke, nak makan kuih raya sama-sama ke... semua boleh. 
herherherr...

terima kasih MPH mutiara minda kerana menjemput saya untuk bersama-sama memeriahkan event ni. 
insya Allah saya akan buat yang terbaik.

kepada anda semua... jumpa saya dan novelis lain iaitu Hezzy Azra, Naim Tamdjis dan Nurul Janah di sana!

~end~

Wednesday, August 5, 2015

...drama adaptasi NOVEL...


last week ada producer call saya. 
dia nak proposal novel saya untuk diadaptasi ke drama bersiri. 
proposal tu nanti dia akan pitch ke stesen TV.

hari ni saya emel proposal 2 novel saya kat dia.
novel Awak Jangan Nakal & Gila Tak Rindu.

ni baru 1st step.
production house akan bawa proposal tu ke stesen TV untuk pitching.
sama ada diterima atau tak, stesen TV yang akan tentukan.
kalau diterima, baru la boleh cerita 2nd step pulak.

ada rezeki, insya Allah novel tu akan diadaptasi jadi drama.
boleh tengok kat TV.
kalau tak ada rezeki, pun rezeki jugak namanya tu.
huhuu....
doa-doakan je la ye?

orang kata berharap takpe. 
tapi jangan terlalu mengharap. 
sebab dalam hidup kita ni selalu akan terjadi perkara yang tak disangka - tak dijangka - tak diminta.

itu lumrah. (^__^)v

~end~