Dah sediakan tisu? Cukup ke sehelai?
Tak cukup tu. Lagu ni sedih sangat.
Sesiapa yang mudah tersentuh kena sedia tisu banyak sikit.
Hehee.....
Kalau dah ready, kita dengar lagu ni jom.
SANDIWARA CINTA - REPVBLIK
Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mahu bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mahu menitis
Alasan yang sering kali ku dengar
Alasan yang sering kali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Mungkin ini jalan yang engkau mahu
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa
Ceritanya apa
Aku tahu...
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati
-*-*-*-*-*-*-
Moon pernah beberapa kali dengar lagu ni kat radio.
Masa tu cuma cakap best je tapi tak tahu apa tajuknya.
Tapi bila Moon dengar ada seseorang nyanyi lagu ni masa
kenduri kawin kat rumah dekat-dekat dengan rumah Moon, terus Moon menggelabah nak
tahu ni lagu apa.
Mungkin sebab yang nyanyi tu nyanyi dengan penuh perasaan
kot.
Ahahahhaa.....
Moon tak tengok pun siapa yang nyanyi sebab tak dijemput.
So dengar dari rumah jelah.
Best kan lagu ni?
Sedih kot. Rasa macam nak nangis pun ada. Huhuu.....
Lebih-lebih lagi kalau sesiapa yang ada pengalaman diduakan.
Ya..... dulu Moon pernah diduakan.
Sedih pulak nak flash back kisah silam ni. Iskhh.....
Tapi nak buat macam mana kan? Benda dah jadi.
Menangis meraung macam mana sekalipun bukan dapat ulang semula masa lalu.
Sebenarnya kan..... orang yang diduakan ni boleh rasa yang dia diduakan.
Moon tak tahu macam mana Moon dapat rasa perasaan tu.
Bila Moon tanya, dia tak mengaku dan cuba mengelak-elak.
Moon bukan nak marah atau nak mengamuk.
Kalau dia mengaku, mungkin Moon boleh undur diri.
Jadi tak payahlah dia susah-susah nak pilih yang mana satu.
Moon jenis yang tak suka berebut-rebut dan lebih baik mengalah.
Tak apa walaupun hati memang rasa sakit.
Tu lagi baik daripada dia masih dengan Moon, tapi separuh hati fikirkan orang lain.
Yang tu lagi menyeksakan. Betul tak?
Dan bila segala-galanya sudah terang lagi bersuluh dia ada orang lain, Moon tahu kehadiran Moon dah tak bermakna lagi.
Biarlah Moon yang pergi dengan rela hati.
(T_T)
~end~
1 comment:
Betul tu moon ... cara moon tu betol
Post a Comment