nak jadi penulis?
ni berita baik untuk anda.
kerjaya sebagai penulis ni mungkin ada yang anggap 'biasa saja'.
tak ada yang istimewa.
leceh!
buang 'karen'.
huhuhuu...
sejujurnya, saya tak menyesal menjadi penulis.
sebabnya?
1. saya dapat berkongsi sesuatu kepada pembaca. pengajaran/pengetahuan/pengalaman.
2. terapi untuk saya meluahkan perasaan yang berbuku. kalau ada yang saya tak puas hati tentang sesuatu perkara, saya akan selitkan dalam tulisan saya. herherr...
3. selagi buku saya tu dijual kat pasaran, selagi itu saya mendapat bayaran royalti. kalau nak royalti banyak, buatlah buku yang bagus dan best dibaca. boleh jadi income atau side income.
4. andai saya mati suatu hari nanti, buku-buku saya la yang saya tinggalkan buat semua sebagai kenangan. kenangan yang boleh dibaca, boleh dipegang, boleh dihayati, boleh disimpan sesiapa saja. nama saya dicatat kat buku tu sampai bila-bila. mungkin pada tahun 2175, buku saya masih dibaca. waahh... tahun 2175 tu! hahahhaa...
yang penting, tulis la yang baik-baik supaya memberi impak positif pada pembaca.
selagi buku kita tu memberi kebaikan, selagi tu kita dapat pahala.
insya Allah...
~end~
No comments:
Post a Comment