About Me

Tuesday, September 19, 2017

...meet & makan GBK 2017...

dalam kesibukan mengejar deadline nak siapkan manuskrip, saya terima jemputan untuk ke majlis meet & makan GBK 2017.
kerana nak siapkan manuskrip jugak la sebulan saya tak update kat blog ni.
hurhurr...

kita lupakan sekejap pasal manuskrip.
sebab majlis tu lebih penting untuk di update kat sini.
bukan apa... takut lama-lama kang lupa.
dah lupa kang terus malas nak update blog.


majlis ni julung-julung kali diadakan pada 16 september lalu. 
mempertemukan novelis Alaf 21, Buku Prima & Pojok.
novelis genre cinta, seram/thriller dan juga indie.
motifnya untuk mengeratkan silaturahim, bergembira, meraikan dan sambil merancang hala tuju masa depan.
ada penyampaian penghargaan untuk novelis evergreen dan novel bestseller.
juga ada cabutan bertuah dan peraduan mencipta karangan pendek.
makan-makan dah tentu la ada. 
meriah sungguh makanan yang ada.
ramai novelis yang membawa buah tangan sendiri.
dan yang paling penting bergambar.
saya yang pemalu ni tak ada bergambar sangat.
hahahaa...



















yeaayy dapat hadiah! hahaa...
bos buat lawak masa bagi hadiah. keras perut tahan tak nak gelak sebab nak ambil gambar. ahahahhahaha.. 
dapat hadiah cabutan bertuah yeayy yeaayy..

dapat hadiah menang buat karangan yeaayy yeaayy...

dapat goodies al-quran yeaayy yeaayy..

gambar ramai-ramai. macam semut je tengok. hahahaa..


anyway tahniah kepada semua yang hadir.
tahniah juga kepada crew GBK yang bertungkus lumus nak pastikan majlis ni meriah.
moga karya yang kita terbitkan terus menempa nama dalam industri dan hati pembaca.

harap-harap ada lagi majlis sebegini diadakan pada masa akan datang.
dan lebih ramai novelis berpeluang hadir memeriahkan majlis.
terutama novelis yang tinggal jauh dari selangor.

~end~


No comments: