About Me

Friday, March 30, 2018

...nak HADIAH novel JAMPI?...



nak novel JAMPI secara PERCUMA?

sempena novel saya yg ke 10, 10 tahun saya bergelar novelis dan 10k view novel JAMPI kat portal ilham.. saya nak HADIAHKAN 10 novel JAMPI kepada 10 orang yg bertuah.

caranya: 
pergi ke facebook saya. like status saya paling atas dan mention nama 1 orang kat ruang komen. saya akan komen CLOSE bila-bila masa saja. 10 orang terakhir yg komen (tak termasuk nama yg di tag) akan dapat hadiah novel ni. nama selepas saya komen CLOSE tak akan dikira.

ingat tau.. saya akan CLOSE bila-bila masa. so apa lagi. GO!
-----

sinopsis:

Sejak tinggal di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, hidup jadi Dahlia huru-hara. Dia sering diganggu ‘sesuatu’. Apabila Dahlia mengadu pada Zairi, suaminya itu langsung tak percaya. Yang menghairankan, hanya Dahlia diganggu di rumah itu. Perangai Zairi turut berubah. Setiap hari Zairi balik lewat malam. Hubungan mereka tak lagi mesra. Dahlia kecewa apabila dapat tahu Zairi kembali bercinta dengan Reeha, bekas kekasihnya.

Lebih menghairankan, Dahlia terdengar bunyi pelik dari rumah jirannya, Ana. Wanita yang tinggal sendirian itu berwajah hodoh dan berperangai pelik lagi misteri. Dahlia keliru. Apa yang telah terjadi sebenarnya? Rumah itukah yang berhantu... atau ada ‘cerita’ lain tentang Zairi, Reeha dan Ana?

“Dalam rumah ni, macam-macam bunyi saya dengar. Semua yang pelik-pelik saya dengar setiap malam. Sampai saya tak boleh nak tidur. Saya jadi takut, jadi tak tentu arah kat rumah ni.” – DAHLIA

“Kalau bukan suami kau, maknanya bekas kekasih suami kau tu sebenarnya yang buat kau. Dia yang sihirkan kau!” – ANA

“Jiran baru kenal sehari dua dah percaya bulat-bulat. Kenapa senang-senang percaya dengan orang yang baru kenal?” – ZAIRI

“Aku cuma nak ambil balik hak aku, Dahlia.” – REEHA

nak baca novel ni secara PERCUMA klik link ni: http://www.portalilham.my/karya/Novel/Seram-Misteri/y-gxf5M9SVQ/JAMPI

~end~

No comments: