About Me

Tuesday, September 25, 2018

...kanser hidung...

satu malaysia terkejut bila dikhabarkan tentang dato' lee chong wei menghidap kanser hidung. 

jom kita kenal kanser pangkal hidung atau juga dipanggil  nasopharyngeal carcinoma (NPC).

Kanser pangkal hidung (NPC) merupakan kanser hidung yang terjadi di bahagian nasofarinks, berdekatan pangkal tengkorak. Ia kerap dihidapi oleh kaum Cina. Mengikut data kanser malaysia (2007-2011), NPC menduduki tangga ke-5 selepas kanser payu dara, usus, paru-paru dan lymphoma.

Faktor risiko adalah disebabkan oleh keturunan (kaum cina) dan jangkitan virus Epstein Barr. Amalan gaya hidup seperti merokok dan pemakanan yang diawet seperti sayur-sayuran atau ikan kering juga penyumbang kepada kanser ini. Kaum Bidayuh di Sarawak juga berisiko menghidap NPC.

Gejala utama NPC adalah bengkak di leher (tidak sakit,~ 60%). Selain itu pendarahan hidung atau hidung tersumbat dan kurang pendengaran sebelah telinga juga antara gejalanya. Jika anda mempunyai bengkak leher lebih dari 3 minggu segeralah berjumpa doktor untuk siasatan lanjut.

Untuk dapat kepastian jenis kanser NPC itu, biopsi tisu atau ketumbuhan dalam hidung di bahagian nasofarinks adalah perlu. Biasanya prosedur ini dilakukan di klinik ENT dengan bius setempat kecuali ada rintangan tertentu pesakit, maka prosedur dilakukan di dewan bedah bius penuh.

Rawatan kanser NPC ini bergantung kepada tahap kanser itu dijumpai. Secara umumnya, rawatan utama adalah radioterapi & kemoterapi. Pembedahan sangat jarang diperlukan kecuali dalam kes-kes tertentu.

Kadar kelangsungan hidup (prognosis) 5 tahun adalah sangat bagus jika dikesan & dirawat awal. Untuk kanser tahap 1, 80-90%, kanser tahap 2, 70-80%, tahap 3, 40-60% dan tahap 4, 40% (jika belum lagi merebak ke kawasan lain).

moga DLCW kembali sihat dan bebas dari kanser. 

~end~

No comments: