About Me

Thursday, June 3, 2010

...pEcaHkaN beLenggU iTu...

"MENGKRITIK tak bererti MENENTANG.
BERSETUJU tak semestinya MENYOKONG.
MENEGUR tak bermakna MEMBENCI.
Dan BERBEZA PENDAPAT adalah KAWAN BERFIKIR yang baik."

Moon suka sangat menghayati kata-kata sebegini.
Membuatkan Moon akan berfikir di luar kotak.
Berfikir dari sudut yang berbeza.
Cuba untuk tak mundurkan minda sendiri.
Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.
(^_^)v

Ramai yang MENGKRITIK dipengaruhi emosi nak MENENTANG.
Dan orang yang DIKRITIK merasa diri DITENTANG.

Kita rasa DISOKONG kalau ada yang BERSETUJU dengan kita.
Sedangkan sebenarnya SETUJU itu kerana dah tak kuasa nak melayan.

Setiap kali MENEGUR, pasti dikaitkan dengan MEMBENCI.
Padahal, berniat baik dengan teguran tu.

Kenapa ek?
Kenapa belenggu begini yang sering mengekang minda kita?
Dan kenapa kita susah nak anggap BERBEZA PENDAPAT membuatkan kita lebih BERFIKIR?

~end~

2 comments:

Sarnia Yahya said...

salam moon, akak bersetuju dgn tulisan moon. Mengapa ramai yg manggap bila kita memberi pdapat dikatakan kita menentang dan mengkritik mrk. Sampai bila kita kena angguk dan tunduk?

AzmaMurni Aziz said...

Setiap manusia walau tak banyak pasti punya sedikit ego yang payah untuk dilenturkan. mungkin di situlah titiknya.. kenapa berbeza bicara itu akan mengundang debat yang tak sudah, menyulam amarah yang akhirnya mengundang benci.

Segalanya hanya kerana kita terlalu mendambakan kesempurnaan sehingga terlupa pada kekurangan sendiri.. lalu terus terlupa untuk menerima logik akal insan lain.

*Salam ukhuwah..