About Me

Saturday, March 23, 2019

...trip to HATYAI part 1...

8 mac yang lalu saya ke hatyai selama 4 hari 3 malam. tak terfikir pun nak update kat blog pasal trip ni. ye la... dah ramai yg tulis pasal percutian ke hatyai. 

tapi saya rasa saya perlu cerita pengalaman saya ni. sebab apa yg saya alami sedikit berbeza dengan pengalaman orang lain yg saya baca.

percutian saya ke hatyai ni, tiket penerbangan ditaja oleh adik ipar saya. dia taja sebab suami saya ambil insurans takaful prudential dengan dia. dia memang akan bawa klien bercuti bila genap setahun dan bayaran cantik. tempat bercuti bergantung pada jenis insurans yg diambil. kalau caruman yg mahal sikit dibawa ke overseas. kalau tak, dia bawa bercuti dalam malaysia je la. 😅

so kalau nak ambil insurans dan dapat bercuti sekali boleh la berurusan dengan encik zul di talian 013-3233475. hehee.. sempat lagi tu promote adik ipar. 🤭

bulan 12 tahun lepas zul tanya kat suami saya, okey ke tak tarikh tu pergi bercuti? tengok jadual memang tak ada apa-apa program. suami saya kata on. terus zul belikan flight tiket ke hatyai. tapi hotel, makan, shopping tanggung sendiri la.

dia dengan isteri dia pun join sekali. kira macam cuti bersama adik-beradik sekali. saya diberi tugas untuk buat itinerary. so saya pun search pasal trip ke hatyai.

ramai yg ke sana naik train. tapi saya yg baca pun dah rasa penat. naik train dari kl sentral ke padang besar pastu sambung ke hatyai ambil masa 10 jam kot! bagi saya agak buang masa. ditambah dengan penat menunggu. lebih-lebih lagi isteri zul pregnant. bawak anak umur 4 tahun pulak tu. renyah jugak la. so better naik flight.

naik keretapi memang bajet. kalau bujang, tak bawa anak kecil atau orang tua tak apalah. sebab kesian naik keretapi lama-lama. budak kalau rimas penat mesti nak melalak je dia. lagi satu kena banyak berjalan. orang tua kalau banyak berjalan risau dia sakit kaki lutut tu semua. tapi kalau larat terpulang la nak naik train pun no problem. pilihan di tangan anda.

setelah puas baca blog orang, ini itinerary yg saya buat untuk kami kat sana. 4 hari 3 malam tu banyak tempat boleh pergi. takkan setakat nak pergi makan je kan. alang-alang dah sampai sana, rasa rugi tak pergi tempat-tempat menarik kat sana.

8.3.2019 (JUMAAT)
2.00 pm - KLIA2
4.55 pm - take off
5.30 pm - hatyai airport
6.30 pm - check in pacific residence hotel (naik tuktuk dari airport 20 min)
7.30 pm - decha fried chicken restaurant (jalan kaki 6 min)
9.00 pm - lee garden night market (jalan kaki 5 min)
10.00 pm - back to hotel

9.3.2019 (SABTU) - (chartered tuktuk 1000 baht) 

7.30 am - dimsum chabura
8.30 am - songkhla trip: samila beach, golden mermaid statue, songkhla city park, cat & rat statue, the great serpent nag statues, khao tangkuan (tangkuan hill), khao tangkuan pagoda, sala phra wihan daeng
2.00 pm - songkhla central mosque
3.00 pm - khlong hae floating market
6.00 pm - asean night bazaar
9.00 pm - back to hotel

10.3.2019 (AHAD) - (chartered tuktuk 1000 baht)

8.00 am - salma restaurant (jalan kaki 10 min)9.00 am - hat yai municipal park trip: cable car, standing buddha, laughing buddha, ice dome, hat yai planetarium, magic eye 3D museum
1.30 pm - rusidi boat noodle
3.00 pm - wat hat yai nai
3.30 pm - ranu kohyo
4.30 pm - phra maha chedi tripob trimongkol (stainless steel pagoda)
5.30 pm - pruksa park
7.00 pm - greenway food station
9.00 pm - back to hotel

11.3.2019 (ISNIN)

8.00 am - salma restaurant (jalan kaki 10 min)
9.00 am - kim yong market (jalan kaki 5 min)
10.00 am - lee garden market street (jalan kaki 5 min)
11.00 am - check out hotel (jalan kaki 5 min)
12.00 am - hat yai airport (naik grab 20 min)
2.20 pm - take off

saya dah tengok maps. tempat yg kitorang pergi ni semua jalan sehala. so tak la patah balik ke hulu ke hilir. lagi satu, nama tempat yg saya tulis ni sebiji sama dalam google maps. kena sama sebab nanti bila nak cari direction, senang.

untuk hotel kami pilih pacific residence hotel yg terletak dekat sangat dengan pasar malam dan restoran halal. jalan kaki je. kira di tengah-tengah hatyai town betul la. murah pulak tu. 1 malam RM60 kat agoda. total sekali dengan tax apa semua untuk 3 malam RM213.15 je. hotel cantik bersih, katil king, siap ada freezer, sofa kecik, toilet bersih complete dengan toiletries. ubat gigi dan berus gigi je tak ada. hari-hari bagi air mineral free kat bilik. hari-hari bilik buat cleaning. hari-hari tukar tuala. ada bilik iron. kebanyakan hotel kat hatyai tak sediakan iron ye. sebagai wanita kalau tak ada iron memang tak ada mood la nak ke mana-mana. ekekkekee.. 😂

transport pulak ada 3 pilihan. yg pertama mr. boon +66864833533/0066864833533. book tuktuk for a day trip 1000 baht = rm120. boleh cakap english je. nak booking kena mesej dia sebab dia tak ada whatsapp.

yg kedua encik awi +66862991307. sewa tuktuk sehari 1500 baht = rm185. 8 am - 8 pm. boleh cakap melayu tapi tak reti baca tulisan melayu. so nak booking boleh whatsapp call dia.

yg ketiga mr. chotimon +66992256566. yg ni dia bawa kereta grab. kalau tak lebih 4 orang dan nak aircond sebab cuaca kat hatyai sangat panas, boleh la contact dia. sehari 1400 bhat.

disebabkan kami 5 orang, so pilihan yg okey dan murah hanya mr. boon. tuktuk dia sesuai untuk tak lebih 6 orang. kalau lebih nanti tak selesa nak duduk senang-lenang.

encik awi tu mungkin mahal sikit sebab tuktuk dia besar. muat untuk 8-10 orang. lagipun dia pandai cakap melayu. senang la nak berborak.

currency rate bulan mac hari tu yg paling rendah 100 baht = rm12.89. ada tempat yg rm13 lebih. mahal betul rate sekarang ni. dulu 100 baht = RM10 je. huhuu.. kalau dapat yg murah dari RM12.89 tu lagi bagus. mana la tahu currency ringgit mahal balik macam dedulu. harap-harap la.

satu lagi yg penting data internet. kat hotel ada wifi. so takde masalah. tapi bila keluar nak jugak guna internet. ramai yg kata boleh beli je kat sana. saya survey kat shopee. lagi murah sebenarnya. 8 hari unlimited data internet dan 100 minit call percuma ke nombor thailand. so nak call driver tuktuk senang la.




boleh search kat shopee thailand true move 3 in 1 travel sim card. saya beli dengan seller accentan. sebab masa beli tu dah dekat sangat dengan tarikh nak fly. so saya cari local seller. dia pos cepat. ada yg jual RM18 je. tapi dari thailand. kalau awal-awal boleh la beli yg murah tu. harga kat thailand kebanyakan 240 ke 300 baht. rm30 ke rm35. memang mahal la. baik beli kat shopee.

senang gila guna sim card ni. ada 3 size tak perlu nak potong. ikut kesesuaian fon masing-masing. dah sampai thailand baru pasang kat fon. sekejap je dah boleh guna terus. pastu hotspot la. yg lain-lain boleh share guna wifi. sebab unlimited data kan.

lain-lain yg penting yg wajib dibawa ialah international adapter, electric fans sebab hatyai tu panas terik dan sunscreen cream supaya kulit tak kena sun burn.

setakat ni dulu saya cerita tentang persediaan untuk ke hatyai. nanti saya sambung lagi.

~end~


baca juga: 
trip to HATYAI part 2
trip to HATYAI part 3
trip to HATYAI part 4 
trip to HATYAI last part

No comments: