About Me

Sunday, September 26, 2010

...hiLanG & peRgi...


Masa bulan puasa Moon berbual di telefon dengan satu-satunya kakak yang Moon masih ada.
Perbualannya lebih kurang begini:

Kakak : Sedih tak raya nanti tak ada arwah Tini? Terasa tak, dik?
Moon : Sedih sangat, kak. First time dia tak ada dengan kita.
Kakak : Akak bila teringatkan dia, akak mesti menangis. Rasa macam tak percaya dia yang pergi dulu.
Moon : (Diam menahan sebak)
Kakak : Adik balik tak beraya rumah arwah?
Moon : Mestilah balik. Kesian kat anak-anak dia. First time dia orang beraya tak ada mak.
(Diam lagi. Teringat kenangan raya tahun lepas)
Moon : Tahun lepas kita bertiga beraya sakan. Tulah kenangan terakhir dengan arwah. Nasib baik kita ada ambil gambar bertiga. Kan kak?
Kakak : Baru akak teringat, dik. Kata orang-orang tua, tak baik bergambar ganjil. Kena genap. Tak boleh ambil gambar bertiga. Ada yang meninggal nanti. Menyesal pulak rasanya. (Sambil mengeluh)
Moon : Tak baik akak percaya benda-benda macam tu. Syirik, kak. Dah ajal dia dah sampai.
Kakak : (Terdiam seketika sebelum bersuara semula) Yalah... kita tak pernah bergambar tiga beradik. Bila dah bergambar, jadi macam ni pulak.

Moon tengok balik gambar-gambar raya tahun lepas. 
Dalam hati, Moon masih menafikan kepercayaan yang karut tu. 
Tak mungkin kerana bergambar tiga orang, salah seorangnya tak panjang umur. 
Mujurlah kitorang tiga beradik perempuan dalam keluarga ada bergambar bersama. 
Bukan banyak pun. Tiga keping je. 
Kalau tak, mesti tak ada kenangan dengan arwah.






















Tapi raya tahun ni, Moon langsung tak ada mood nak bergambar. 
Biasanya Moon yang paling suka mengusung kamera ke sana ke mari. 
Sama ada kamera digital atau kamera handphone... 
satu pun tak ada gambar raya Moon sekeluarga. Langsung tak ada. 
Entahlah... mungkin semangat tu hilang pergi bersama arwah.

~end~

2 comments:

Faratira said...

Kak Moon terimalah ujian ini dengan tabah. Setiap yang hidup pasti akan meninggalkan dunia.

Kita yang masih diberi peluang untuk bernafas ni, doakan dia di sana supaya rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.

mOOn said...

thx faratina atas ingatan. mudah-mudahan doa kite akan diterima-Nya. amin....