About Me

Tuesday, January 1, 2013

...majlis pelancaran 5 NOVEL...

Owhh..... lamanya tak update blog.
Rasa berdosanya biarkan blog ni sunyi-sunyi.
Huhuu.....

Okey!
Moon mulakan dengan kisah pada 1 Disember 2012.
Ini tarikh bersejarah dalam hidup Moon apabila sebuah majlis Pelancaran 5 Novel Murni Aqila diadakan.
Bertempat di auditorium Kumpulan Media Karangkraf, berlangsung majlis yang amat bermakna bagi Moon.
Bermula dengan Sebutlah Namaku (2008), Ucapkan Kau Rindu (2009), Cinta Aku Seadanya (2010), Ingat Janji Kita (2011) dan yang terbaru Sayang Awak, Sayang... (2012).
Di Alaf 21 apabila seseorang penulis sudah mempunyai 5 buah novel, dia secara automatik menjadi penulis prolifik.
Kelebihannya, nama penulis di cover novel lebih besar daripada tajuk.

Yang seronoknya pelakon, pengarah, penerbit dan penulis skrip drama Melissa Saila sudi merasmikan majlis ni.
Penampilan kak Melissa yang dah bertudung nampak ayu sangat. Comel dia.
Dia lebih kecil dari Moon dan nampak muda. 
Ahh..... jeles la pulak. Ahahahaa.....



Pada hari itu juga Moon menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan Click! Click! Bersama Murni Aqila.
Maaf sebab tak dapat menjemput semua sebab majlis ni tertutup.
So..... Moon kongsikan gambar-gambar ketika majlis berlangsung pada anda semua.
Moon nak kongsikan kegembiraan Moon pada hari tu.








Nak tengok lebih banyak gambar lagi?
Boleh tengok di page FB Moon DI SINI.

Anyway Moon nak ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan semua yang terlibat dalam majlis tu.
Juga pada anda semua yang telah menyokong, mendorong dan mengkritik.
Semua itu yang membuatkan semangat Moon berkobar-kobar untuk terus berkarya dan menghasilkan yang terbaik.
Doakan Moon lebih murah idea lagi lepas ni ya?
Sayang anda semua, sayang.
Muaaahhh...!!!
(^_^)v

~end~

No comments: