ini review kak Imaniah Fajaya Othman untuk novel Gila Tak Rindu.
kak iman dah review bulan 12 tahun lepas.
tapi saya ni super duper busy.
tak sempat nak post kat sini.
bila dah tak sempat, lama lama jadi lupa pulak.
adeh!
(>__<)
siapa yang tak kenal kak iman.
novelis, penulis, peminat novel... mesti kenal.
seorang yang sangat suka baca novel.
sanggup beli novel bertimbun-timbun untuk buat koleksi.
kiranya pembaca tegar novel.
thanks kak iman untuk review yang ikhlas dari hati.
dalam banyak-banyak novel yang kak iman ada, kak iman sudi nak baca novel saya.
ya Allahh... terharu sangat.
hepi giler kot!
tengkiu tengkiu tengkiuuu...
moon doakan kak iman sentiasa sihat dan dirahmati Allah.
masa kak iman admitted sebab denggi, moon tak sempat nak datang melawat.
hanya kirimkan doa dari kejauhan.
moga Allah makbulkan doa moon tu.
amiiinnn...
okey!
berbalik pada review kak iman, ni saya copy paste apa yang kak iman tulis dalam facebook.
agak panjang tapi terasa kejap je baca.
sebab padat dengan apa yang dikomen.
sila la baca...
Kerana terlibat dengan We Chat ketika percutian dan janji bodoh untuk bertemu untuk kali pertama setahun kemudian , Risham dan Nomi tidak tahu apa yang terjadi nanti . Dalam masa setahun Risham sudah bersma Kisya yang pada pendapatnya gadis yg cukup sesuai dan perfect untuknya. Nomi pula tidak sabar hendak menemui lelaki itu . Untuk tidak memungkiri janji dan Risham juga merasakan Kisya jauh lebih hebat dr Nomi yang berkerja di butik pakaian itu , Risham telah meminta rakan kolejnya, Adib untuk mengantikan untuk bertemu dengan Nomi, Adib pada mulanya tidak mahu akur kerana Risham berjanji baki hutangnya akan dikira langsai jika dia membantunya . Adib yg bekerja sebagai technician kerajaan yg hanya mempunyai motor lama pergi ke tempat pertemuan itu . Terjadi perkelahian antara Nomi dan Adib kerana ini bukan kali pertama mrk bertemu , mrk pernah bertekak di jalanraya kerana kesalahan yg dilakukan Nomi . mrk saling berbalah kata dan Nomi terus meninggalkan tempat itu , ketika hendak mengundurkan keretanya , Nomi telah terlanggar motor Adib sehingga motor itu terhumbang ked dalam parit dan rosak . Tanpa rasa bersalah Nomi meninggalkan tempat itu dan menyebabkan Adib bengang dan mengugut akan menyebarkan video apa yg Nomi dah lakukan pada motor dia . Nomi takut dan akhirnya dia bersetuju membiayai kos membaiki motor Adib . Tidak semudah itu Adib ingin melepaskan Nomi , sepanjang dia tiada pengangkutan , Nomi dikendaki membawanya dan mengambilnya dr tempat kerja tetap dan partime nya . Sehingga membuatkan Nomi kadang2 letih kerana Adib bekerja sehingga pukul 10.30 malam . Setiap Sabtu dan Ahad juga Adib berkerja dan Nomi tu lah juga drivernya itu. Mereka seringkali bertengkar didalam kereta setiap masa.
Pada suatu hari , Nomi yang baru lepas menghantar Adib ke tempat kerja dan baru sampai ke ofisnya menerima panggilan emergency dari lelaki tersebut dan menyuruhnya terus mengambilnya di ofis … Nomi bengang tambahan lagi Adib menyuruhnya menghala ke highway , akan tetapi apabila tiba di Port Dickson , perpeksi Nomi terhadap Adib mula berubah kerana rupa2nya mak Adib telah jatuh sakit , apabila melihat kasih sayang ikhlas yg ditunjukkan Adib kepada keluarganya , Nomi mula mengagumi lelaki itu , apabila Adib menangis menceritakan kesusahan keluarga mereka selepas bapanya meninggal sehingga menyebabkan dia terpaksa bekerja sambil belajar . Cerita Adib yang dia terpaksa meminjam wang sebanyak 30 ribu untuk membiayaian perbedahan jantung ibunya juga membuatkan Nomi jatuh kesian terhadap lelaki itu … Oleh sebab itu lah Adib terpaksa bekerja part time , lagipun 2 adiknya masih belajar , demi tanggungjawap sebagai anak sulung , Adib rela berkorban .
Hari demi hari hubungan Nomi dan Adib rapat sehingga Adib meminta Nomi membelikan tudung untuk dihadiahkan kepada Hazza rakan sekerja yg dicintainya, Hazza walaupun baik dengan Adib , tetapi dia tidak menyukai lelaki itu kerana lelaki itu hanya menyukai motor , kehadiran Helmi menyebabkan Hazza menerima huluran cinta lelaki itu dan Adib yang belum sempat meluahkan isi hatinya di kad yg dilampirkan bersama hadiah yg dibelinya itu tidak jadi memberinya . Dia kecewa dan meluahkannya pada Nomi , Demi memujuk Adib yg terluka itu , dia mengajak lelaki itu pulang ke Port Dickson . Mak dan adik Adib berkenan dengan keperibadian dan tingkahlaku Nomi yang pada mereka sangat baik dan sopan walaupun cantik..timbul perasaan malu di hati masing2 tambahan lagi apabila keluarga mereka bergurau tentang sikap masing2 yang berubah selepas berjumpa . lama kelamaan cinta mula tumbuh di hati masing2 dan akhirnya mereka saling meluahkan isihati . Apabila sering bertemu dan mereka hampir melakukan perbuatan yang menyalahi agama, Adib bertekad untuk terus meminang Nomi dan mrk akan dikahwinkan dalam masa 1 bulan .. memang betul lah darah manis banyak dugaannya . Risham yang menghadapi masalah dengan Kisya yg kuat cemburu bertemu dengan Nomi teman We Chat itu dan menyesal kerana menyuruh Adib bertemu dengan gadis itu . Kecantikan dan lemah lembut Nomi memikat hatinya tambahan lagi bila dia mengertahui , Nomi bukan pekerja butik , tetapi ownernya . Hazza yang ditinggalkan oleh Helmi selepas habis madu dihirup pula menangis dan dia telah melihat hadiah dan kad yg ingin diberi Adib padanya dahulu , apabila membaca luahan hati Adib , dia menyesal dan mula mendekati lelaki itu kembali. Adib mula dilema mendengar luahan isihai Hazza tambahan lagi akan berkahwin dengan Nomi . Risham pula mengejar Nomi sehinggakan Kisya mengertahui hal itu dan menyerang Nomi .
Bahagia yang diimpikan selepas perkahwinan hanya dikecapi Nomi selama 2 hari sahaja , selepas itu Adib mula berubah , setiap masa dia meghabiskan masa dengan Hazza dan mengabaikan rumahtangga … Ini menyebabkan Nomi sedih tambahan lagi apabila melihat si suami sembunyi2 bermeseg dengan org lain . Risham tidak melepaskan peluang menambah cerita tentang hubungan Adib dan Hazza yg kembali rapat . Nak tahu kesudahan novel ini . Sila beli . best best best."
so kalau berminat nak beli novel ni, boleh la e-mel saya di murni.aqila@gmail.com.
RM30 + postage RM5 = RM35 sahaja.
(^____^)
~end~
No comments:
Post a Comment