About Me

Saturday, January 2, 2016

...TERCULIK tanpa sengaja...

1 malaysia terkujat badak bila berita penemuan Amirah Athirah yang dikatakan diculik tersebar.
umur budak tu baru nak masuk 15 tahun. 
tapi cara penemuan dia tu yang paling tragis.
berdarah hati semua orang.
kuh kuhh kuhh....

sebelum tu kita flashback apa yang jadi.
Amirah Athirah hilang pada 27 disember 2015.
dia tinggal kat pelabuhan klang.

amirah athirah

bila amirah ni tak balik balik rumah, 1 famili dia risau.
lebih risau lagi bila si kakak dapat call dari amirah ni.
kakak amirah ni kakak angkat. 
lala nama dia. 
si lala ni ada rakam phone call dengan amirah.
amirah kata dia kena culik dengan van putih.
disorokkan dalam gudang pulak tu!
yang kena culik tu ramai katanya.
lagi la semua orang susah hati.
usaha mencari viral kat facebook, twitter, instagram... semua social media heboh pasal ni.




tapiiii.....
sekali polis dapat jejak si amirah ni kat banting.
jumpa dalam kereta kat stesen minyak dengan boifen uolsss...!!
apa lagi.. 1 malaysia la bengang!




ya Allaahhh....
semua orang risaukan dia, doakan dia... tapi dia senang lenang dengan boifren..!!
mana la orang tak bengang.
sampaikan trending kat twitter hashtag #TukarTajukFilemDenganAmirah.
sebab ramai gila yang geram dengan amirah ni.
dalam banyak banyak tu, ada 1 yang buat saya tergelak jugak la.



mak ayah famili dia dah tentu la malu + sakit hati + marah dengan perangai amirah ni.
memang la dia budak lagi. 
darah muda. hati muda. jiwa membuak-buak.
tapi dah ramai sangat yang nekad lari ikut boifren.
buang mak buang bapak buang keluarga.
kejarkan cinta yang sia-sia.
sudahnya hidup merana tak tentu hala.
dah susah tahu pulak cari famili balik.

tapi masih ramai yang tak ambil iktibar. 
masih ramai yang anggap cinta la segala-galanya.
padahal patutnya kejarkan cita-cita dulu.
kejar impian dan harapan keluarga dulu.
aduhhhaaaiii....

nak salahkan dia semata-mata pun tak boleh jugak.
didikan keluarga tu penting.
suasana persekitaran penting jugak.
dengan siapa dia berkawan pun penting.

dan yang paling penting didikan agama.
jiwa yang kosong, longgar, lompong dengan iman dan akidah, mudah sangat terpengaruh dengan benda yang negatif. 
apa yang jadi ni kita jadikan pengajaran. 
untuk saya jugak.
sebab kita sama-sama ada keluarga yang perlu dijaga.
pastikan amalan sebagai orang Islam dititikberatkan.
pasti Allah akan pelihara kita daripada terjebak dengan dosa dan noda.

untuk adik amirah athirah...
akak doakan awak bertaubat. 
tak ulang lagi kesilapan ni.
moga tabah apa pun yang berlaku lepas ni.
memang orang akan mengata sampai bila-bila.
tapi jadikan ni semua semangat supaya awak dapat buktikan yang awak boleh berubah jadi baik.
fokus pada pelajaran demi nak majukan diri sendiri.
jangan buat mak bapak dan famili awak menangis lagi.
bila awak dah berjaya, orang akan tutup mulut jugak nanti.

~end~

No comments: