About Me

Thursday, April 26, 2018

...PBAKL 2018 kembali...


pencinta buku adalah orang yang paling gembira apabila pesta buku besar-besaran ni diadakan.
pesta buku antarabangsa kuala lumpur!
bermula dari 27 april sehingga 6 mei 2018.
bertempat di PWTC KL.
seperti biasa karangkraf wajib ada. 
dan seperti biasa, karangkraf berada di dewan tun dr ismail.
kali ni apa yang menarik?


semestinya ada novel seram saya yang terbaru berjudul JAMPI. 
dan ada novel-novel saya yang lain jugak. 


pada hari sabtu 28 april 2018 ada pelancaran novel thriller terbaru ramlee awang murshid. 
jam 4.00 petang. 


pelancaran produk terbaru keluar alaf 21.
3 buah novel sekaligus. 
pada hari selasa 1 mei 2018 jam 2.00 petang.


baucer diskaun sebanyak RM25.00, RM10.00, RM5.00 dan RM3.00 untuk buku-buku terbaru keluaran karangkraf. 
TERMASUK novel seram JAMPI jugak!! 
kena bawa keratan baucer ni untuk dapatkan diskaun lagi. 
nak print baucer ni boleh klik sini: bit.ly/baucarkarangkrafpbakl2018
boleh print black & white. 
hanya sah di dewan karangkraf di PWTC dari 27 april hingga 6 mei 2018 saja.

jika membeli pada hari jumaat, sabtu, ahad dan 1 mei:
- pembelian melebihi RM100 dalam satu resit dapat rebat RM10.
- pembelian melebihi RM200 dalam satu resit dapat rebat RM20.

jika membeli pada hari isnin hingga khamis:
- pembelian melebihi RM100 dalam satu resit dapat rebat RM5.
- pembelian melebihi RM200 dalam satu resit dapat rebat RM25.



novelis genre cinta yang akan berada di sana nanti. 
semuanya hebat-hebat belaka. 


novelis genre seram & thriller. 
ramai yang turun padang. 


sesi sharing kisah seram bersama novelis pun ada. 
kalau nak tahu kisah seram novelis naim tamdjis, zaifuzaman ahmad dan a. darwisy kena la datang. 


ini novel-novel terbaru daripada alaf 21 yang wajib dibeli. 
semua novel, buku, majalah, al-quran.. ada diskaun yang mencairkan hati. 
tak kira yang lama atau yang baru.
so masa ni la nak memborong banyak. 
sebab setahun sekali je kan? 


yang penting ada manifesto karangkraf yang menjanjikan keselesaan dan kebahagiaan untuk semua. 
karangkraf tak pernah tak tunaikan janji tau. 
bukan sekadar janji-janji palsu. 
ehehheehee..

insya Allah saya ada di dewan tun dr ismail PWTC pada 27, 28, 29 april. 1, 4, 5 dan 6 mei.
jumaat - sabtu - ahad - selasa - jumaat - sabtu - ahad. 
kita jumpa kat sana nanti. 

~end~

No comments: