About Me

Friday, April 6, 2018

...novel TERBARU siti nur dhuha...



novel terbaru sahabat saya... siti nur dhuha.
CINTA TAK SENGAJA

tempoh pre order dari 5 April sehingga 20 April.
Harga buku termasuk pos
RM31 (S/M)
RM35 (S/S)

100 pembeli terawal mendapat
*free gift
*tandatangan
*coretan kenangan dari penulis
*percuma pengeposan untuk belian 3 buah ke atas bg mana2 karya Dhuha.
*boleh bayar harga booking sementara tunggu gaji. (separuh dari harga buku)
*buku dapat insyaAllah hujung bulan April.

JADI ANTARA YANG TERAWAL MILIKI NASKHAH INI
Tekan link wasap ini untuk berhubung dengan Dhuha: www.wasap.my/60166187343

SINOPSIS:

Dalam satu kejadian tersilap masuk bilik hotel, telah menemukan Fieza Eviena dan Raja Irwan Afenddi. Eviena telah menyangka, dirinya telah dinodai oleh Raja Irwan Afenddi atau lebih gemar digelar sebagai Raja Ferdy.

Bermula dari situ, si gadis itu mula memburu Raja Ferdy untuk memperisterikannya. Namun Raja Ferdy bukanlah calang-calang lelaki. Beliau adalah anak pemilik syarikat penerbitan terkenal dan berpengaruh. Manakan Raja Ferdy sudi menjadikan Eviena, seorang gadis biasa sebagai bakal isteri Raja Ferdy.

Kerana satu insiden, Eviena muncul di sidang media dan mengaku di hadapan wartawan bahawa mereka akan berkahwin tidak lama lagi, membuatkan Raja Ferdy semakin berdendam. Rancangan untuk menganiaya Eviena mula dirangka.

Rancangan bermula, Raja Ferdy berpura-pura mahu memperisterikan Eviena dan mengajak gadis itu bertemu dengan seluruh ahli keluarganya di sebuah kapal persiaran mewah. Sedang ‘ahli keluarga’ yang dimaksudkan oleh Raja Ferdy itu terdiri daripada staf-stafnya yang menerima bayaran untuk berkomplot dengannya. 

Raja Ferdy sebetulnya mahu mengenakan Eviena dengan meninggalkan Eviena di tengah-tengah lautan. Raja Ferdy telah memberikan minuman yang memengsankan Eviena, lalu gadis itu dialihkan ke dalam sebuah bot di tengah lautan itu. Malangnya, sewaktu Raja Ferdy ingin kembali ke kapalnya, Raja Ferdy telah ditinggalkan oleh semua staf syarikatnya di atas arahan seseorang.

Apabila seorang lelaki dan wanita berdua-dua, yang ketiga adalah syaitan? Mampukah mereka berdua mempertahankan keimanan masing-masing?

“Di fikiran saya, hanya bernikah dengan awak sahaja jalan penyelesaiannya.” – EVIENA

“Kau tahu tak, kat luar sana berlambak perempuan yang tak suci. Sama ada mereka rela atau mereka dipaksa. Tetapi tak adalah mereka terdesak nak paksa lelaki bertanggungjawab macam kau ni.” - RAJA FERDY

hmm... best kan sinopsis novel ni?
so cepat-cepat order novel ni di talian 016-6187343.

~end~

No comments: