About Me

Monday, March 25, 2019

...trip to HATYAI part 2...

maka setelah bersedia dari segi mental dan fizikal kami pun berangat ke hatyai pada 8 mac yg lalu. sebenarnya tarikh tu birthday saya. kira bercuti ke hatyai ni hadiah suami untuk saya la jugak. hehee.. 

yeaayy dapat belon. herherr..
sehari sebelum fly, saya mesej mr. boon confirm dengan dia. dia offer nak ambil kat airport. dia kata rate 230 baht je. murah sangat dah tu. blog yg saya baca sebelum ni kata kalau naik tuktuk 400 baht dari airport ke hotel. kalau dah murah macam tu, saya tukar plan asal dari naik grab ke tuktuk mr. boon.




ini itinerary untuk hari pertama kami:
8.3.2019 (JUMAAT)
2.30 pm - KLIA2
4.55 pm - take off
5.30 pm - hatyai airport
6.30 pm - check in pacific residence hotel (naik tuktuk dari airport 20 min)
7.30 pm - decha fried chicken restaurant (jalan kaki 6 min)
9.00 pm - lee garden night market (jalan kaki 5 min)
10.00 pm - back to hotel


masa kat imigresen saya yg terakhir check passport. yg lain-lain dah lepas. diorang tunggu saya tak jauh dari situ. tiba-tiba pegawai imigresen yg cop passport saya tu bangun, wish birthday kat saya, bagi kad birthday pastu siap ambil gambar dengan saya.

kat belakang saya ni ramai lagi berbaris. tersipu-sipu malu saya dibuatnya. ekekekkeee... diorang yg tunggu saya ni pun tercengang tengok. bila dah settle dari saja je gurau kat diorang. saya kata pegawai tu tahu yg saya ni novelis. sebab tu nak ambil gambar sama-sama. ekekkekekee.. 😂

sayangnya kat bahagian imigresen tu kawasan larangan bergambar. kalau tak, saya dah suruh suami ambilkan gambar kejadian tu. huhuu..

ni la kad birthday yg saya dapat. comel je..
dah pasang sim card thailand yg beli kat shopee hari tu kat fon, saya pun call mr. boon tapi berlaku salah faham pulak. dia ingat saya sampai 9 mac. cisss..

so saya pun book grab. taip je nama hotel dan book. tapi bila masukkan code promo dia kata dah full pulak. entah la. saya ni tak pernah guna grab. ni first time. kat thailand pulak tu. herherr.. 

rate dari airport ke hotel 260 baht. dapat kereta chevrolet optra. diberitahu warna kereta dan nombor plat sekali. driver grab tu mesej kata dia sampai lagi 2 minit. dia bagi mesej dalam tulisan thai. tapi nasib baik ada translation siap-siap. 😅 

sementara tunggu grab selfie dulu..
bila grab tu sampai rupanya dia pakai NGV. so boot kereta dia makan space la. dapat masuk 1 luggage je. 1 luggage lagi kena pangku. bersesak la kami yg kat belakang ni. moral of the story walaupun 4 orang tapi luggage lebih dari 1 better naik tuktuk. sebab grab sana semua pakai NGV. tak pun book grab premium. tapi mahal la pulak kan.

kat hotel yg kitorang duduk selama kat hatyai. 
sampai hotel kita check in dulu. lepas tu rehat sekejap dalam bilik. nak mandi ke, nak solat ke. waktu thailand lewat sejam dari waktu malaysia. so waktu solat kat thailand awal. contoh kalau kat malaysia maghrib pukul 7.30 malam maka kat thailand maghrib pukul 6.30 petang. pukul 8 malam kat thailand adalah pukul 9 malam kat malaysia. yg ada apps waktu solat automatik akan setting azan ikut lokasi kita berada. so tak perlu risau terlepas waktu subuh.

pukul 7.30 malam kitorang gerak pergi makan kat decha fried chicken. buka google maps pastu ikut je direction ke restoran tu. dekat sangat. jalan kaki dah sampai.

nasi kuning yg dikatakan sangat sedap tu dah habis. so kitorang order nasi goreng, tomyam seafood, ayam goreng dan air teh ais yg berbuih-buih tu.


order ayam goreng 4 ketul je. tapi yg sampai 1 ekor ayam dibelah 4. haa.. jenuh nak habiskan. tapi memang sedap giler ayam goreng ni. rempah dia berasa kaw kaw. tomyam pon sedap sangat. first time jumpa tomyam seafood ada isi ikan. nasi goreng dia pun rasa lain. memang sedap. licin kitorang bedal. ekekkekekee..






bila perut dah memboncit kenyang, nak jalan kaki ke lee garden night market rasa tak larat pulak. so naik tuktuk la kitorang walaupun dekat je dari restoran tu. tambang 20 baht seorang. kitorang tak beli apa sangat. sebab dah kenyang kan. tapi beli jugak aiskrim coconut. 😅 



sambil tu survey harga kat situ. yg best kat situ ada watsons dengan 7 eleven. kat watsons saya beli moisterizer aloe vera. walaupun ada kad watsons, tak boleh guna pun kat situ ye. kat 7 eleven beli susu pisang meiji. dah penat jenjalan terus kitorang balik hotel jalan kaki je. tak sampai 5 minit dah jumpa hotel.

trip hari ke-2 saya sambung nanti. hari ke-2 paling adventure sekali. sangat-sangat menduga. huhuu... tunggu ye.

~end~

No comments: