About Me

Monday, March 2, 2020

...novel SERAM terbaru...



Alhamdulillah...
Syukur sangat-sangat.
Walaupun banyak dugaan ketika mahu menyiapkan manuskrip ni, akhirnya novel terbaru saya berjudul BAYANGAN bakal terbit tak lama lagi.

Insya Allah menemui anda semua di PBAKL 2020 nanti.
Amacam? Okey tak cover BAYANGAN ni? 
Harap-harap bila tengok cover pun dah rasa seram.
ehehheheee...

Sinopsis novel BAYANGAN - Murni Aqila:

Sudah sembilan tahun Nizam disahkan menghidap bipolar disorder. Dalam keriuhan dia dibadai tangisan. Ketika tenang dia diamuk amarah. Tatkala sepi dia digeletek ketawa. Hidup ibarat di pinggir neraka. Tapi semua tanpa sedarnya.

Tuhan menyuluh selorong jalan untuk dia kembali mengharap. Secebis kesempatan itu adalah peluang untuk dia menjejak keberadaan Hajar yang 17 tahun lenyap tanpa khabar.

Hajar perlu ditemui sebelum keadaannya bergolak dengan emosi yang huru-hara. Tapi sejak itu dia kerap mengalami sesuatu yang menakutkan. Tak kira sama ada di rumah atau di tempat kerja. Dia diganggu sesuatu yang membuatkan dia menggigil dan terlalu gementar.

Apa yang dia alami ini mengelirukan fikirannya. Tak pasti apakah semua itu sekadar mimpi atau delusi. Dia hanya mahu bertemu dengan Hajar. Tapi kenapa seperti ada misteri yang mengekori?

Sedangkan semua insan di sisinya baik-baik sahaja. Barangkali ada rahsia yang tersembunyi. Dan apabila ia terbongkar, barulah kita sedar... realiti sebenarnya lebih menggerunkan daripada mimpi ngeri.

“Nizam tak tahu apa yang jadi, apa yang Nizam dah buat. Kadang-kadang Nizam rasa macam dalam mimpi, tapi macam betul-betul jadi. Entahlah... Nizam macam tak berapa sedar, mak.” - Nizam

“Yang merisaukan mak uda sekarang ni, kenapa ada lebam-lebam kat lengan Nizam? Kat dada pun ada bekas-bekas luka warna hitam. Seumur hidup, tak pernah lagi Nizam kena macam ni.” - Fauziah

“Benda yang paling penting dan jadi bahan bukti cuma CCTV. Dan rakaman CCTV yang aku tengok tu membuatkan aku meremang.” - Irwan

“Saya rasa awak ni macam ada sesuatu yang misteri pasal awak, Nizam.” - Hajar


Sementara nak tunggu novel ni berada di pasaran, bolehlah baca novel ni di portal ilham. Klik sini:

Atau boleh juga baca di wattpad. Klik sini: https://www.wattpad.com/myworks/215462525-bayangan

Selamat membaca!

~end~

No comments: