About Me

Thursday, June 28, 2012

...jerman VS itali...

Mood masih serius kerana.....
INI SANGAT SERIUS.
( lalalalaaa..... :P )

Slot ke final EURO 2012 sudah ditempah Sepanyol. Tinggal satu lagi tiket yang tinggal. Antara Jerman atau Itali.


Sejarah perlawanan antara Jerman dan Itali diukur untuk menjangkakan siapakah yang seharusnya bertembung dengan Sepanyol pada 1 Julai nanti dan seterusnya dinobatkan sebagai juara EURO 2012.

Walaupun Jerman menjadi pilihan untuk ke final, ternyata pasukan itu belum pernah dapat mengalahkan Itali dalam perlawanan antarabangsa sebelum ini. ‘Badi’ tersebut menghantui sehingga kini dan mungkin akan berulang sekali lagi. Namun, sebarang kemungkinan pasti akan terjadi apabila di atas padang. Kualiti permainan pasukan Jerman bertambah mantap dari masa ke semasa. Apatah lagi mencatat 100% menang sejak EURO 2012 bermula di peringkat kumpulan. Diketuai oleh kapten Philip Lahm, semangat berpasukan ternyata kental antara mereka. Malah, kondisi pemain seperti Mario Gomez, Lukas Podolski, Manuel Neuer, Mats Hummels dan Thomas Müller di tahap yang terbaik. Dikatakan di setiap posisi mereka kukuh berbanding pasukan lain.

Berdasarkan sejarah juga pasti Itali tidak begitu gentar untuk berhadapan dengan Jerman. Tetapi Itali berdepan dengan beberapa masalah. Maggio mendapat 2 kad kuning. Barangkali pemain ini tidak diturunkan untuk melawan Jerman. Abate pula cedera ketika bertemu England. Namun, mereka ada Andrea Pirlo yang sangat tenang tetapi bertenaga di posisi tengah. Khidmat Danielle De Rossi pasti amat diperlukan bersama Prandelli untuk menggegar gawang Jerman. Mampukah pasukan Azzuri kali ini mengekalkan rekod tanpa kalah bertemu Jerman? Sedangkan prestasi mereka tidak konsisten dalam peringkat kumpulan. 

-*-*-*-*-*-*-

Moon penyokong Jerman,
Dah tentu la nak Jerman menang. 
Tapi dalam hati terdetik:
"Err... cam kalah je nanti."

Owhh..... TIDAK !!!

~end~

No comments: