Wednesday, May 16, 2018
...PRU14 yang menggegarkan...
kisah PRU14 takkan dapat dilupakan sampai bila-bila.
saya habis PBAKL hari ahad 6 mei.
kerana perasaan yang membuak-buak dan semangat yang berkobar-kobar, saya balik johor nak mengundi pada 7 mei.
sementara nak tunggu hari yang dinanti-nantikan 9 mei, saya jalan-jalan cari makan.
pada pagi 9 mei saya dah bersiap-siap nak mengundi awal-awal.
pukul 9 pagi saya dah selamat mengundi dengan jayanya.
malam tunggu keputusan PRU pula.
walau keputusan sangat lambat diumumkan tapi saya sangat sangat puas hati.
seperti yang saya harapkan pakatan harapan menang!
syukur alhamdulillah.
tun mahathir dilantik sebagai perdana menteri ke 7.
tahniah!
tun mahathir memang power.
jadi kerajaan, menang.
jadi pembangkang pun menang.
tahun 1981 tun mahathir digelar bapa pemodenan.
tahun 2018 pula tun mahathir boleh digelar bapa comeback.
eheheehee..
semoga dengan kemenangan kerajaan yang baru ni dapat membaik pulih ekonomi negara.
dan mendakwa sesiapa saja yang menyalah guna kuasa dan wang negara sebelum ini.
~end~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment