barulah saya berkesempatan nak ucapkan selamat hari raya kat sini.
huhuhuu...
yang sebenarnya mood raya kali ni kelaut yang paling dalam.
semangat nak beraya macam dah lumpuh.
ada peristiwa yang tersangat peribadi yang tak mungkin saya luahkan secara publik.
hanya doa saja yang mampu saya panjatkan agar kekeruhan diganti dengan yang jernih.
bagi saya ikatan silaturahim tetap dibawa sehingga ke mati.
okey... kita lupakan kisah sedih.
so terimalah pantun saya ni:
siakap senohong gelama ikan duri
selamat hari raya aidilfitri.
siakap senohong gelama ikan duri
selamat hari raya aidilfitri.
pulau pandan jauh ke tengah
tahun ni kosong kosong macam biasalah.
tahun ni kosong kosong macam biasalah.
sejak usia 2 tahun saya dijaga kakak.. yang melimpahkan kasih sayang bukan saja sebagai kakak, malah sebagai ayah dan juga ibu.
tapi sudah 8 tahun saya kehilangannya.
rindu pada arwah kakak semakin hari semakin kuat.
kerana selama ini pada dialah saya menumpang kasih.
selagi nyawa dikandung badan, selagi itu saya jadi perindu setianya.. sehinggalah giliran saya pula yang akan dijemput pergi.
"andai rindu tak sesakit apa yang dirasakan seorang perindu, maka semua orang bersedia menanggung rindu. dan rindu akan kehilangan nilai keistimewaan."

~end~
No comments:
Post a Comment