About Me

Thursday, December 20, 2018

...akibat percintaan tak direstu...



Ini kisah sedih Blanche Monnier, gadis Perancis keturunan golongan bangsawan yang dikurung oleh ibunya sendiri selama 25 tahun hanya kerana mak dia tak restu dia bercinta dengan peguam miskin yang tak sama taraf dengan anak dia.


Hanya kerana jatuh cinta pada orang yang tak sama darjat, sejarah hitam telah tercatat dalam perjalanan hidup seorang wanita bernama Blanche Monnier. Kisah ini berlaku pada abad ke-19 di Perancis.

Pada tahun 1876, Blanche Monnier berumur 25 tahun dan daripada golongan bangsawan jatuh cinta pada lelaki yang tak sama darjat dengan dia. Lelaki tu hanya peguam biasa dan berumur sikit dari usia dia.

Maka, Blanche nak kahwin dengan peguam tu. Tapi mak dia tak suka dengan lelaki tu. Bagi mak dia, peguam tu dahlah tua, ada legal firm pun hampir nak muflis. Kira mak dia tak restulah hubungan mereka.

Tiba-tiba Blanche hilang tanpa khabar berita. Mak Blanche dengan adik-beradik Blanche siap berkabung lagi atas kehilangan si Blanche. Tapi lepas tu masing-masing move on dengan life mereka macam biasa. Blanche hilang tanpa khabar selama 25 tahun.

Rupa-rupanya mak Blanche yang mastermind selama ni. Dia sekeluarga simpan rahsia yang satu kota Paris tak tahu, mak dia sendiri yang sebenarnya kurung anak dia. Sebab tak nak anak dia kahwin dengan peguam miskin tu.

Mak dia kurung dia dalam bilik kecik selama 25 tahun! Hiduplah Blanche dalam keadaan depression, dipenuhi dengan tahi dia sendiri, tikus dengan kutu!

Tapi akhirnya terbongkar rahsia mak Blanche! Pada 23 Mei 1901, pejabat guaman jeneral di Paris dapat surat misteri. Surat tu tak ada tandatangan, tak ada nama pengirim. Bagaikan ada 'seseorang' tulis surat tu dan beritahu yang sebenarnya Blanche hilang sebab mak dia sendiri yang culik dan kurung dia.



Dalam surat tu ditulis begini: "Saya mempunyai kehormatan memaklumkan tentang kejadian yang sangat serius. Saya bercakap tentang seorang wanita yang belum berkahwin yang dikunci di rumah Madame Monnier dalam keadaan hampir mati kelaparan dan tinggal dengan sampah tercemar dan dalam kotorannya sendiri sejak 25 tahun."

Lepas baca surat tu, polis terus siasat keluarga Monnier. Polis serbu rumah Monnier dan jumpa satu pintu kat tingkat atas macam stor. Bila buka kunci pintu, semerbak bau busuk!

Polis terkejut bila jumpa seorang wanita yang sangat kurus, lemah dan tidak berdaya di atas katil yang bersepah dengan makanan dan najis. Sebab dah lama tak tengok cahaya, dia macam tutup mata dia dengan tangan sebab terlalu silau. Bayangkan selama 25 tahun tak pernah tengok cahaya matahari.





Inilah rupa Blanche Monnier ketika dijumpai dalam bilik kecik tersebut. Daripada gadis cantik dah macam si Valak dalam movie The Nun. Blanche Monnier ditemui di dalam bilik sempit, katilnya ada makanan, najis dan tikus. Dia mengalami masalah malnutrisi yang serius sehingga beratnya hanya tinggal 55 pound. 

Mak Blanche terus kena tangkap dengan polis. Satu Paris terkejut sebab mak Blanche ni aktif dalam aktiviti kebajikan dan kemanusiaan. Siap menang anugerah dari Committee of Good Works kerana sumbangannya yang besar pada Paris. Tak sangka langsung dia buat macam tu pada anak dia sendiri.

Lepas 15 hari dipenjarakan, mak Blanche meninggal dunia. Siap masuk surat khabar lagi berita pasal Blanche Monnier yang ditemui dalam keadaan sadis.








Seorang saksi menyifatkan penemuan itu sangat mengerikan. "Wanita malang itu ditemui dalam keadaan telanjang di atas tilam jerami yang busuk. Di sekelilingnya terbentuk semacam kerak dari najis, serpihan daging, sayuran, ikan dan roti busuk," beritahu saksi itu.

Selama 25 tahun, Blanche diberi makan sisa makanan keluarga dia. Baik mak, baik adik-beradik semua menghukum Blanche atas sebab dia tak nak putuskan hubungan dengan peguam miskin tu. Walaupun kekasih Blanche dah mati, mak dia tetap kurung si Blanche sebagai hukuman.

Kalau tak kerana surat tu, mesti sampai mati Blanche duduk dalam bilik tu terkurung. 

Inilah Blanche selepas diselamatkan, ditempatkan di Sanitarium. Blanche menderita gangguan emosi dan psikologi disebabkan dikurung dan diseksa oleh mak dan adik-beradik dia sampai ke akhir hayat.




Sedih kan cerita ni? Sanggup mak kandung buat anak sendiri macam ni. Kejam betul. Sehingga kini tak dapat dipastikan siapa yang menulis surat kepada polis itu. Agak-agak siapa ya? 

~end~

No comments: