::si pena bertinta::

"Kau kerlipan cahaya kecil, menyinari hidupku ini... Ku hanyalah gadis sepi, yang tertawan dengan sinarmu... Memberi kekuatan dan keyakinan diri pada hati yang tersangkar di dalam duka..."

Kejap, kejap, kejap...

Moon nak sapu sawang-sawang dulu.
Lama sangat tak update, dah macam 'blog tinggal' pulak dah ni. Hik3... =p


Okey!

Err... apa yang Moon nak tulis ek? Hmm... (sambil terkebil-kebil pandang skrin komputer) Banyak benda yang terjadi sejak akhir-akhir ni. Tapi nak tulis apa ya? (terkebil-kebil lagi)

Bosannya duduk terkebil-kebil macam ni. Rasa macam malas nak buat apa-apa kat blog ni. Tapi kesian pulak tengok blog ni terdampar kesepian dan diabaikan. Ahak! Sekarang Moon lebih kerap masuk facebook daripada blog. Kerap pun taklah kerap sangat. Sebab 2-3 minggu lepas Moon struggle tahap dewa nak siapkan novel terbaru Ramlee Awang Murshid.

Bayangkan...


Kerja yang biasanya ambil masa lebih kurang 2 bulan siap, Moon terpaksa siapkan dalam 2 minggu saja. Perghhh... sampai lebam-lebam mata nak buat editing dan proofing. Moon sangat-sangat jarang stay back kat opis. Tapi kali ni, opis dah jadi rumah nombor 1. Sampaikan hari Sabtu Ahad pun bertenggek kat opis jugak. Amat-amat meletihkan! Alhamdulillah... Moon dapat siapkan mengikut deadline yang ditetapkan.

Owhhh...


Baru Moon ingat. Ya, ya! Memang ada benda yang Moon nak tulis. Dari 2 bulan lepas lagi Moon nak masukkan dalam blog, tapi asyik lupa dan tak ingat je. (eh! bukan sama ke lupa dengan tak ingat tu? wakakakaka...)

Moon nak cerita pasal cover buku Ucapkan Kau Rindu. Memang banyak feedback Moon terima yang mengatakan idea Adham melamar Lailana dengan kapal terbang kertas memang kreatif. Hmm... terima kasih (tersipu-sipu malu sampai merah muka ni). Dan kapal terbang kertas tu pula dijadikan cover novel.

Sebenarnya, kapal terbang kertas tu bukan main ciplak dari mana-mana gambar kat internet tau. Kapal terbang kertas tu Dilla (editor) yang buat. Siap shooting lagi! Biasanya, model-model je yang shooting. Tapi kali ni, kapal terbang kertas tau. Ahahaha... Punyalah tekun diorang buat cover tu.


Moon sempat merakamkan bukti-bukti kejadian tu. (siap ada alibi. ngeeehehe...) Kita tengok jelah gambar-gambar kat bawah ni. Behind the scene...















dari kiri: dilla (editor), hana (layout designer) & lya (cover designer)
photographer: yusmaizi (dilla kata dia ensem. hik3...)
mereka sangat3 bekerja keras dan gigih. thx u alls. muuuahhh!


~end~

Sekejap je dah bulan 10. Tak lama lagi bulan 11. Biasanya akhir tahun macam ni, budak-budak sekolah tengah sibuk exam. Moon teringat masa dulu-dulu... masa di bangku sekolah lagi. Comel-comel je masa tu. Cewwahhh...

Masa zaman belajar dulu, kalau sebut je ada ujian, memang menggelabah habis! Baca buku sikit punya tekun dan tawaduk. Kalau boleh, setiap patah perkataan yang ada dalam buku nak dihafal. Masa tu, kalau boleh nak ada kebolehan magik yang macam-macam. Misalnya boleh scan nota-nota hanya dengan menggunakan mata, dan kemudian boleh ditayangkan secara visual bila diperlukan. Perghh... bestnya kalau ada magik macam tu. Tak payah kalut-kalut baca buku.

Sejak dah kerja ni, belum pernah lagi Moon diberi ujian. Tak ada sibuk-sibuk baca nota, nak hafal macam-macam benda. Dah bertahun-tahun dah tak merasa ada ujian. Rasa bebas sangat. Tak rasa dikongkong dengan bermacam-macam pemarkahan, berapa banyak dapat A, lulus tak lulus, jumlah jam kredit, DL tak DL... tu semua dah tak payah nak fikir.

Sebenarnya kita lupa... selagi kita hidup, selagi itulah ada ujian yang mendatang. Ujian, dugaan, cubaan atau masalah... itu semua akan hadir tanpa kita sedar, tanpa amaran, tanpa bau dan tanpa diduga. Malah, cara bagaimana kita nak menghadapi dan menyelesaikannya pun tak tercatat dalam mana-mana nota.

Moon ada ditanya masa kursus ESQ MCB tentang ujian terbesar dan terberat yang pernah dialami sepanjang hidup Moon. Tipulah kalau ada orang yang mengatakan hidup dia tak pernah diuji dan tak ada masalah. Moon mengaku pernah mengalami dugaan yang sampai sekarang Moon tak pernah lupa. Mungkin sampai ke penghujung nafas pun, Moon takkan lupa. Hebatnya dugaan tu, memang sukar nak dilafazkan dengan kata-kata. Ada kala Moon tertanya-tanya, macam mana Moon boleh lalui dugaan sebegitu berat dengan sabar?

Apa dugaan yang pernah Moon hadapi, bukan itu titik fokusnya. Tapi pandang terus ke depan dan cari hikmahnya yang ingin Moon tekankan. Imam Abu Daud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersadba yang bermaksud: Seseorang itu ada baginya satu darjat di sisi ALLAH yang dia tidak akan mencapainya dengan amal ibadat tetapi hanya akan mencapainya dengan ujian yang menimpanya. Disamping itu, kesusahan akan membuatkan dosa-dosanya diampunkan ALLAH.

ALLAH berfirman dalam surah ash-Syarh ayat 5-6 bermaksud: Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan.

Ya... betul. Memang banyak hikmahnya jika diperhalusi dengan muhasabah. Mengingatkan itu, kering air mata Moon jadinya. Dan Moon rasa, lebih bermasalah jika seseorang itu tak ada masalah. Lagipun, tu semua mengajar kita lebih matang dan mudah bersyukur dengan apa yang kita ada.

Bak kata seorang kawan yang Moon rasa dia sangat baik;
ALLAH dah aturkan jalan setiap hamba-NYA berbeza-beza. Dan setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak sedar. Terima kasih atas kata-kata ni. (^_^)

Dan bak kata Uncle Alan dalam filem Papadom; experience is the best teacher!


-end-

Hai... Ni entri pertama selepas bercuti panjang. Makin lama cuti, makin liat nak masuk kerja balik. Kan? Wakakakaka...

Moon rasa, kali ni cuti raya yang paling lama yang pernah Moon rasa. Cewaaahh! Apa lagi, balik Johor hari tu memang puas pusing 1 negeri. Nak menikmati suasana hari rayalah katakan... Habis rumah sedara-mara sampai ke rumah keluarga ipar belah mak cik pak cik diorang pun Moon redah. Hua3... Cerita sikit punya over la pulak.


Begini tata cara makan secara berkumpulan di hari raya. =P

Makan kuih raya pun sampai berhabis berbalang-balang. Kesian tuan rumah. Tak sampai seminggu, dah licin kuih diorang. Minum pulak air gas sampai bertong-tong ditonggak. Moon yang tak minum air gas ni, terpaksa menelan jugaklah. Tak tahulah kenapa tahun ni macam ada satu tema menghidangkan tetamu dengan air gas pulak konsepnya. Takkanlah Moon nak minta air ribena kat tuan rumah macam dalam iklan TV tu. Malulah... Wakakaka...

Tapi...

Kenapa ek? Walau Moon beraya beria-ia sampai macam nak pengsan, Moon tak rasakan suasana raya tu. Macam berziarah ke rumah orang pada hari-hari biasa je. Pelik betul! Tak tahulah orang lain rasa macam mana, tapi itulah yang Moon rasa. Waaaa... tak bestnyer. (T_T)

*****

Beberapa minggu sebelum raya (flash back), bos Moon yang baru tu... Moon panggil dia Kak Fir. Tu nama manja comel dia la. Dia paksa Moon dan geng-geng seangkatan dengan Moon masuk facebook. Hah? Biar betul! Terbeliak mata Moon masa tu. Siap nak bagi free akses lagi.

Sebelum ni, kat ofis Moon tu cuma boleh akses facebook, friendster dan yang sewaktu dengannya masa lunch atau habis waktu kerja je.
Hui... sportingnya bos ni. Dahlah comel, baik hati pulak tu. Ni bukan ayat mengampu eh. Ni memang betul-betul kenyataan. Ahak!

Sebetulnya, arahan Kak Fir tu bukan lesen untuk Moon berpoya-poya. Moon diarahkan supaya menguar-uar apa saja karya-karya yang Moon kendalikan dalam facebook.


Moon dah pening kepala sekarang ni. Nak masuk facebook? Alalala... blog yang ada pun sekali-sekala je update. Myspace Moon pun kadang-kadang sempat bersawang. Nak tambah dengan facebook pulak? Adoyai...

Namun, Moon gagahkan hati jugak. Moon sign up facebook dengan penuh keikhlasan. Moon personalize ia dengan jiwa yang suci lagi murni. Perghh... Macam nak pergi haji pulak. Wakakaka...


So...


Sekarang ni Moon dah ada facebook! Sesiapa yang sudi add Moon as friend, nyiru Moon tadahkan. Hik3... (",)

-end-

Seorang kawan Moon pernah kata... apabila kita memberi kemaafan, kita akan rasa kebahagiaan. Dahi Moon berkerut memikirkannya. Betul ke? Kalau kita tengah marah, disebabkan seseorang itu buat salah pada kita, masih boleh ke kita nak maafkan dia? Apatah lagi kesalahan yang sangat besar, yang boleh menjatuhkan maruah kita. Senangnya nak maafkan orang macam tu... Cantik sikit!

Terus terang Moon beritahu, Moon pernah rasa sakit hati dengan seseorang sampai tak nak bercakap dengan orang tu. Dia dah sakitkan hati kita, buat apa nak buat baik dengan dia. Kalau kita maafkan dia, lain kali dia sakitkan hati kita lagi. Moon ni nampak je lemah lembut, tapi keras hati. Dia yang sakitkan hati kita, dialah yang patut minta maaf dan mengaku silap dia. Kalau tak, jangan harap Moon nak tegur. Lantaklah...


Tapi bila umur makin dibawa arus masa, fikiran dah makin matang, dah banyak pengalaman... kata-kata kawan Moon tu, Moon renungkan kembali. Moon cuba memaafkan sesiapa saja yang pernah menyakitkan hati Moon. Benar... Moon rasa lapang jiwa ni. Tak ada perkataan yang boleh menggambarkan betapa indahkan sebuah kemaafan itu. Bukan jiwa je yang lapang, fikiran pun tak memikirkan perkara yang negatif.

Moon bersyukur... kerana selama hidup di dunia ni, Moon tak reti langsung nak berdendam. Kalau ada penyakit ni, lebih parah lagi. Pasti perkataan maaf susah nak wujud dalam diri. Sebenarnya, siapalah kita untuk tak memaafkan sesama insan. Sedangkan Nabi ampunkan umat. Sedangkan ALLAH maha pemberi maaf lagi maha pengampun... siapalah kita untuk melebihi Nabi dan ALLAH.

Di kesempatan ini, Moon nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali Moon. Moon minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau Moon ada buat salah dan silap. Moon cuma manusia biasa, tak pernah lepas dari kekhilafan, tak pernah sempurna luar dan dalam. Jika ada kekurangan di mana-mana, harap dapat ditegur supaya Moon boleh memperbaiki diri. Halalkanlah makan minum Moon. Moon juga memaafkan sesiapa saja yang pernah melukakan hati Moon. Langsung tak ada sekelumit perasaan benci dalam diri Moon.

Moon doakan kita sama-sama dapat pulang ke kampung atau ke mana-mana saja dengan selamat. Bagi mereka yang masih ada ibu bapa, dapatkanlah mereka, dan peluklah mereka dengan seikhlas hati, sepenuh kasih sayang. Mungkin aidilfitri kali ini, kali terakhir bersama mereka. Berbuat baiklah sesama insan kerana setiap kebaikan itu ada ganjarannya. Jika ada yang memerlukan bantuan atau kesusahan, hulurkanlah sesuatu yang baik sedaya yang ada. Insya-ALLAH... hidup kita akan dirahmati-NYA.


Sekali lagi Moon mohon maaf segala salah dan silap. Murahkan kemaafan dan perbanyakan keinsafan. Kerana maaf itu indah.


-end-

Ehem, ehem...
Fuh... masih okey. Blog Moon masih okey lagi. Lamanya Moon tak update blog. Sikap begini bukan dikira tak bertanggungjawab kan? Wakakaka... Sebab Moon masih menyapa mereka yang datang menjengah dan meninggalkan jejak kat chat box. Itu Moon masih kira sebagai mengambil berat pada blog sendiri.


Nak kata Moon busy sangat, takde jugak. Tapi banyak masa diguna untuk ke arah lain. Bulan puasalah katakan. Dan ada satu perkara yang Moon perasan. Puasa atau tidak, makan merupakan aktiviti wajib dalam kehidupan dan diberi fokus utama. Malah dalam setiap novel, sama ada novel Moon atau penulis lain, memang tak sah kalau tak ada scene makan. Makan dengan kawan-kawan, dengan keluarga, kekasih, musuh... oops! Ada ke? Mesti ada punya. Tempat makan pun mesti di restoran, di kafe, hotel, warung, gerai dan macam-macam lagilah.

Soal makan ni, tak kiralah sama ada orang tu gemuk ke... kurus ke... mesti makan jugak. Tak sikit, pastilah makan banyak. Moon tergolong dalam kategori makhluk bernyawa yang nak makan, tapi beringat-ingat. Makan nasi, tapi tak nak banyak-banyak. Tak tahulah itu dikira diet atau tidak, sebab ia memang bukan pemakanan seimbang. Moon bukan nak kurus melidi macam cicak kubing tu. Cuma Moon ngeri melihat bahagian-bahagian tertentu Moon yang membesar bagai johan. Wakakakaka...

Tapi makan tetap makan... itu nikmat dunia yang sementara. Orang yang kena pantang makan atas nasihat doktor, semuanya mengatakan bahawa mereka yang tak makan yang paling rugi. Sebab biasanya makanan yang dipantangkan, semuanya sedap-sedap. Kenapa ek? Pesan Moon; harta yang paling berharga dalam dunia ialah kesihatan. So, jaga diri dan jaga makan!

Ada beberapa gambar yang diambil ketika Moon dan officemate dalam acara makan beramai-ramai. Kita tengok yang sehari sebelum puasa dulu.













Yang ni pulak, gambar masa buka puasa hari ke-20 Ramadan. Tetap nak adakan acara makan-makan. Wakakaka... Makanlah selagi boleh.






























-end-

Ramadan datang lagi... penuh dengan rasa ketakwaan untuk memenuhi kewajipan pada agama. Sedar tak sedar, sekejap saja masa berlalu. Mujur Moon dah ganti puasa tahun lepas awal-awal lagi. (Orang perempuan memang suka ponteng puasa. Wakakaka...)


Moon tak harapkan apa-apa selain kesihatan yang baik untuk menjalani bulan yang mulia ni dengan penuh ketenangan. Memang merisaukan bila kematian demi kematian meningkat ketika Ramadan mula nak menjengah akibat terkena jangkitan H1N1. Moon pun dah membayangkan yang bukan-bukan berlaku.

Namun, kuasa TUHAN tak ada sesiapa pun dapat menandingi. Ketika cahaya Ramadan menampakkan diri, hilang terus kisah bilangan maut yang mengundang. Syukur alhamdulillah... Lega perasaan Moon yang gundah-gulana. Dan berganti perasaan tak sabar-sabar nak melalui bulan yang menginsafkan Moon ni.

Di ruang yang menjadi medium Moon berbicara ni, Moon ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua, meneguhkan iman di setiap hati insan. Amin...

*****

Melangkah setapak sebelum menjelang Ramadan, suasana ofis Alaf dah macam tongkang pecah. Antara orang yang menyebabkan ofis tu jadi macam tu ialah Moon sendiri. Wakakaka... Jangan salahkan Moon. Moon cuma membantu mana yang termampu.

Berkecah satu ofis bila kita orang menyiapkan props untuk pelancaran 5 novel Aleya Aneesa. Ada yang kata macam pelamin. Kalau nak tahu, kita orang pun sebenarnya sedang cuba 'membina' pelamin yang betul kat ofis tu. Siapa bakal pengantinnya? Rahsia... Ahak!


Perasaan
Moon mestilah berbunga-bunga. Siapa tak gembira bila tengok teman sepejabat gembira? Sebagai sahabat, tiada yang lebih bermakna melainkan kami berdoa yang baik-baik je untuk mereka berdua tu. Oopsss... tak boleh komen lebih-lebih, nanti ada yang merajuk. Wakakaka...

Berbalik pada majlis pelancaran yang diadakan di Hotel UiTM pada 19 Ogos 09 yang lalu, suasananya cukup indah. Kehadiran Erra Fazira melengkapkan acara. Pergh... Erra memang hot mama. Comel gila! Apa-apa pun, tahniah untuk Aleya. Moon tumpang perasaan bahagia melihat keluarga Aleya datang memberi sokongan. Semoga dapat menghasilkan novel demi novel yang berkualiti.

Err... ruang untuk gambar kat sini terhadlah. Tengok kat myspace Moon ek? -Klik sini-

*****

Dua-dua perasaan Moon kat atas tak sama dengan perasaan Moon yang satu ni. Entahlah... tak ada gambaran yang dapat mengulas dengan tepat apa yang Moon rasa. Moon tak pernah merasa perasaan sebegini sebelum ni.

Bagi sesiapa yang dah kenal dengan Moon, mesti tahu sikap Moon yang tak suka berkira. Kalau ada yang minta tolong, Moon akan tolong selagi boleh. Moon jenis yang tak kisah sangat pasal ni. Apalah sangat pertolongan Moon yang tak seberapa tu.


Tapi bila ada seseorang meminta pertolongan Moon untuk orang lain yang berbentuk kepentingan peribadi mereka, hati Moon jadi panas. Terasa diri Moon menjadi alat untuk dipergunakan. Hancur berderai hati Moon ni tak tahu macam mana yang bayangkan. Moon sangat-sangat kecewa, terus merajuk dengan orang tu.


Selama ni Moon tak pernah berkira dengan dia. Tapi bila dia seolah-olah 'gunakan' Moon untuk kepentingan seseorang yang Moon tak kenal, apatah lagi alasan pertolongan tu memang tak logik, ditambah lagi untuk kepentingan peribadi mereka... apa perasaan yang sepatutnya bergelora dalam hati Moon? Dahlah dia tu antara orang yang Moon sayang. ;-(


Moon tak boleh fikirkan pertolongan-pertolongan Moon pada dia sebelum ni jika dia hanya anggap Moon sebagai 'alat' semata-mata. Pedihnya jiwa ni nak terima kenyataan tu...


Dia dah minta maaf pada Moon. Dan Moon sebenarnya dah maafkan dia. Mungkin dia belum matang dan tak sedar yang perbuatan dia tu melukakan hati orang lain. Oleh kerana hati Moon dah terluka, ia mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala. Juga bergantung pada cara 'rawatannya'.


Apa yang pasti, perasaan Moon sekarang cepat mendidih bila dengar perkataan 'Putra'. Dan juga 'Putrajaya'. Menyampah!

-end-

Ada satu perkataan yang berlegar-legar dalam kepala Moon sejak akhir-akhir ni. Perkataan tu ada 5 huruf je. Tapi impaknya sangat menggerunkan.


K.U.S.U.T (bila sebut, terus rasa makin kusut. adoi la...)


Ada yang kata Moon sebenarnya ada masalah stress kat tempat kerja. Err... mungkin! Yang peliknya, Moon tak ada rasa tak nak datang kerja. Rasa terbeban dengan kerja pun tak ada. Tapi fikiran Moon kusut. Ada 'sesuatu' yang menyesakkan kepala hotak ni.

Kerja kalau tak ada cabaran dan masalah, serupa macam tak ada kerja. Betul tak? Moon akui hal tu. Cuma Moon harap, pihak yang sepatutnya tu tunjuk Moon satu arah yang jelas supaya Moon faham apa yang dia nak sebenarnya. Dan jangan buat Moon kusut hari demi hari. Dahlah rasa kusut, lepas tu buat orang makin rimas pulak. Huh...

Sudahnya... Moon ambil keputusan 'go with the flow'. Kusut pun, kusutlah... Dah cara menguruskannya kusut, kusut jugaklah apa-apa pun nanti. Tawakal jelah...


*****

Sebelum Moon semakin kusut, Moon nak langsaikan satu hutang dulu. Rania... sorry ek. Akak ambil masa yang lama nak ambil award kat blog awak. Jadikan kekusutan akak ni sebagai tauladan. Ia tak baik untuk diri dan kesihatan. Wakakakaka...










1. Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi awards:
~> dia comel.
~> budak baik.
~> rajin belajar dan bijak.

~> calon isteri yang solehah. (sesape yg bujang tu... cepat2 la. wakaka...)

~> tak lokek dengan senyuman.

~> kata-kata yang dia bicarakan, manis-manis belaka. =D


2. Nyatakan 9 fakta tentang diri sendiri:
~> tengah kusut sekarang ni. huhu...

~> suka gelak.

~> mudah menangis.

~> manja. =)

~> selalu mengalah.

~> lebih banyak mendengar daripada bersuara.

~> tak suka menonjolkan diri sebab rasa rendah diri.

~> mudah rasa kesian.

~> suka termenung.


3. Pilih 10 penerima seterusnya bersama description: [tema: penulis ALAF21]
~> Err... sape ek? Macam semua dapat dapat award ni. Dahlah Moon orang yang paling lambat jawab tag ni. Moon akan berbangga pada sesiapa yang sudi ambil award ni dari blog Moon. Tanpa ada rasa kusut langsung! Wakakakaka...


*****

Memang satu kejutan! Menambahkan lagi sukatan kekusutan yang Moon alami. Pagi semalam, bos Alaf 21 yang dikasihi... Encik Nordin mengumumkan yang dia akan ke Sinar Harian bermula pada 17 Ogos 09. Dan semalam merupakan hari terakhir dia berkhidmat untuk Alaf 21.

Sungguh... Moon sangat-sangat sedih. Dan kesedihan itu berbaur sama dengan perasaan terkilan. Kerana Moon merasakan keputusan itu dibuat di bawah pengaruh emosional, tak rasional dan tak profesional.


Moon minta maaf... sebanyak-banyak maaf yang ada. Moon tahu yang Moon tak layak menyuarakannya. Apatah lagi mencampuri urusan Encik Nordin. Cuma, Moon anggap Encik Nordin selama ni sebagai 'ayah'. Mungkin kerana Moon dah tak ada ayah lagi. Walaupun Moon bukanlah 'anak' yang menjadi perhatian 'ayah'.


Kerana rasa kasih seorang 'anak', Moon nak lihat 'ayah' bahagia dan gembira. Lebih-lebih lagi 'ayah' yang menaikkan nama Alaf 21 dan susah sama-sama susah, senang sama-sama senang serta jatuh - bangun dengan 'anak-anak' yang lebih dulu 'lahir' daripada Moon.

Sebagai 'anak', Moon harap 'ayah' membuat pilihan yang paling tepat. Begitu juga harapan 'anak-anak' yang lain. Semoga 'ayah' tidak terpedaya dengan sesiapa saja yang hipokrit, tidak jujur, mengambil kesempatan dan berpura-pura. 'Ayah' lebih lama mengenali 'anak-anak' ayah berbanding orang lain. Jadi, percayalah... 'anak-anak ayah' ni mahu yang terbaik buat 'ayahnya'. Dan sesungguhnya kami rindukan 'ayah' yang dulu.


Sekali lagi Moon minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Budi baik 'ayah' takkan Moon lupakan. Halalkan makan minum Moon selama ni. Ketahuilah yang 'anak ayah' ni sangat sayangkan 'ayah'.

Semasa mencatatkan rasa hati ni, menitis air mata Moon yang tak mampu mengalir semalam. Wujud kekesalan di dasar hati. Kenapa begini kesudahannya? Dan beginikah kesudahannya?

-end-

TA DA...

Selamat datang ke dunia Moon yang baru! Cantik tak? (Soalan nak suruh orang puji ni). Rasanya ni pilihan Moon yang terbaik. Dua hari mencari blogger template yang paling best. Ni aje yang Moon rasa serasi dengan jiwa Moon. Mungkin sebab ada kunang-kunang tu kot. Wakakakaka...

Bila buku kedua Moon dah keluar, rasa macam tak best je bila 'teratak' Moon ni masih wajah lama. Asyik tengok benda yang sama, lama-lama bosan jugak. Bila dah tukar template baru, rasa fresh je. Barulah bersemangat nak update blog. (Alamak, tak ada alasan lagi lepas ni kalau blog macam tak berusik. Hehehe...)

Setakat ni dulu ya... Moon dah rasa penat sangat menghias rumah ni. Lepas tu baru fikir nak tambah post baru. Ceh... macam buat kerja bertukang pulak kan? Wakakaka...

-end-

Sebelum Moon menaip post ni, Moon sangat-sangat terperanjat (sampai terkebil-kebil dan ternganga. Tapi lepas tu cepat-cepat tutup mulut) bila ramai yang wish congratulation untuk novel kedua Moon yang baru aje 'dilahirkan'. Belum sempat Moon tempek cover novel tu kat sini. Memang kuat pengaruh website Alaf 21 yang mewarwarkan berita gembira ni. Apa-apa pun, Moon hanya mampu ucapkan terima kasih berjuta-juta bintang di langit kepada mereka yang sudi wish kat Moon.

Oleh itu, dengan penuh rasa 'kekembangan' (wakakaka... jangan salah faham), Moon nak promosi novel terbaru Moon tu. Harap-harap ramai yang sukakan buah tangan Moon kali ni. Pesan Moon, ucapkanlah kata-kata rindu... kerana mereka yang mendengar ucapan rindu itu, pasti akan rasa benar-benar dihargai.

SINOPSIS UCAPKAN KAU RINDU

Hati Lailana berbunga rindu kala Adham meluahkan rasa cintanya. Itulah saatnya roboh benteng perasaan gadis itu yang selama ini menyimpan amarah terhadap insan bergelar lelaki. Seiring restu keluarga, mereka mula menganyam impian untuk hidup bersama.


Entah mengapa, menghampiri hari bahagia yang dinanti, Lailana mula menjauhkan diri. Dia sengaja menjalin kasih dengan Irfan. Walhal, dia sedar hati Adham pasti tercalar. Tidak sanggup berhadapan dengan kemarahan keluarga akibat tindakannya itu, Lailana nekad untuk menghilangkan diri.


Adham terkedu dengan segala yang terjadi. Di saat dia cuba mencari jawapan, keluarga Lailana menyerahkan sepucuk warkah yang merungkai segala rahsia silam gadis itu. Coretan kebenaran itu mendorong dia menjejaki Lailana agar kembali kepadanya. Namun, ke manakah harus dia mencari cintanya yang telah hilang?

Cuti panjang... buat kita rasa diselimuti wabak malas. Itu yang Moon alami. Seminggu cuti, bila masuk bertugas semula, Moon masih terbawa-bawa mood cuti. Ada kala Moon terlupa tugasan rutin semasa bekerja. Hisy... ni dah tahap kritikal. Tak boleh jadi ni! Sampaikan nak tengok blog pun tak berapa nak rajin. Apa lagi nak tambah post baru. Malas betul kan? Wakakaka... Moon, wake up!
Dalam masa yang sama, Moon sedih sangat sebab beberapa orang yang Moon sayang, akan pergi jauh dari sisi Moon. Ceritanya begini... Karya Bestari Sdn Bhd yang menerbitkan buku-buku agama akan dipisahkan dari Alaf 21 sambil membawa pergi 6-7 staf. Antaranya Kak Wan, Faizal, Kak Han dan Yatt. Dan dia orang ni mendapat tawaran Karya Bestari pada hari yang berlainan. Sedihnya tak boleh nak dibicarakan dengan kata-kata. Sebab dia orang akan dihantar ke bangunan lain yang agak jauh dari premis Alaf 21. Memang sedih...

Yatt jiran sebelah meja Moon. Dia baik sangat dengan Moon. Dan Moon rapat dengan dia. Orangnya lemah lembut. Manis dipandang... Moon suka panggil dia Yayat. Macam manja-manja gitu. Setiap kali sembahyang, Moon mesti ajak dia, nak sembahyang dengan dia. Selalunya, kita orang yang paling awal ke surau. Moon terfikir-fikir... nak sembahyang dengan siapa kalau Yatt dah pindah nanti?

Kak Han pula seperti yang sudah dijangkakan akan ke Karya Bestari sebab tugas asal dia sebelum ni ialah membuat layout buku-buku agama. Sedih jugalah sebab Kak Han pun suka buat lawak. Dia juga suka ketawa macam Moon. Lepas ni, makin suramlah ofis Alaf tanpa teman ketawa.

Mula-mula tahu Faizal pun turut serta dalam perpindahan tu, Moon rasa macam nak menjerit. Kenapa mesti dia yang dipilih? Besar pengaruh dia dalam Alaf. Boleh dikatakan dia antara staf yang 'menghidupkan' karya mahupun suasana Alaf. Dialah yang sering membuatkan Moon senyum dan ketawa. Lebih-lebih lagi perubahan besar yang berlaku pada diri dia membuatkan hati Moon sejuk setiap kali pandang wajah dia. Oops... jangan salah faham. Wakakaka...

Pemilihan Kak Wan yang paling Moon rasa berat nak lepaskan. Lepas dapat tahu Kak Wan akan dihantar ke Karya Bestari dan menjadi pengurusnya, air mata Moon mengalir tak semena-mena. Berhari-hari Moon termenung. Sukarnya nak terima keputusan tu walaupun gembira dia naik pangkat. Bila pandang wajah Kak Wan, rasa sayu nak lepaskan dia pergi. Terus terang Moon beritahu, Moon sayang sayang sangat dengan Kak Wan. Bagi Moon, dia bukan saja ketua... malah dialah ibu, kakak, sahabat dan tempat mengadu masalah. Dia ada semasa Moon dalam kesusahan atau kegembiraan. Sampaikan Moon menanam cita-cita nak jadikan dia idola.

Melihat riak mereka berempat ni sejak tahu akan dipindahkan ke Karya Bestari, Moon tahu... semua tak gembira dengan keputusan tu. Kalau boleh tak nak pindah dan tak nak berpisah, sebab kat Alaf ni dah macam 1 keluarga. Kak Wan tu nampak je ceria dan ketawa, tapi hatinya sebenarnya meronta-ronta tak nak keluar dari Alaf. Sedih beb... perasaan sayang pada Alaf dah berakar umbi dalam diri. Kalau boleh, Moon nak merayu. Tolonglah... jangan pergi.

Tapi pada petang Isnin lepas, Encik Nordin mengumumkan bahawa perpindahan Karya Bestari dibatalkan. Mereka akan bernaung di bawah bumbung Alaf. Horayyy! Kak Wan yang ketara sangat gembira dengan pengumuman tu. Cerah wajah dia. Moon gembira tak terkata. Alhamdulillah... Mungkin doa mereka dimakbulkan.

Sekarang ni, Moon mula berfikir. Dalam hidup kita, akan berlaku sesuatu yang tak pernah kita jangka. Dan sesuatu yang kita jangka akan berlaku, tak akan berlaku pula. Ironinya kehidupan ni. So, ready for whatever comes next! Kata-kata nilah yang Moon tanamkan dalam mindset. Apa-apa yang kita hadapi, berdepanlah dengan tenang. Pasti semuanya akan okey...


Oh, ya... ada seorang lagi yang 'pergi' walaupun Moon tak sampai hati nak kata 'jangan pergi'. Orang nak sambung belajar, takkan nak halang pulak. Raimi... dia dah pergi UiTM Kelantan 25 Jun hari tu ambil Diploma Statistik. Sepanjang yang Moon kenal, Raimi ni memang budak baik. Orangnya agak pemalu yang ada kala macam tak tahu malu. Wakakakaka... Setiap kali Moon makan, mesti teringat dia. Sebab dia ni kuat makan. Sekali makan 2 pinggan boleh licin walaupun makan kat kedai. Moon sempat pesan kat dia... kalau fail 1 paper, Moon belasah dia cukup-cukup. Wakakaka...

Perasan tak? Kalau kita melarang sesuatu perkara, ia seolah-olah menyuruh buat perkara yang dilarang tu. Macam gambar ni... =)

Samalah juga kalau kita mengarah seseorang supaya 'jangan pergi'. Pasti dia akan 'pergi' jua.

My Photo
...:muRn! aQ!La a.k.a mOOn:...
"Aku mentari, tapi tak menghangatkanmu. Aku pelangi, tak memberi warna hidupmu. Aku sang bulan, tak menerangi malammu. Akulah bintang, yang hilang ditelan kegelapan..."
View my complete profile
I'm right here...

# murni.aqila@gmail.com
# myspace.com/adinda_moon
# facebook
# and chat box

xoxo!

nOveL pErtaMa - juLai 2008

nOveL pErtaMa - juLai 2008
Jatuh cinta dengan peragut? Ameelisa bingung sendiri.

nOveL kEduA - juLai 2009

nOveL kEduA - juLai 2009
Sanggupkah anda tinggalkan si dia dan menderhaka dengan keluarga hanya kerana sebuah rahsia?
CURRENT MOON

Blog Archive

...taLk 2 mE...

bEsT bLog