About Me

Friday, February 26, 2010

p-e-r-g-i d-a-n s-e-p-i


Lama Moon menyepi...
Kerana diam itu ada kala sangat indah.
Memang terasa rindu nak melakar sesuatu di sini.
Tapi...
Ada tapinya...
Entahlah.

Percaya tak pada intuisi?
Iaitu gerak hati atau naluri?
Moon pernah kata yang Moon dapat rasa sesuatu yg menyedihkan akan berlaku awal tahun ni.
Dan pada 9 Februari lepas, naluri Moon ternyata benar.
Pada tarikh itu Moon kehilangan kakak tersayang. Buat selama-lamanya.

Kejutan itu terlalu mengejutkan.
Tanpa pamitan, tanpa ucapan selamat tinggal...
Moon sayangkan dia.
ALLAH juga sayangkan dia.
Malah, lebih banyak kasih sayang-Nya daripada Moon.





















Dia pergi.
Meninggalkan sepi.

~end~