About Me

Thursday, February 4, 2016

...mujur ada air ALKALI...

mungkin ada yang tahu pasal saya ni.
tapi yang tak tahu rasanya lagi ramai.
tak apa la... saya cerita je.

sepanjang tahun 2015 saya asyik demam je.
start bulan januari sampai la disember.
demam - baik - demam - baik - demam - baik.
senang sangat nak kena demam.
senang sangat badan rasa lemah badan.
bila dah demam bukan senang nak baik.
asyik demam - baik - demam - baik je akhirnya saya admitted kat hospital.
disebabkan selalu demam, kuman demam tu masuk dalam saluran darah.
akibatnya saya mengalami radang dalam darah.
boleh baca kisah saya kena radang dalam darah kat sini: radang darah.

rasa lepak sangat bila tak sihat ni.
badan rasa tak sedap.
nak ke mana-mana tak ada mood.
pergi bercuti pun rasa tak syok.

pada 6 januari lalu, kawan saya ajak pergi centre kangen water kat bukit jelutong.
dia dah beli mesin kangen water tu dah setahun.
dia kata air ni sangat bagus sebab air tu air alkali yang ada ionise. ada caj positif dan negatif yang baik untuk tubuh.
saya memang tahu air alkali ni bagus.
sebab saya minum air anugerah yang botol biru tu.
tapi mahal la pulak.
1 botol 500ml camtu dah lima hengget.

so hari tu saya pergi centre kangen water tengok demo.
antara air gas, air tapisan RO, air paip dengan air alkali.. semua diuji dengan pH test. 
semua berasid kecuali air paip dengan air alkali.
tapi air paip pulak tinggi klorin.
sedangkan ikan boleh mati dalam air yang tinggi klorin, apatah lagi kita manusia ni.
badan kita ni bukan diperbuat daripada getah pun. 

dengan minum air alkali ni akan meneutralkan balik asid dalam badan.
dah berapa lama kita hidup?
dah berapa banyak asid masuk dalam badan kita?
minuman kita ada asid.
makanan yang kita makan keluarkan asid.
lebih-lebih lagi protein.
lebih-lebih lagi processed foods, fast food.
banyak bahan kimia, pengawet, pewarna.
jadi air alkali ni tujuannya nak neutral balik asid tu.

sejak hari tu saya minum kangen water.
tak semahal air anugerah.
5 liter RM10 je. 
okey la tu. kira murah la tu.
sama macam kita beli air mineral.
tapi air mineral pulak diasidkan dengan botol yang semua orang tahu botol tu recycle punya.
baik minum air alkali yang ada anti-oxidant (anti penuaan).
saya dah taubat tak nak minum air gas dengan air RO.
air paip pun berani tak berani je nak minum.
sebab saya dah pernah sakit memanjang susah nak baik. 
serik dah rasanya. trauma.
tak nak sakit lagi.

beberapa hari selepas saya tengok demo tu, badan saya rasa tak sedap bila bangun pagi.
tekak perit semacam.
kepala macam nak ting tong.
badan rasa nak panas.
tu petanda nak demam la tu!

saya minum air alkali kangen water tu banyak sikit pagi tu.
alhamdulillah... tengah hari tekak saya dah tak perit.
badan dah tak panas.
tak jadi saya nak demam.
suatu malam saya bersin bersin nak selesema.
hidung dah meleleh.
saya macam biasa bila nak tidur minum air alkali tu dulu.
bila selesema saya minum lebih.
esok paginya saya bangun tidur hingus dah kering.
syukur ya Allahhh...
tak tahu nak cakap macam mana rasa bersyukurnya Allah ciptakan air yang boleh jadi penawar penyakit.

bila saya cerita kat kawan saya yang suruh saya pergi tengok demo tu, dia kata dia dah tak pergi klinik.
sejak dia beli mesin tu sampai la sekarang.
dah setahun dah.
bukan dia je. anak dengan wife dia pun sama.
sebiji pil yang mengandungi dadah langsung dia tak telan lagi.
memang susah nak percaya, tapi tu la yang jadi.



untuk permulaan, berlaku healing crisis bila kita minum air tu.
sebab dalam badan kita ni dah banyak asid.
lagi banyak asid, lagi banyak penyakit akan jadi dalam badan kita.
mana ada penyakit yang disebabkan alkali.
penyakit disebabkan asid banyak ada la. 
lebih-lebih lagi gout.
kanser pun sama.
sel tisu orang yang ada kanser dikaji memang berasid.

bila saya minum sehari dua dah jadi healing crisis.
tempoh healing ni tak lama.
bergantung pada berapa banyak asid dalam badan.
so kena minum lagi banyak supaya healing crisis tu cepat habis.
macam saya 5-6 hari je.
alkali bila jumpa asid, memang musuh ketat.
alkali akan cuba detox asid sedaya upaya.

mula-mula saya minum, dada saya membengkak.
agak sakit jugak la.
saya ingatkan sebab nak period.
tapi time period saya jauh lagi.
saya teruskan minum.
lebih kurang seminggu baru la hilang bengkak tu.
rupa-rupanya... part yang sakit tu la yang paling banyak asid.
kalau saya tak minum kangen water untuk neutralkan balik, kebarangkalian saya nak kena breast cancer saaaaangat tinggi.
nauzubillah minzalik.

dah sebulan saya amalkan minum air alkali kangen water ni.
seminggu 4-5 botol saya minum.
demi kesihatan, saya tak kisah.
lagipun bukan mahal sangat.
botol baru RM10 sebotol.
kalau refill RM7 je sebotol.
dapat 5 liter pulak tu! 
banyak kot 5 liter.
sebab kalau dah masuk hospital, lagi beribu-ribu duit habis.
masa saya admitted disebabkan radang darah dulu, hampir RM17 000 bil ward selama 9 hari saya kat hospital.
kalau penyakit yang lebih kronik, lagi mahal kot.
belum campur ubat-ubat dadah yang doktor bagi lagi.
dah la mahal, ubat tu jugaklah yang merosakkan badan kita dalam jangka masa panjang.
semua ubat ada side effect okey..?

sejak saya tengok demo tu, saya rasa kesian kat keluarga saya.
tak sampai hati saya biarkan dia orang minum air yang suatu masa nanti akan bagi penyakit.
saya bagitahu kebaikan air alkali yang boleh meneutralkan asid dalam badan.
biasa laa... ada yang percaya. ada yang tak yakin. ada yang tak percaya langsung!
terpulang. saya tak paksa pun.
sebab saya sendiri mengalami proses kebaikan air alkali ni.
saya pernah bagi air ni pada 2 orang yang kena demam denggi.
yang sorang kat wad, minum hari ni, esok dah boleh discharge. 
yang sorang lagi kat rumah terbaring tak berdaya tak selera makan.
minum tengah hari, petang dah boleh bangun.
esoknya dah boleh nak makan.
alhamdulillah... syukur sangat sangat.
demam denggi pun boleh baik sembuh dengan air alkali kangen water ni.

ada jugak yang fikir bila minum air ni secawan terus baik penyakit dia.
nak baik kena minum at least 2 liter 1 hari.
supaya boleh detox segala asid toksin toksid dalam badan.
saya dah kata.. air alkali ni bukan ubat.
kalau ubat memang la baik tapi berapa lama baik?
sebab ubat tu dadah.
baik pun sekejap je.
bila kesan dadah tu dah hilang, jadi balik penyakit tu.

tak macam kangen water.
kangen water ni merawat.
dia detox dulu asid-asid yang dah berkerak dalam badan dalam darah.
buang dulu asid-asid tu dulu.
bila asid dah tak ada dalam badan, insya Allah penyakit susah nak lekat kat badan.
secara perlahan-lahan penyakit tu lenyap dan takkan muncul lagi.
konsep dia mudah je. bila asid dah takde dalam badan, penyakit susah nak dekat.
saya dah jumpa ramai jugak testimoni yang consume kangen water.
diabetes, darah tinggi, kurap, kudis, alahan, sakit buah pinggang, batu karang, gout, ...
sekurang-kurangnya 3 bulan dah nampak kesan.
insya Allah...

nanti saya cerita lagi pasal air alkali kangen water. 
dah banyak sangat saya cerita ni.
nak percaya atau tak, terpulang.
yang penting saya dah tak sakit macam dulu lagi.
syukur alhamdulillah...

kalau ada yang nak tahu info lebih detail boleh emel saya di murni.aqila@gmail.com.
no problem saya takkan kedekut nak berkongsi pengalaman dan ilmu.
insya Allah...

~end~

4 comments:

siti said...

salam, air ni kene beli mesin dia ke atau ada jual kat kedai?

siti said...
This comment has been removed by the author.
...: muRn! aQ!La :... said...

@siti : boleh call/mesej no ni. 016-3710787

Unknown said...

Suami sy baru ja pasang penapis air alkali kt umah..sblm ni minum air masak dr air paip je..smeminggu minum air alkali tu suami dan ank demam batuk selsema..sy cuma sakit tekak je..sy nk tanya pendapat je..adakah family sy dlm proses "cuci balik" segala kotoran selama minum air tanpa tapis..