About Me

Friday, October 31, 2014

...tiket USS untuk DIJUAL...



2 tiket masuk ke Universal Studios Singapore UNTUK DIJUAL...!!

harga sekeping tiket: RM170
TAPI
.
.
.
tiket dijual pada harga: RM130 SAHAJA..!!
DAN
.
.
.
percuma: 5 keping retail discount voucher berharga SD8.00 setiap satu.

valid tiket sehingga 22 NOVEMBER 2014.

jika berminat sila call/mesej/whatsapp KAK ITA di talian 017-3333715.
siapa yg cepat.. dia yg dapat!

*utk postage hanya RM5.

~end~

Saturday, July 12, 2014

...air mata GAZA...


IFTAR DI JANNAH

senja hening ini
menanti iftarnya ramadhan
sudah tersedia hidangan
tiada apa yang istimewa
tetap bersyukur kepada-Nya

kulihat wajah anak-anak
sabar menanti gema azan
kecil tubuh mereka
diasuh patuh kepada Yang Maha Esa
moga menjadi hamba bertakwa
fi sabilillah

nasi disendukkan ke pinggan
wajah mereka tergaris senyuman
serentak itu dentuman terdengar
bunyinya menggegar
tubuhku menggelatar

kupandang wajah anak-anak
sarat ketakutan 
mataku berlinangan
apa dosa kami?
bumi ini dibedil israel

dentuman kedengaran lagi
dihujani peluru berkali-kali
bunyinya sangat dekat
sangat kuat

bibirku berkumit zikir
anak-anak bertasbih tahmid
dengan deraian air mata
kami memohon perlindungan 
mengharap naungan Ya Rabb

dentuman itu belum berhenti
dan menghempas rumah kecil kami
semua musnah sekelip mata
terlantar kami tak bermaya

nafasku tersekat di hujung
darah bersembur dari tubuh
mengalir tanpa henti
sakit tak terperi

kulihat anak-anak terbujur kaku
hati ini tersayat pilu
izrail sudah menjemput mereka
untuk dibawa ke 'sana'

dengan lafaz syahadah
perlahan kututup mata
nafas tiada lagi bersisa

anak-anakku
puasa kita di gaza
moga iftar di jannah

~ murni aqila ~
13 ramadhan 1435H

---------------

puisi ini hanya imaginasi berdasarkan gambar. tapi inilah yang dialami saudara kita di palestine. darah mereka diratah rakus oleh rejim zionis. doakan agar penderitaan mereka ini berakhir. 

bumi gaza musnah dibedil israel. ramai yang maut. angka yang cedera hari demi hari meningkat. bekalan ubat untuk rawatan tak mencukupi. tiada bekalan makanan untuk bersahur apatah lagi untuk berbuka. berilah sumbangan untuk mereka. Allah pasti memberikan ganjaran pahala untuk kita. salurkan sumbangan ke akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad;

Bank Islam:12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922







Monday, April 7, 2014

... sinopsis AWAK JANGAN NAKAL...


sinopsis novel AWAK JANGAN NAKAL:

Pernah dengar pasal Geng Mat Ngek?

“Apa buruk sangat nama tu?” Tanpa tertahan, ketawa Ayu meledak. “Apa punya namalah!”

Gelak, Ayu. Gelak! Dengan Geng Mat Ngek tulah kau terpikat.

Ya, memang Ayu jatuh cinta dengan Shahrul. Tapi Shahrul tak senakal Geng Mat Ngek yang lain yang suka mengusik, menyakat, membahan dan mengenakan kaum perempuan. Lebih-lebih lagi ketua Geng Mat Ngek, Jeffry. Nakalnya… Benci dia melihat Jeffry.

Namun, apa yang kita harapkan adakala lain yang jadi. Disebabkan berada pada masa, tempat dan keadaan yang salah, Ayu terpaksa menerima Jeffry sebagai suaminya. Perkara yang tak pernah dibayangkan terjadi dalam hidupnya, membuatkan dia sengsara. Hubungannya dengan ibu menjadi dingin dan renggang. Terpaksa pula berhadapan dengan keluarga Jeffry yang kacau-bilau. Argh... tertekan!

Macam manalah hidup dia selepas sebumbung dengan Jeffry? Sedangkan dia masih mengharapkan Shahrul. Kalau berterusan, hidupnya akan lebih sengsara. Jadi... bagaimana?

*pakej harga promosi pre order novel AWAK JANGAN NAKAL dibuka SEHINGGA 13 APRIL 2014
novel + T-shirt + membership card = RM50 SAHAJA. 
e-mel kepada murni.aqila@gmail.com dan tempah la SEKARANG...!!

~end~

Wednesday, April 2, 2014

...pre order AWAK JANGAN NAKAL...


pre order novel AWAK JANGAN NAKAL dah dibuka...!!




ini la pakej pre order terbaik. 
novel AWAK JANGAN NAKAL + membership card murniNSPIRE fc + T-shirt = RM50.
wow! memang dah murah sangat dah ni. dapat free gift lagi. 
harga promosi ni dibuka SEHINGGA 13 APRIL 2014 SAHAJA.

kepada yang nak buat tempahan boleh la buat bayaran ke akaun Maybank 562218111067 (Inkprez Enterprise). 
e-melkan nama, alamat, no. telefon, no. kad pengenalan dan saiz T-shirt kepada murni.aqila@gmail atau mesej di FB. 
sertakan sekali bukti pembayaran. 
maklumat ini jugak digunakan untuk urusan pendaftaran sebagai ahli fan club murniNSPIRE FC.

so tempah SEKARANG...!!

~end~

Monday, March 31, 2014

...dan PEMENANGNYA IALAH...

PENGUMUMAN PEMENANG PERADUAN MEMBERI NAMA FAN CLUB PEMINAT NOVELIS MURNI AQILA.


Para juri telah sebulat suara TIDAK MEMILIH nama yang dicadangkan peserta peraduan sebagai nama fan club Novelis Murni Aqila. Maka dengan ini, TIADA PEMENANG HADIAH UTAMA. Namun begitu, para juri sepakat untuk menambah hadiah saguhati. 10 pemenang hadiah saguhati ditambah lagi menjadikan semua pemenang seramai 20 ORANG PEMENANG SAGUHATI.

Nama fan club yang dipersetujui para juri ialah “murniNSPIRE FC”. Berikut senarai 20 PEMENANG SAGUHATI:
1. Nur Are-In – Inspire of Murni Aqila
2. Puteri Farahilyana – Inspirasi Murni Aqila FC
3. Emy Amiza – MurniAqila’s Lover FC
4. Zal Abd Aziz – MAniac FC
5. Vmpire Sara San – Murni Aqila LoversLicious FC
6. Nurul Syifa’ Shukor – Havocolour of Moon’s Novel
7. Lagenda Novel – MoonVengers FC
8. Aida Zulkifli – MurniAqila Novellover’s FC
9. Ieda Myza – Murni Aqila D’Hearty FC
10. Farid Ahmad – NOVAQILA FC
11. Mamazieza Azizah Hassan – Murni Aqila Reader Zone (MARZ)
12. Nur Safwanah Ramli – Murni Aqila SuperFan
13. Sue Sumie – NOVELAQILA FC
14. Shaqir Iman – L.A.F (Love Aqila Forever)
15. Nut Hamizan – Ukhwah Cinta Murni Aqila
16. Alyssa Ezzura – Murni@Qila FC In The Heart
17. Rocella Bj – Murni Aqila Loverholics FC
18. Farhanaizaton Shahriman – Murni Aqila Cliques
19. Thya Baharin – MurniAqilatics
20. MizzKyra Love MrOggy – Moontastic FC

Kepada semua pemenang, sila e-melkan nama penuh, alamat surat-menyurat, no telefon, no kad pengenalan dan saiz T-shirt kepada murni.aqila@gmail.com untuk urusan pendaftaran membership murniNSPIRE FC secara percuma dan penghantaran hadiah. TAHNIAH!

Kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa dan kecewa. Ada rezeki boleh mencuba lagi dalam peraduan yang lain pula. Terima kasih atas peryertaan dan semangat anda yang bersungguh-sungguh.

Jumpa lagi.


~end~

Monday, March 24, 2014

...contest FAN CLUB...

PENGUMUMAN

dgn ini sy mengumumkan bahawa kini bermulalah PERADUAN MEMBERI NAMA FAN CLUB PEMINAT NOVELIS MURNI AQILA. 

peraduan ini diadakan bersempena kemunculan novel terbaru sy bertajuk AWAK JANGAN NAKAL yang bakal terbit tak lama lagi. ini juga bersempena penubuhan kelab peminat Murni Aqila di mana setiap ahli akan menerima membership card dan menikmati keistimewaan sebagai ahli. 

utk menyertai peraduan ini, silalah ke page saya di: https://www.facebook.com/novelismurniaqila

jom sertai peraduan ini dan menangi hadiah utamanya TABLET SAMSUNG NOTE 8.0, novel terbaru saya dan macam-macam lagi. gud luck everyone!

~end~

Monday, March 17, 2014

...ho CHI minh...


info for those yg nak bercuti ke ho chi minh vietnam. free & easy.

1. kalau dpt tukar 1 juta dong = RM160 atau kurang lg kat msia so bleh la tukar byk2. kalau x dpt, tukar sket je la duit utk tambang teksi dr airport <--> hotel. sbb ada money changer kat luar ben thanh market boleh tukar 1 juta dong = RM160. tukar duit kat msia mahal le. lgpon kat sane shopping duit msia pon bleh. duit dolar lg diorg suke. tp kite la yg rugi. (ni currency mac 2014. currency bleh berubah. tp dah 4 kali sy gi mmg tukar duit kat vietnam lg murah).

2. sentiasa bwk botol air mineral kosong dlm beg. bwk dr airport msia sbb bleh guna dlm flight yg xde gayung dlm toilet. kat toilet airport ho chi minh takde paip air taw. sume pakai kesat ngn tisu. (huhuu). public toilet kat sane sume camtu. so botol kosong ni sgt penting. tadah air kat sink pastu bwk msk dlm toilet.

3. dari airport nak ke hotel kene amek teksi kat kaunter dlm airport. teksi yg paling murah ialah VINASUN. tp kaunter teksi vinasun kat airport dah takde. kat luar airport byk giler ulat. sume ngaku driver teksi. JANGAN TERPEDAYA. kluar dr airport terus ke hujung belah kiri. kat situ ade teksi vinasun tunggu dgn driver sekali. dia guna meter. kalau hotel dekat ngn ben thanh market x smp 200 ribu dong.

4. kalau x tau nak cari hotel kat mane bleh tgk kat agoda.com. agoda apps lg murah rate hotel. cari hotel area district 1 - ben thanh market. kluar hotel terus nmpk ben thanh market. depan tepi hotel ada 4 kedai mkn halal. ade kedai 24 jam cam 7 eleven. senang nak idop kat sini uols.

5. cara nak kira duit dong. misalnya nak beli telekung harganya 240 ribu dong. 240 000 x 0.00016 (rate currency. ikut rate masa tukar duit) = RM38.40. kat dlm ben thanh atau kat pasar malam kite sgt2 digalakkan tawar-menawar. mntk hrga yg plg murah yg kite nak. kalau nak tau beli kat pasar mlm lg murah. dlm ben thanh tu mahal sebetulnya. harga jerut leher mati gantung pnye. huhuu.. jgn x pecaya yg diorg pon pandai ckp melayu.


6. selain shopping, bleh pergi ikot trip ke sg mekong atau ke chu chi tunnel. biasa nyer setiap hotel hotel ada buat trip ni. kalau tanya kedai2 yg jual telekung baju kurung pun ada buat trip ke situ. pergi ramai2 dpt la murah sket. ade trip yg include ngn mkn sekali. ade yg tak. kalau nak ikot trip ni mmg kene spend 1 ari ke sg mekong & 1 ari ke chu chi tunnel. sbb tmpt2 ni sume jauh mak oii. sg mekong best! naik bot pastu naik sampan, minum teh madu, mkn buah2, lunch sekali, ada tarian vietnam. sg mekong ni ade 2 musim. 1 musim air coklat. 1 musim lg air sg dia kelabu. chu chi tunnel ni best jgk. tgk tmpt askar vietnam survive ms zaman perang dulu. 1 ari dlm sejarah la kira nyer trip ni. hehee...

7. tempat-tempat menarik yg wajib pergi kalau nak pergi ho chi minh. yalah... takkan pergi sana semata-mata nak shopping kan? ni tempat yg mmg recommended. 
- ben thanh market
- cho binh tay market (mcm ben thanh market. kain2 kat sini lebih murah. agak jauh dari ben thanh market)
- saigon centrel post office (pergi time malam memang cantik)
war remnants museum
- museum of vietnamese history
kem bach dang (restoran ais krim with fruits on top dan mkn dlm buah kelapa. add: 26-28 Le Loi Street, District 1)
- kedai shamsudin restaurant (makanan vietnam serius sedap giler 100% halal. add: 445 Le Hong Phong street, District 10)
- sungai mekong
- chu chi tunnel

selain sungai mekong & chu chi tunnel, yg lain-lain semua dalam area town. naik teksi je. tunjuk alamat tempat yg nak pergi kat taxi driver. insya Allah mesti sampai punya. kalau rajin jalan kaki pusing town. kalau larat la. sebab bandar ho chi minh besar giler kot. pengsan kejang otot kaki kalau jalan. 

sy tak pernah share pasal travel ke mana2 sebelum ni. sbb dah byk sgt blog yg share. tp ntah nape ntah baik pulak sy kali ni. :P

~end~

Wednesday, February 26, 2014

...awak JANGAN NAKAL...

Alhamdulillah....
Yang ditunggu-tunggu akhirnya membuahkan hasil.

Ramai sangat yang tanya Moon.
"Mana novel baru?"
"Bila novel baru nak keluar?"
"Novel baru tajuk apa?"
"Cepat la terbit novel baru."

Okey okey okey.
Novel baru Moon tajuknya AWAK JANGAN NAKAL.
Insya Allah terbit bulan Mei 2014.

Tapi Moon dengan murah hati nak belanja baca FREE.
Tak caya...? 
Nah! Klik AWAK JANGAN NAKAL.
Hehee....



Tapi cover ni acah-acah je.
Dah keluar cover yang betul nanti Moon bagi tahu okey?

Harap semua suka dengan novel Moon yang ke 6 ni.
Tengkiu. (^____^)v

~end~

Tuesday, February 4, 2014

padahal... ku pilih KAMU

Kenapa la lagu Astrid menyentuh kalbu sangat ni? 
Aduuuhh.... mata dah rasa panas.
Kalau ada yang kata lagu ni tak de la sedih sangat, mungkin sebab Moon ni novelis. 
Jiwa novelis ni lembut kot. 
Hahaa..... 
Tapi memang sedih la lagu ni. Tak tipu.

MENDUA - ASTRID
Ku tak habis fikir
Kurang ku di mana?
Kau tega melepaskan aku

Jauh ku menatap
Namun terlalu jauh
Imaginasiku terberai

Terdiam aku
Beku tanpamu
Di manakah letak hatimu?

Kau putuskan untuk mendua
Dengan dia
Di belakangku

Padahal ku pilih kamu 
Jadi cinta terakhir

Ku tak habis fikir
Kurang ku di mana?
Kau tega melepaskan aku

Jauh ku menatap
Namun terlalu jauh
Imaginasiku terberai

Terdiam aku
Beku tanpamu
Di manakah letak hatimu?

Kau putuskan untuk mendua
Dengan dia
Di belakangku

Padahal ku pilih kamu 
Jadi cinta terakhir

Kau putuskan untuk mendua
Dengan dia
Di belakangku

Padahal ku pilih kamu 
Jadi cinta terakhir

Kau putuskan untuk mendua
Dengan dia
Di belakangku

Padahal ku pilih kamu 
Jadi cinta terakhir

Jadi cinta terakhir.....

-*-*-*-*-*-*-

Betul kan lagu ni sedih?
Okey, lap air mata.
Huhuu.....

Lirik lagu ni tak susah nak faham.
Simple tapi sangat menyayat hati.
Kisah gadis yang dicurangi kekasihnya.

Dalam hubungan percintaan, jika wujud cinta 3 segi, penyelesaiannya cuma 1.
Perlu ada yang berkorban mengundurkan diri.
Perlu ada yang sanggup melepaskan tangan.
Kalau tak, jiwa yang cedera lebih sakit jadinya.

Biasanya yang harus berundur ialah orang yang dicurangi.
Kita kena terima hakikat bahawa kita tak cukup 'membahagiakan' sehingga si dia sanggup berlaku curang.
Tapi ingat... ketika kita mengundurkan diri, melangkah la dengan penuh bergaya.
Supaya dia sedar betapa dia sebenarnya tak bermakna dalam hidup kita.
Dan supaya kita tak kelihatan begitu kesian meminta simpati.

~end~


Monday, January 13, 2014

...indahnya akhlak RASULULLAH SAW...

Setiap kali membaca kisah Nabi Muhammad saw, hati saya pasti akan tersentuh. Antara kisah menyayatkan hati ialah yang menceritakan tentang akhlak mulia Rasulullah saw dengan pengemis Yahudi yang buta. Allahuakbar!

Kisah inilah yang memberi ilham pada saya untuk membuat skrip drama telemovie bertajuk NAWAITU yang akan bersiaran di TV Al-Hijrah tak lama lagi. 

Kisahnya begini...
Ada seorang pengemis Yahudi yang buta di sudut pasar Madinah Al Munawarah. Pengemis itu selalu berkata begini pada orang yang mendekatinya:

“Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad. Dia gila, dia pembohong, dia tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya, maka kalian akan dipengaruhinya.”

Hampir setiap pagi, Rasulullah saw mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata Nabi Muhammad menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad seperti yang selalu dia katakan.

Rasulullah saw memberi pengemis buta itu makan hingga baginda wafat. Setelah Rasulullah wafat, tak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi dan yang menyuapi orang Yahudi yang buta itu.

Suatu hari Abu Bakar ra berkunjung ke rumah anaknya (Aisyah). Beliau bertanya kepada Aisyah: 

“Anakku, adakah sunnah Rasul yang belum aku kerjakan?” 

Aisyah menjawab pertanyaan ayahnya: “Wahai ayah. Hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja." 

“Apakah itu?” tanya Abu Bakar. 

“Setiap pagi, Rasulullah saw selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana," jawab Aisyah.

Keesokan harinya, Abu Bakar pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.

Ketika Abu Bakar menyuapkan makanan, tiba-tiba pengemis itu marah sambil berteriak: “Siapa kamu!” 

Abu Bakar menjawab: “Aku orang yang biasa." 

“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," sahut pengemis buta itu. Lalu pengemis itu melanjutkan bicaranya: “Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskan makanan itu, setelah itu dia berikan makanan itu kepadaku.”

Abu Bakar yang mendengar jawapan orang buta itu kemudian menangis sambil berkata: “Aku memang bukan yang biasa datang kepadamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad, Rasulullah saw."

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar, pengemis itu pun menangis. “Benarkah demikian?” Kepalanya tertunduk dan air matanya mulai menitis. “Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya. Tetapi ia tidak pernah marah kepadaku sedikit pun!” ucap pengemis buta itu sambil menangis teresak-esak.

“Dia selalu mendatangiku. Dia menyuapiku dengan cara yang sangat lemah lembut. Dia begitu mulia.” Lalu dia mendongakkan kepalanya ke arah langit. Kedua-dua tangannya dibuka lebar seperti berdoa.

Pengemis buta itu memeluk Abu Bakar sambil menangis. Dia meminta Abu Bakar untuk mengajarnya mengucapkan kalimah syahadah.

Akhirnya pengemis itu menjadi seorang Muslim yang berserah diri kepada Allah SWT. Subhanallah...

Mari kita berselawat. 
Sallallahu ala Muhammad
Sallallahu alai wasalam
Sallallahu ala Muhammad
Sallallahu alai wasalam



Salam Maulidur Rasul.