About Me

Sunday, March 31, 2013

...takkan ku SIA-SIAKAN...

Pertama kali dengar lagu ni Moon ingatkan ST12.
Muzik dia, suara dia...
Rupa-rupanya Firman yang nyanyi.
Tapi bila Moon selidik sebenarnya lagu dicipta oleh Charly, penyanyi ST12.
Patut la ada bau-bau ST12.
Hehehee.....

Lagu ni tersangat la sedih kalau seseorang tu pernah rasa kehilangan.
Kalau kehilangan disebabkan diri sendiri puncanya, lagi la rasa beribu-ribu kali menyesal.
Jom kita tengok lirik lagu ni.





KEHILANGAN - FIRMAN
Ku cuba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa telah kehilangan
Cintamu yang telah lama hilang
Kau pergi jauh kerana salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahawa cintamu telah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahawa cintamu telah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Takkan ku sia-siakan kamu lagi

*-*-*-*-*-*

Bila kita dah ada orang yang sayangkan kita, jangan abaikan orang tu.
Saat kita dah kehilangan dia, apatah lagi disebabkan sikap kita yang tak pedulikan dia, pasti kita sangat sangat sangat sangat menyesal.
Makin bertambah menyesal bila kita mula sedar betapa pentingnya dia dalam hidup kita.
Menyesal tak sudah kalau kehilangan dia tu untuk selamanya.
Huhuu.....

Apa-apa pun, lagu kehilangan ni buat Moon rasa seolah-olah Moon yang kehilangan.
Lirik dia berkesan beb!

~end~

Wednesday, March 6, 2013

...review SAYANG AWAK, SAYANG...

Assalamualaikum. Hai.....
Cewaahh! Intro yang sopan santun gitu.
Nak 'cover' la tu sebab dah lama tak update blog.
Huhuuhuu.....

Okey!
Ini review novel Sayang Awak, Sayang... yang Moon pilih untuk dimasukkan kat sini.
Review ni Moon pilih sebab lebih detail dan ada kelainan daripada review yang lain.
Kepada Lagenda Novel (LN/Ju), terima kasih banyak-banyak.
Masa baca review ni bergenangan air mata Moon.
Terharu dan rasa sangat dihargai.
Terasa susah payah Moon menulis 5 novel selama ni sangat berbaloi.
Tak ada yang membahagiakan hati seorang novelis melainkan pembaca berasa puas dengan hasil tulisannya.

LN siap buatkan gambar lagi.
Ada Naz, Jun, Fahim, Haziq..... Motor pun ada!
Semua ni Moon akan simpan sebagai kenangan.
Meh kita baca review LN pasal novel Sayang Awak, Sayang...




Paling Moon suka gambar ni sebab ada Motor yang comel tu! :)


Banyak lagi review yang Moon terima.
Boleh tengok dalam Moon punya instagram.
Insya-Allah Moon akan cuba masukkan semuanya.
Pada semua yang sudi review novel-novel Moon, Moon sayang awak semua, sayang!

~end~