About Me

Wednesday, March 14, 2012

...sudah CUKUP sudah...

Alamak..... 
Dengar intro lagu ni je pun dah rasa nak meleleh ni.
Huwuu..... (T_T)

Moon nak bagi warning.
Bagi mereka yang baru putus cinta, JANGAN DENGAR lagu ni.
Nanti tak pasal-pasal 2 tahun tak berhenti menangis. Ngee.....

SUDAH CUKUP SUDAH - NIRWANA BAND
Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari di atas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Telah berulang kali ku cuba mengalah
Ternyata sabarku tak bererti untukmu

Teganya kau menari di atas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Teganya kau menari di atas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

-*-*-*-*-*-*-

Janganlah permainkan perasaan orang.
Tak baik tau. 
Jadilah pencinta yang setia. 
Kita kena ingat!
Apa yang kita buat kat orang, kita ada terima balasannya.

Yang penting, Moon suka giler lagu ni.
Moon suka giler lagu ni.
Suka giler!
Giler!

~end~

Monday, March 12, 2012

...yang BERHARGA di dunia ini...

Salam manis buat semua!
Moon nak kongsikan sesuatu yang baik untuk kita semua.
Artikel ni Moon ambil dari FB koleksi ceramah Ustaz Don Daniyal.
Harap-harap kita dapat manfaat bersama. 
Amin.....
(^_^)v 

Jom kita tengok apa alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. 
Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
JAWAPAN: Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka. 

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. 
JAWAPAN: Bila iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan. "Pakai tudung tak mestinya baik. Bbla…bla…bla…” 

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. 
JAWAPAN: Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurangnya, dia insaf dan bertaubat sekarang. 

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik. 
JAWAPAN: Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? 

5. Pakai jarang ke, ketat ke... itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok. 
JAWAPAN: Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak? 

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami. 
JAWAPAN: Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
JAWAPAN: Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga? 

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain. 
JAWAPAN: Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau. 

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. 
JAWAPAN: Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, neraka tempatnya. 

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) 
JAWAPAN: Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? 

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. 
JAWAPAN: Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. 

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la. 
JAWAPAN: Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. 
JAWAPAN: Kalau begitu, kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. 

Wahai wanita, setiap ciptaan Allah yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. 

=> Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. 
=> Di mana kamu jumpa mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. 
=> Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. 
Tubuh kamu adalah suci. Malah, lebih berharga daripada emas mahupun permata. 

Oleh itu, kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.

~end~

Thursday, March 8, 2012

...tak SAKIT pon...

Entah kenapa Moon suka lagu yang bertajuk Kosong.
Sebelum ni lagu Kosong daripada kumpulan Dewa.
Moon pernah post kat entry INI.
Sekarang lagu Najwa Latif pulak.
Kita dengar lagu ni dulu ek?
(^_^)v

KOSONG - NAJWA LATIF
Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu

Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong...
Kosong...

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong...
Kosong...

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan

Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...
Kosong...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong...
Kosong...

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong...
Kosong...

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong...
Kosong...

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong...
Kosong...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong...
Kosong...


-*-*-*-*-*-*-

Please, please, please, please !!!
Kalau putus cinta sampai frust menonggeng sekalipun..... 
jangan biar sampai jiwa rasa kosong beb.
Relakslah..... bukannya jadi apa pun kalau putus cinta.
Jiwa kalau kosong, bahaya dowh.
Iman senang-senang je boleh melayang.


Moon dulu pun pernah jugak frust.
Berapa kali ek? Lupa pulak. Hahahaa.....
Cuma pesan Moon pada mereka yang sedang frust tu, sabarlah.
Bagi Moon, semua tu proses untuk lebih matang dan memperbaiki diri.
Lagipun, bolehlah kita cari pakwe yang lebih handsome daripada dia.
Hahahaa.....


~end~