About Me

Thursday, September 15, 2011

...aku BUKAN perwira...

Sempena Hari Malaysia pada 16 September ni, apa kata kita layan lagu patriotik?
Banyak lagu patriotik yang kadang-kadang best jugak kalau dilayan.

Baru-baru ni terdengar satu lagu lama yang diberi nafas baru.
Memang fresh!
Layan.....

WARISAN 2011 - AIZAT, SUKI LOW & LORENCE SOOSAI

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini
 

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki
 

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

-*-*-*-*-*-*- 

Moon sayang sangat pada Malaysia.
Negara tumpah darah sendiri.
Siapa yang tak sayang?
Kan?

Rasa insaf betul tengok rakyat Palestin yang hilang tanah air sendiri.
Tanah mereka dirampas dan kini mereka jadi pelarian.
Kalaulah negara kita jadi macam tu.... isyhh..... tak naklah bayangkan.
Sedih woo.....

Doa Moon, moga hanya mereka yang benar-benar ikhlas jadi pemerintah negara yang Moon sayang ni.
Dan selamanya menjadi negara yang aman dan dirahmati Allah.
Amin.....

Ada satu yang buat Moon keras berfikir.
Banyak sumbangan negara yang Moon terima.
Tapi apa sumbangan Moon pada negara?
Errr..... ???

~end~

Monday, September 12, 2011

...maNisnya sePtemBer ini...

Rasa nak senyum lebar-lebar.
Lepas tu nak senyum dengan semua orang.
Senyum saja...
tak perlu kata apa-apa.
Hahaahaaa.....

Nak tahu sebab apa?
Heheee.....

Dengan malu-malu pink panther, Moon nak tayang sesuatu.
Ngeehehee....
(^_^)v



















Inilah buah hati cinta intan payung buchuk2 Moon yang terbaru.
Hehee....
Tajuknya INGAT JANJI KITA.
Insya-Allah akan terbit tak lama lagi.
Dalam bulan ni jugak. Bulan SEPTEMBER 2011.
Alahai..... bestnya!
Yeahh.....
Sungguh manis SEPTEMBER ini.
Hehee.....

Jom kita cikidaut sinopsis novel ni.

Menggelabah Raimi apabila Tok Jalal mahu menjodohkan dia dengan gadis yang tidak dikenali. Kalau dibantah, mengamuk pula datuknya itu. Terpaksalah dia mencipta helah untuk melepaskan diri. Idea gila datang tiba-tiba. Sahabatnya disuruh menjadi perempuan. Nak tak nak, Adi turutkan jua permintaan Raimi untuk menjadi ‘makwe’nya.

Apabila tiba masanya...

“Eh... sesuai ke? Orang tak cam aku ke? Aku rasa kekok ni.”
“Sesuai lagi secocok. Tak mungkin dia orang boleh cam kau ni jantan. Aku sendiri macam nak gugur jantung tengok rupa kau. Sebiji rupa perempuan. Mantap gitu.” Raimi menyentuh dada Adi dengan kedua-dua tangannya. 
Bagaikan terkena kejutan elektrik, spontan Adi menepis kasar hingga membuatkan Raimi terpinga-pinga. 
Tanpa pengetahuan Raimi, Adi ada banyak rahsia yang disimpan. Dan Adi terpaksa berbohong kepada semua. Mungkinkah seumur hidupnya dia terpaksa memendam nalurinya?

So.....
Jangan lupa dapatkan novel ni tau.
Novel INGAT JANJI KITA.
Ingat tau?!
Janji tau?!
Tengkiu.....
Hehee.....
(^_^)v

~end~

p/s: hepi sangat sampai asyik nak ketawa hehee jek. hahaa.....