About Me

Saturday, March 28, 2009

...sUngguH jaDi pAnaSaRan...

Hari ini akan terlakar sejarah dalam diari dunia. 28.03.09 tepat jam 8.30 malam, satu Malaysia akan bergelap selama 1 jam. Program 60 Earth Hour: Vote For Earth yang dianjurkan oleh WWF adalah satu tanda bahawa kita menyokong dan mengundi untuk menyelamatkan dunia daripada pemanasan global.

Pergh... cuaca sekarang memang mencabar, tak menentu moodnya. Moon memang gelisah sejak tahun 2009 menjelang. Kalau hujan, lebat yang amat. Siap dengan guruh, petir dengan kilat sabung-menyabung. Dan kalau panas, membahang semacam. Kulit rasa macam nak hangus sekali. Tengah lelah benar dunia yang kita duduk sekarang ni.

Jadi, Moon akan menyokong program ni. Moon tak nak dunia ni terus kepanasan. Bukan dunia saja yang panasaran sekarang ni, makhluk-makhluk yang duduk di atasnya juga panasaran sama. Itu yang Moon rasa dan perhatikan kini. Entahlah... orang mudah jadi marah. Tak tahulah kalau mereka terpengaruh dengan keadaan cuaca. Boleh jadi macam tu ke? Hihihi...

Marah... berbaloi ke ada perasaan begini? Manusia kalau tak reti marah, memang pelik. Tapi kalau tak tahu mengawalnya, lagi pelik. Boleh rosak hati dan minda kalau dibiar membakar diri. Dan lebih teruk lagi akan memperbodohkan diri sendiri.


Ada lagi satu hal yang berkait rapat sangat dengan 'pemanasan' dalam konteks marah ni. Kalau ada orang yang marah, apabila datang si batu api, makin bertambah 'kepanasan' tu. Apalah faedahnya. Membanyakkan dosa je. Batu api ni, membahayakan betul. Orang macam nilah yang buat dunia makin 'panas'. Jangan tak percaya!

Kepada sesiapa yang sedang panasaran, hangat hati, berang, marah dan yang sewaktu dengannya... banyakkanlah beristighfar. Kalau tak jalan, ambil wuduk. Jangan biar syaitan duduk kat hati kita. Nanti, kita pun sama macam syaitan. Dia memang suka tengok kita sesat. Setan betul syaitan ni kan? Wahahaha...

So, jangan biarkan panasaran itu berleluasa. Sayangilah bumi dan hati kita.


End
28.03.09/9.09 pm.
(menaip dalam gelap ni)

Tuesday, March 24, 2009

...taKkan aDa yAng sAma...

Macam mana agaknya rupa Moon kalau jadi superhero? Eh, kalau perempuan dipanggil superhero ke? Ke superheroin? Hehehe... cam tak best je. Superwoman la kot. Moon jadi superwoman? Dengan baju seksi tipikal superwoman yang dah terkenal? Euww... tak rela you! Hari tu Moon tengok The Watchmen. Lepas tu, Moon terus jadi kuat berangan pulak. Nak jadi macam-macam. Nak ada macam-macam power.

Moon bukan nak kuat sampai boleh angkat lori balak dengan satu jari je. Buat apa? Nanti orang asyik suruh angkat itulah, inilah... Mentang-mentanglah Moon kuat, semua benda nak disuruh angkat. Eii... tak best, tak best.

Yang boleh terbang pun Moon tak nak. Nanti orang suruh Moon bawa diorang terbang ke mana-mana yang diorang nak. Dah tak nak naik kapal terbang lagi. Yalah... naik dengan Moon free je. Tak payah beli tiket. Kalau Moon merungut, nanti kena kutuk pulak. Mana boleh macam tu. Tu namanya ambil kesempatan. Argh... tak sanggup aku!

Ada kuasa berlawan dengan gagahnya pun tak best. Kalau ada power macam ni, rasa bosanlah pulak. Asyik Moon je yang menang setiap kali berlawan. Lama-lama, orang malas nak lawan dengan Moon. Sudahnya, Moon tak ada kerja nak buat. Nak minta kerja kilang pun malu.

Boleh hilang bila-bila masa saja? Halimunan? Best jugak ada kuasa ni... Setiap kali ada orang buat jahat, Moon halimunankan diri. Lepas tu, Moon kenakan orang jahat tu pulak. Sampai orang jahat tu kena tangkap dengan polis. Tapi... buatnya Moon tak boleh menjelma semula, kes niaya jadinya. Seumur hidup jadi halimunan boleh merana, beb. Moon tak boleh bawa kereta. Nanti orang fikir hantu yang bawa kereta. Semua orang lari ketakutan pulak. Wahakakaka...

Adoyai... payahnya nak jadi superhero! Tapi kenapa banyak karakter superhero yang diwujudkan? Jadi hero perkara biasa. Tapi jadi superhero, kena betul-betul 'super'. Apatah lagi diadaptasi dalam bentuk penulisan. Cabaran besar tu. Hendak menyifatkan kriteria-kriteria superhero satu perkara yang penuh onak dan duri bagi Moon. Ini serius!

Bermula pada saat ini, hinggalah 10 tahun akan datang, Moon rasa belum mampu lagi nak mencipta watak superhero dalam novel Moon. Terpulanglah orang nak kata Moon tak ada bakat. Moon tak kisah. Sebab Moon takkan buat sesuatu yang membuatkan orang ketawakan Moon 'super super punya gelak'. Buat-buat faham dahlah ek? Hahaha...

Monday, March 16, 2009

... sEsuaTu yAnG Tak diSanGka...

Moon dah ada 1 hobi baru sekarang ni. Bila nak buat new post, suka letak tajuk yang entah apa-apa entah. Tak ada kena-mengena dengan story langsung. Harap-harap hobi ni sekejap aje.

Sebenarnya, Moon sudah 'dikerjakan'. Wahahaha... Asalnya, Moon suka menggelakkan orang sampai tak hengat. Inilah natijahnya. Kena taglah, beb. So,
Lolipop yang nakal... inilah hasil pertapaan tu.

5 Yang Paling Spesel - Orang Yg Masih Bernyawa:
--> Si penyawa yang Moon panggil mak. Termasuklah mak long, mak ngah, mak andak, mak cik, bla... bla... bla...
--> Seluruh ahli keluarga.

--> Saudara-mara sama ada yang dekat atau yang jauh. Yang bau-bau tengik pun masuk dalam carta sekali. Wakakaka...

--> Kawan-kawan sahabat handai, old or new one also in this group.
--> Orang yang dipanggil 'D.E.A.R'. Ehem, ehem... =)

** Moon tak boleh tulis nama yang tertentu aje. Kang ada pulak yang kecik hati. Pendek kata, Moon sayang semua orang yang Moon kenal. Semuanya spesel gitu...

5 Yang Paling Spesel - Makhluk Bernyawa Bukan Orang:
--> Ipin (Sawan)
--> Panda
--> JC
--> Culang

--> Cabu

** Nama yang tersenarai kat atas ni semuanya kucing yang duduk dengan bahagia kat kampung Banting. Ada lagi 2 yang Moon tak tulis lagi. Itam dengan Kecik. Dua makhluk ni agak penyombong. Tu yang tak termasuk dalam 5 yang paling spesel. Moralnya, sifat sombong membahayakan diri sendiri. Nasiblah...


5 Yang Paling Spesel - Harta Benda Yg Memang Tak Bernyawa:
--> Handbag. Nak ke mana-mana kena bawa benda ni. Benda nilah tempat menyumbat segala macam spesis. Wakakakaka...

--> Handphone. Kalau tak ada benda ni, memang melopong jadinya.
--> Kunci rumah. Walaupun rupa benda ni cam hodoh sikit, tapi kalau dia tak ada, boleh meraung wei...
--> Kunci kereta. Antara sebab benda ni spesel, dia hanya ada 2 bunyi yang berbeza. Spesel kan? Lalala...
--> Duit. Tak kisahlah berapa pun nilainya, dia tetap paling spesel. Biasanya kalau yang besi tu jatuh, tak berapa dengar. Tapi kalau yang kaler hijau kebiru-biruan tu, tak jatuh pun boleh dengar. Hah... sebab dia spesel sangatlah tu! Hihihi...


5 Yang Paling Spesel - Ape2 Yg Jadi Nyawa Anda:
--> Nyawa-nyawa ikan.
--> Selagi nyawa dikandung badan.
--> Nyawa di hujung tanduk.

--> Menggadai nyawa.
--> Insurans nyawa.

** Wakakakaka... masalahnya, maksud perkataan 'NYAWA' pun Moon tak tahu. Tu yang main hentam je ni.

5 Yang Paling Spesel - Penjawab Tag Nyawa Yg Seterusnya:
--> Huda. Saje nak bagi dia rasa hepi. Tak nak bagi dia sedih-sedih ingatkan cik abang yang jauh.
--> Liza Wati. Budak ni dah lama betul tak update blog. Katanya, tak tahu nak tulis apa. Hah, ni dah kena tag, kuranglah sawang kat blog dia tu. Wahahaha...
--> Rania Firdaus. Tahu dia sibuk giler sekarang ni. Nak bagi dia lagi sibuk. Huhuhu...
--> Molly Danny. Kakak ni dah pergi ESQ. Kursus pemutihan jiwa gitu. Jadi, boleh kita selami apa yang ada dalam hati dia sekarang ni. Kongsi ilmu...

--> Azah Khalida. Nak bagi post kat blog kakak ni bertambah 1 lagi. Hehe...


** Senarai nama kat atas ni memang best! Kira insan yang terpilihlah... Selamat berjuang!

Sunday, March 8, 2009

...gEgaraN miNda...

Tajuk kali ni Moon pilih memang saja nak kasi meletop. Entahlah... sejak akhir-akhir ni Moon rasa dalam otak ni macam ada satu yang kembang kecut. Nak diluah, jadi bahan perdebatan yang paling hebat pulak nanti. So, Moon biarkan otak tu terus berleluasa mengawal minda.

Moon masih ingat nasihat arwah abah. Arwah abah pernah kata; salahkan diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Masa Moon kecil, arwah asyik cakap hal ni kat abang-abang dan kakak-kakak Moon. Bila Moon besar, turn Moon pulak dengar benda tu. Sungguh.... nasihat arwah abah tu sangat berguna. Dan arwah selalu ulang nasihat tu berkali-kali mungkin kerana dia nak anak-anaknya ni ambil benda tu melekat dalam kepala sampai mati.


Insya-ALLAH... Moon cuba praktikkan apa yang arwah pesan tu. Kalau berlaku sesuatu perkara yang tidak baik, mula-mula memang Moon berangin. Tetapi lepas tu Moon akan fikir; apa salah yang aku dah buat? Mungkin aku begini, begini... maka akan jadi begitu dan begitu. Sepatutnya aku sedemikian. Barulah jadi yang demikian. Secara tak langsung, Moon memperbaiki diri. Sekurang-kurangnya, Moon tak buat kesilapan yang sama untuk kali kedua.

Tapi Moon pelik. Ada orang yang suka sangat menyalahkan orang lain. Orang lain aje yang jadi sebab kenapa jadi begitu dan begini. Susahlah nak cakap dengan orang macam ni... Ditambah pula dengan sikap buruk sangka yang dah jadi bahan utama dalam diri. Kalau ada apa-apa yang berlaku, sesuka hati membuat kesimpulan yang bukan-bukan. Moon pernah nak nasihatkan. Bila mengenang kawan sendiri dan faham sangat perangainya yang 'cepat ribut', diamkan ajelah... Doa-doakanlah dia sedar suatu hari nanti.

Kadang-kadang kepala Moon makin pening bila sifat tidak reti bersyukur di kalangan mereka terserlah. Rezeki yang sedikit diungkit-ungkit. Menyalahkan orang itu dan orang ini sesuka hati. Disertakan sekali perangai buruk sangka yang macam-macam... Moon tak tahulah nak nak cakap macam mana.

Rezeki itu datang daripada usaha dan keizinan ALLAH. Jadi, perlu ke menyalahkan orang lain atas sebab tu? Kalau ALLAH dah kata nak beri rezeki setakat itu, apa yang perlu kita sebut? Sebut 'alhamdulillah...'. Bukan maki seranah yang membusukkan mulut dan hati sendiri. Kalau rezeki kita sikit, kita sendirilah yang kena berusaha lebih dan lebih lagi. ALLAH akan pandang orang yang berusaha lebih. Dan rezeki yang kita dapat tu insya-ALLAH diberkati.

Sempena kelahiran Nabi Muhammad saw pada 090309, Moon doakan kita semua mula belajar bagaimana nak mencontohi sifat dan sikap Rasulullah yang sangat mulia. Sambutan yang gilang-gemilang dengan perarakan itu tidak berguna jika perangai kita ni hampeh. Jadi, nasihat Moon untuk kita sama-sama amalkan sepanjang hayat... jangan suka menyalahkan orang lain, jangan suka berburuk sangka dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Oh, ya... kepada sesiapa yang lahir pada hari ini, 080309... Moon ucapkan semoga dirahmati ALLAH, dimurahkan rezeki dan berbahagia di dunia dan akhirat hendaknya. Amin...