About Me

Thursday, May 26, 2016

...beli novel TUNANG TAK GUNA murah giler...

siapa nak novel TUNANG TAK GUNA..?
kalau nak boleh beli kat sini: 


tengah jual murah nau nau nau ni..!! 
harga asal RM32.
tapi demi pembaca semua ada diskaun jadi RM22.40 je.
postage untuk semenanjung RM7.50.
total RM29.90 je uols...!!
postage untuk sabah sarawak RM12.00
total RM34.40. 
serius la murah camni...?
waaahhhh....!!

so sebelum dia jual harga asal, order sekarannngg...!!
atau whatsapp ke 011-29061240. 
order sekaraaannngg...!!

~end~

...bebas dari RESDUNG...

giler giler giler hepi bila dapat tolong orang.
hepi sesangat bila dapat mesej camni.


dalam masa 2 hari dia kata resdung dah mula baik.
hidung kering tak selesema lagi.
dah tak bersin-bersin lagi.
bila resdung dia dah baik, jerawat dia pun mula berkurang.
sikit demi sikit mengecut.

saya suruh dia terus amalkan spray tu.
insya Allah jerawat semua takkan keluar lagi.
boleh la beraya dengan yakin tak lama lagi.
kaaann..?
masalah resdung dah tak ada hati pun senang.

so sesiapa yang nak order boleh la whatsapp ke 0163710787.
1 set spray tu RM35 je.
free postage.
kbai.

~end~

Tuesday, May 24, 2016

...dapat novel PERCUMA...

6 buah novel tunang tak guna PERCUMA dah ada pemiliknya. 
tahniaahhh...!! 


kepada semua yang berusaha tak jemu jemu komen sejak semalam lagi saya ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga. 
terima kasih sebab support saya.
yang tak ada rezeki nak dapatkan novel ni percuma boleh dapatkan di jualan gudang karangkraf 26 mei - 2 jun nanti. 
atau dapatkan di kedai-kedai buku bulan jun nanti.

macam biasalah... jualan gudang tu diadakan kat pekarangan kompleks karangkraf seksyen 15, shah alam.
harga memang berbaloi-baloi murah berkrim.
ehehehehee...
insya Allah saya pun ada kat sana nanti.
info pasal jualan gudang karangkraf boleh refer poster ni:


anyway.. terima kasih semua. 
muah ciked. 

~end~

Monday, May 23, 2016

...nak novel TUNANG TAK GUNA free?...

tadaa..!! 


comey tak cover novel tunang tak guna ni..? 
ngee..

novel ke 8 saya ni bakal terbit tak lama lagi.
insya Allah...
so dengan sukacita saya nak bagi 6 novel ni FREE..!!

CARANYA: pergi stalk facebook saya
sekarannnggg....!!!
sebab saya akan close bila bila masa.
anytime...!!

apa apa pun sila la baca sinopsis novel ni dulu.
herherrherr...

SINOPSIS NOVEL TUNANG TAK GUNA:
Shila bertunang dengan Ezzat. Mereka suka sama suka.

Si Shila ni perangainya pelik sikit. Cepat menggelabah. Kalut tak tentu pasal. Kuat melatah. Lurus bendul. Tapi baik hati.

Ezzat ni pulak kononnya cinta sepenuh hati pada Shila. Namun pada hari mereka bakal disatukan, Ezzat lari dari kampung! Tak tahulah sebab apa. Sakit otak agaknya. Tak guna!

Shila punyalah kecewa... menangis tak berhenti. Dahlah satu keluarga dapat malu. Menanggung hutang lagi. Kena kutuk pulak tu. Siapa yang tak sedih?

Tanpa disangka, rumah Shila terbakar. Semua tak dapat diselamatkan. Berita duka itu sampai ke pengetahuan Ezzat. Menyesal tak sudah Ezzat dibuatnya. Walau dah bertahun-tahun, dia masih menyesal tinggalkan Shila.

Ditakdirkan dia jumpa gadis berwajah seiras Shila. Tapi gadis tu bergaya. Perangai pulak garang gila. Muka Ezzat selamba dia lempang. Padan muka Ezzat! Barulah bertemu buku dengan ruas. Ezzat panggil gadis tu awek rimau.

Hmm... apa yang terjadi antara Ezzat dengan awek rimau agaknya?

*-*-*-*-*-*

kalau nak baca secara online boleh klik sini.
anyway gud luck everyone.
moga dapat novel ni sebagai hadiah daripada saya.
aminn...

~end~

Tuesday, May 17, 2016

...say no to JERAWAT...

okey la okey la.. 
saya tak nak berahsia lagi.
sesiapa yang pernah kenal saya dulu mesti tahu saya ada masalah kulit. 
jerawat bersepah sana sini. 
kulit pun kusam je rasa. 
sebab kulit saya jenis sensitif sangat. 
tak boleh guna bahan yang ada chemical.
nak tahu saya guna apa..?
tadaaa...

no filter okey..?
saya guna set beauty spray cherry cares ni. 
free chemical. 
alhamdulillah saya dah tak risau dengan masalah kulit. 
lagi lagi bila cuaca panas. 
masa tu la jerawat berlumba lumba nak tumbuh. 
sekarang dah takde lagi masalah jerawat semua walaupun cuaca panas gedegang.
jerawat tak berani nak tumbuh. 
hepi giler kot! 

untuk yang ada masalah resdung memang highly recommended guna cherry cares ni. 
RM35 je untuk set 2 botol ni. 
free postage.
whatsapp 016-3710787 untuk order.
cara macam mana nak guna nanti diberitahu lebih details.
whatsapp je nombor tu.
jangan biar masalah makin berlarutan sebelum terlambat. 
dah la tak lama lagi nak raya. 
kannn...? 

~end~

Wednesday, May 11, 2016

...ini TUNANG saya. lol...

buat pertama kali saya nak kenalkan dengan tunang saya.
tunang tak guna.
haihhh... siapa tunang tak guna tu..?
tumbok nak tumbok..?
lol

bengong betul yang jadi tunang tak guna tu.
huhuu...



acah acah kacak. lol

so sesiapa yang nak baca Tunang Tak Guna boleh la klik sini.
novel ni bakal terbit JUN 2016 nanti.
doakan taw.

~end~

Thursday, May 5, 2016

... nak jadi NOVELIS part 6...

nak jadi novelis..?

ini STEP KEENAM: DUIT. 

step terakhir yang melengkapkan langkah demi langkah persediaan untuk menghasilkan sesebuah manuskrip.

apa saja yang kita hadapi dalam dunia ni, guna la 'DUIT' untuk selesaikannya.
bukan duit wang harta.. tapi D.U.I.T. 

  • D = DOA (mohon dikurniakan idea yang bernas, kesihatan yang baik supaya boleh menulis, dimurahkan rezeki yang berkat & macam-macam lagi yang diinginkan)
  • U = USAHA (buat rangka manuskrip, rajin membaca, suka mengkaji)
  • I = IKHTIAR (buat manuskrip sungguh-sungguh, attend bengkel penulisan untuk asah lagi bakat, tak malu tuntut ilmu dengan sesiapa saja)
  • T = TAWAKAL (berserah dan percaya dengan sepenuh hati pada Tuhan. soal rezeki hanya Dia yang lebih mengerti apa yang terbaik untuk kita. yang penting jangan berhenti berdoa)

saya share beberapa doa yang boleh diamalkan.

baca doa ni setiap pagi. lepas solat subuh baca ni. mudah-mudahan setiap hari bermula dari pagi hingga ke malam kita diberkati Allah.

sifat malas ni kalau dah merasuk dalam badan, satu benda yang kita dah plan takkan jadi punya. sifat ni la yang menjahanamkan kita. setan pulak suka orang yang pemalas. so baca doa ni banyak kali. insya Allah...

ada masa kita rasa tertekan. ada masa berlaku writer's block. ada kala rasa letih tak cukup masa. ingat la.. kita ada Allah. berdoa la pada-Nya. 

pernah tak rasa dugaan dan cabaran yang ada kala buat kita give up..? dah berbulan-bulan siapkan manuskrip, tetiba komputer jam! manuskrip dah siap tapi hilang dari komputer! semua ni di luar jangkaan. mohon la supaya Allah memudahkan urusan kita. Allah akan detikkan dalam hati kita lakukan sesuatu yang dapat mengelakkan masalah. insya Allah...

maka setelah siap manuskrip, hantar la ke mana-mana syarikat penerbitan dengan berlapang dada.
jika manuskrip tu kena reject, jangan patah semangat.
terima kritikan dan komen dengan hati terbuka.
kaji manuskrip tu dan cari kesilapan yang boleh diperbaiki.
belajar dan belajar lagi mengasah bakat.

dan jika manuskrip tu diterima untuk diterbitkan, jangan lupa ucap alhamdulillah.
teruskan belajar lagi untuk memantapkan manuskrip lain pulak.

sebenarnya banyak lagi yang saya nak kongsikan.
sebab bukan semuanya teori.
kena buat personal coaching yang memerlukan praktikal.
kalau ada yang nak panggil saya untuk bengkel penulisan, insya Allah saya akan pergi.
boleh emel saya di: murni.aqila@gmail.com

~end~

baca STEP PERTAMA klik sini.
baca STEP KEDUA klik sini.
baca STEP KETIGA klik sini.
baca STEP KEEMPAT klik sini.
baca STEP KELIMA klik sini.