About Me

Friday, May 26, 2017

...salam ramadhan 1438/2017...



insya Allah kita dipertemukan dengan bulan ramadhan sekali lagi. 

maka dengan rendah diri saya mohon ampun dan maaf atas segala kekurangan, kesalahan dan kesilapan saya selama ini. 

saya manusia yang tak pernah sempurna. 
maafkan saya.

moga tiada lagi rasa benci, dendam, marah dan sakit hati. 
moga jiwa kita bersih dari noda, dapat beribadah dengan tenang dan tiada yang menghalang ibadah kita diterima Allah.

selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat menjalani ibadah.

salam sayang. 

~end~

Wednesday, May 17, 2017

...top 10 bestseller PBAKL 2017...

PBAKL 2017 berakhir dengan menyimpan seribu kenangan manis.
lebih manis lagi bila carta top 10 novel bestseller karangkraf dah keluar!
carta ni untuk novel alaf 21 dan buku prima yang bernaung di bawah label grup buku karangkraf.
jom kita tengok.


top 10 novel best seller PBAKL 2017

1. anding ayangan - ramlee awang murshid
2. kerana kasih - aisya sofea
3. isteri acah-acah - murni aqila
4. kakak kemboja - naim tamdjis
5. imaginasi - ramlee awang murshid
6. projek seram kolej - fazrin fauzi/zyra safiya/jessy mojuru
7. mannequin - illya abdullah
8. projek seram pokok - ebriza aminnudin/aziah zainal/syasya bellyna
9. jangan biar dia masuk II - anuar darwisy
10. raudhah - ramlee awang murshid

alhamdulillah syukur pada Mu ya Allah...
novel saya isteri acah-acah top 3 novel terlaris di PBAKL.
terkejut jugak mula-mula.
kita tahu sekarang ni trend novel thriller misteri seram menguasai pasaran.
tapi rupa-rupanya novel cinta pun masih lagi ada sambutan.
asalkan kita sungguh-sungguh buat yang terbaik, insya Allah rezeki tetap ada.

terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong saya.
terima kasih banyak-banyak.
tanpa anda semua siapa la saya.

dan tahniah kepada semua rakan novelis.
moga novel-novel kita semua laku keras terlajak laris.
kita usaha, kita dapat.
insya Allah...

so kalau nak baca novel isteri acah-acah boleh klik sini.
nak beli online klik sini.
atau boleh whatsapp ke 019-2297227.

~end~

Monday, May 8, 2017

...suasana di PBAKL part 2...

hujung minggu kembali meriah apabila sekali lagi saya dapat turun ke PWTC.
demi menghabiskan hari-hari terakhir PBAKL.

pada 6 Mei diadakan pelancaran novel genre cinta & romantik alaf 21. 
juga diadakan pelancaran drama adaptasi gaduh-gaduh sayang.
dengan tema merah, memang meriah rasanya. 
jomlah kita layan gambar-gambar yang ada.




majlis pelancaran bersama antara novelis yang dapat hadir, beberapa pelakon/pengarah drama adaptasi gaduh-gaduh sayang & bos karangkraf.





ketua editor bersama novelis-novelis alaf 21. 








editor alaf 21 - saya - pelakon hebat kakak fazlina ahmad daud. 

ustaz shamsul debat




ni isteri acah-acah. kah kah! 
alhamdulillah selesai sudah PBAKL 2017.
banyak kenangan manis.
seronok dapat meluangkan masa bertemu pembaca semua.
dan ini ucapan saya untuk anda semua yang datang ke PBAKL dan beli novel-novel saya.




insya Allah kita berjumpa lagi.
harap tahun 2018 PBAKL masih dibuat di PWTC. 

~end~

Friday, May 5, 2017

...bestseller ALAF 21...



carta bestseller PBAKL untuk novel-novel terbitan Alaf 21 dah keluar.
ni carta setakat 28 April hingga 1 Mei saja ye.
syok tengok bila novel Isteri Acah-Acah menduduki tangga ke 3.
hehehee...

terima kasih kepada semua yang sudi beli novel saya ni.
terima kasih banyak-banyak.

dan tahniah untuk semua novelis.
moga novel kita semua laku keras terlajak laris.
aminn...

yang belum beli novel Isteri Acah-Acah boleh dapatkan di PBAKL.
cari dewan tun dr. ismail PWTC.
nak baca online boleh klik sini: http://www.portalilham.my/karya/Novel/Komedi-Romantik-Komedi/z8e90pjzDi0/ISTERI-ACAH-ACAH

~end~

...promo ISTERI ACAH-ACAH di sinar harian...



Muka saya keluar Sinar Harian lagi!
Kali ni sebab promosi novel terbaru saya Isteri Acah-Acah.
Ni Sinar Harian terbitan 29 April 2017.

Caption gambar: Murni Aqila menunjukkan novel terbaru yang dijual di gerai Karangkraf di PBAKL17.
Abaikan pipi saya yang macam longgokan kuih pau tu.
Kah kah!

nak baca novel ni sila klik sini: http://www.portalilham.my/karya/Novel/Komedi-Romantik-Komedi/z8e90pjzDi0/ISTERI-ACAH-ACAH

~end~

...suasana di PBAKL part 1...

PBAKL sudah pun bermula sejak 28 April yang lalu.

Saya berada di sana bermula pada hari pertama iaitu Jumaat, Sabtu, Ahad dan juga Isnin.
Sepanjang 4 hari berada di sana, apa yang saya boleh katakan PBAKL kali ini tak semeriah 2 tahun lalu.
PBAKL tahun lepas tak boleh dibandingkan sebab dibuat di MAEPS Serdang.
Mungkin kerana cuti panjang sehingga hari Isnin membuatkan ramai yang ambil peluang bercuti atau pulang ke kampung.

Tapi walau macam mana pun, orang tetap ramai. 
Ramai juga yang membeli novel terbaru saya Isteri Acah-Acah.
Sempat juga menyain autograf dan bergambar.
Terima kasih kepada semua yang beli novel-novel saya, yang datang dari jauh semata-mata nak jumpa saya, yang sudi bergambar dan sudi berkenalan dengan saya.
So saya abadikan kenangan tu semua di sini.
Ini antara gambar koleksi saya dan yang ditag di Facebook.






























Saya akan berada di PWTC 3 hari terakhir sebelum PBAKL melabuhkan tirai.
Iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.
Nak beli novel-novel saya boleh la datang ke Dewan Tun Dr. Ismail.
Saya tunggu kat sana.

~end~