About Me

Thursday, December 31, 2015

...manuskrip novel ke 8...

ohh.. dunia..!! lihat laa...

manuskrip novel ke 8 saya dah persembahkan kepada editor.
moga editor terima utk diterbitkan tahun 2016 tanpa waswas.
tolong doakan ek..?
ek..?
ek..?
(^____^)



disebabkan gigih nak siapkan manuskrip ni la saya tak sempat nak update blog sejak akhir-akhir ni.
huhuhuu....

anyway hari ni hari terakhir tahun 2015.
tahun ni la yang saya rasa paling banyak dugaan.
tahun ni la saya kerap sakit sampai admitted hospital.
moga kesabaran saya terima dugaan ni Allah swt balas dengan ganjaran pahala. 
aminn...

apa pun yang berlaku sepanjang tahun 2015, tak kira sama ada kenangan manis, pahit, suka, duka.... moga dijadikan pengajaran, pengalaman, sempadan, pengetahuan.
supaya kita makin matang untuk menghadapi tahun 2016.
insya-Allah...

~end~

Monday, December 7, 2015

...carta BESTSELLER...


novel GILA TAK RINDU antara top 20 bestseller masa jualan gudang karangkraf aritu. alhamdulillah..

walaupun hari ke 2 terakhir novel tu abes licin takde stok lagi kat stor, ada jugak harapan tersenarai jadi bestseller. 
tengkiu bebanyak pada yang sudi beli novel tu. 
tacing taw. tapi hepiiiii sangat. 
herherrr..

congratz jugak untuk semua novelis yang termasuk dalam senarai. 
moga kita sama sama berusaha lagi supaya novel kita laku yang paling keraaaass..!!

~end~

Tuesday, November 3, 2015

...apa dah jadi dengan JUALAN GUDANG KARANGKRAF?...

omg omg...!!!

seramai ramai umat kat jualan gudang karangkraf ni. 

saya tergamam sampai pening. 
tapi hepi la. 
novel saya kejap kejap abes. 
kejap kejap abes. 
yeay..!!

sape yang nak datang tu datang la cecepat. 
kalau tak nanti novel majalah semua abes. 
sebab semuanya murah.
RM1, RM3, RM5, RM10... selamba je harga dia.
memang patut la orang datang berduyun-duyun.
so datang la ke jualan gudang karangkraf tu selagi stok masih ada.
jualan ni sampai 8 november nanti. 

saya belanja gambar gambar sepanjang saya kat sana 3 hari. 
dari 30 okt - 1 nov. 
gambar saya ambil dari facebook alaf 21.
dan credit untuk mereka yang sudi bergambar dengan saya. 
saya tak sempat nak amek gambar dengan handphone sendiri.
huhuhuu....
kalau ada lagi yang tag saya kat FB atau kat IG nanti saya update & upload lagi gambar-gambar tu.

giant poster jualan gudang karangkraf. 1 shah alam boleh nampak rasanya ni.

suasana dalam marquee tent. 

di khemah untuk semua buku & majalah yang berharga RM1. sesak!

tengok! penuh berbakul-bakul yang memborong. murah kot!

suasana kat kaunter bayaran. walaupun sesak beratur tapi casher sangat banyak & pantas. 
 .
semua tenang takde gaduh-gaduh walaupun sangat padat.

penulis A. Darwisy

tergamam sebab ramai giler yang datang. herherr...

puteri novella bergambar dengan novelis-novelis yang turun padang. dari kiri Ayu Emelda, Durrah Fatiha & saya. 

~ haziana ana ~

~ kak masrina musa ~

novelis yang turun padang: batiah hadi, aida adia, nurina feeza, fida rohani & a.darwisy


~ puteri novella ~

~ liya ahmad fuad ~

~ qaseh aryana sofya ~

~ kak nor asmah jaafar ~

~ anak kak ayang azian haji basri ~

editor yang somel: mazuen yahaya

lepaskan penat jap kat booth buku pojok sebelum balik. lol

saya akan ada lagi kat sana pada 6 - 8 november.
jangan lupa beli novel saya taw.
tengkiu3....


~end~


Thursday, October 29, 2015

...novel & majalah RM1 je...


novel saya ada 7 je. 
ni nak tanya ni. 
dah ada semua ke novel-novel saya..? 
yang tak cukup lagi koleksi tu... boleh la beli kat Jualan Gudang Karangkraf. 
bermula 30 OCT sampai 8 NOV 2015. 

serius harga semua buku & majalah murah namampuh..!! 
takkan dapat harga camni murah kat tempat lain.
serendah RM1 okey! 
so datang la kat SEKSYEN 15 SHAH ALAM yek..?

yang tanak beli novel saya tu... hati saya tacing ni. 
pai ati... pai ati...
sobb.. sobb.. sobb..

~end~

Thursday, October 15, 2015

...tol naik YEAHH...

arini 15 Oktober 2015 ari yang akan dikenang.
sebabnya arini la beberapa tol dinaikkan harga.
beberapa tol tu kedengaran cam tak banyak kan?
nah.... tengok la sendiri tol mana yang naik.
naik kaw kaw pulak tu!


terharu tengok kenaikan tol banyak sangat.
huhuhuu....
terima kasih PM yang sangat baik.
dia bagi BR1M (walau saya tak dapat pun).
dikenakan caj GST pulak.
dinaikan tol lagi.
harga minyak pun naik jugak.
caj penalty hilang IC pun sama naik.
hilang 3 kali kena denda RM1000. 
ringgit kita yang tinggi entah bila nak turun entah.
kes 1MDB tak selesai dah disuruh hentikan siasatan.
huhuhuu....

ni ada orang tulis status kat FB.
saya setuju bebeno apa yang dia tulis.


kaannn....?

~end~

Tuesday, October 13, 2015

...1 muharram DETIK PERMULAAN...

tahun 1436H dah sampai ke penghujung.
alhamdulillah... syukur sangat sangat.
esok kalendar beralih ke tahun 1437H pulak.
alhamdulillah... dapat merasa perubahan tahun demi tahun.

petang nanti lepas solat asar, kita disunatkan baca doa akhir tahun.
baca doa ni sebelum masuk waktu maghrib.
ni bacaan doanya:



lepas solat maghrib pulak, baca doa awal tahun.
doanya:



dan berazam la supaya tahun baru ni menambahkan lagi ketakwaan diri.
moga lebih banyak amalan sunat yang dilakukan disamping tak tinggalkan amalan yang diwajibkan Allah.
aminnn....

1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman

~end~

Monday, October 12, 2015

...jualan gudang akhir tahun KARANGKRAF...


jualan gudang karangkraf datang lagi....!!

ya Allah... seronoknya.

ingat lagi masa jualan gudang karangkraf pertengahan tahun.
buku & majalah yang harga RM1 tu bannnnnyaaaakkk giler kot..!
bukan setakat yang lama-lama, yang baru-baru pun ada yang harga RM1.
duhhh..... geram je tengok.
rasa macam nak beli semua.

so jangan lupa!
30 OKTOBER sampai 8 NOVEMBER 2015.
save the date. 
cuma nasihat saya elakkan datang hari-hari yang last.
konon nak dapat lagi harga diskaun yang tak masuk akal.
nope!
harga diskaun sama je. 
kang tak pasal-pasal buku & majalah dah tak banyak yang tinggal.
nyesal tak sudah pulak nanti.
herherrr....

insya Allah saya akan ada kat sana kalau nak jumpa.
saya ada pada 30 okt, 31 okt, 1 nov, 6 nov, 7 nov & 8 nov.
kiranya cuma hari jumaat, sabtu, ahad - jumaat, sabtu, ahad.

selain nak membeli-belah ada macam-macam aktiviti, barangan eksklusif dan hadiah untuk dimenangi.
so datang taw! 
kat Pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.
datang jangan tak datang!

ni saya belanja poster novel-novel alaf 21 sepanjang JANUARI - NOVEMBER 2015.
boleh la nak semak novel untuk tahun ni yang belum dibeli.
kalau tak nampak sinopsis novel, boleh klik kat gambar dan zoom.

(^____^)














~end~

Friday, October 9, 2015

...novelis di UniKL...



sempena pesta konvokesyen MFI-UniKL ni, 6 orang novelis Alaf 21 pun turun padang.
* fida rohani
* laila kamilia
* herna diana
* hezzy azra
* azilah wahab
* weeda airiza

bermula 8 OKT sehingga 10 OKT 2015.
iaitu hari khamis sampai hari sabtu.

biasa kalau konvo bagi bunga kan?
tu dah mainstream la. biasa sangat.
cuba cara yang rare.
bagi hadiah novel pulak la.
mesti akan dikenang sampai bila-bila.

so semua yang ada kat UniKL, bangi dan yang berdekatan, boleh la datang dapatkan novel-novel yang dijual kat sana.
novel semua murah-murah.
boleh dapat autograf novelis. 
nak bergambar dengan novelis pun boleh.

datang jangan tak datang...!!

~end~

Tuesday, October 6, 2015

...bidadari hati farhan NOVEL PLAGIAT...

PERHATIAN..!!

jangan beli novel ni.
novel bertajuk Bidadari Hati Farhan karya Fatimah Aznan.
novel ni terbitan BesQ.

novel plagiat. eiii.... tak malu ciplak novel orang!

kenapa saya tak bagi beli?
sebab novel dia ni novel plagiat! 
dia plagiat novel Lafazkan Cintamu karya Aida Adriani.

karya ori novel ori...

saya tak baca pun novel tu.
tapi ada orang lain dah baca.
dia kata 90% sama dengan novel asal.

tergamaknya Fatimah Aznan ciplak novel orang lain.
mungkin dia ingat novel asal yang dah terbit tahun 2006 orang dah tak ingat.
sebab tu dia berani tiru bulat bulat.
dialog, naratif semua sebijik!
cuma nama watak dengan lokasi je yang dia tukar.

tu apa namanya tu?
pencuri la tu!
dia buat macam dia sendiri punya idea.
lepas tu senang-senang dapat duit.

so please.... jangan beli novel dia tu.
kalau nak dakwa saya atas akta hasutan pun dakwa la.
jenayah plagiat ni lagi berat tau!
sebelum ada lagi novelis lain yang dianiaya, kita boikot la benda-benda plagiat ni.

penerbit Alaf 21 dalam usaha nak saman penerbit dengan penulis plagiat tu.
tunggu je la Fatimah Aznan nasib awak nanti.
berani buat berani la tanggung.
yer ke idok..?

~end~

Monday, October 5, 2015

...bowling tournament...

nak main boling dengan saya tak..?

* saya tak pilih yg terror main boling je.
* saya tak pilih yg hensem atau cun.
* saya tak pilih yg kaya berharta.

ewahh.... 

cam cari calon apa la pulak. 
huhuhuu..

wokeh..! 

sesape yang nak main boling.. bukan dengan saya je. 
dengan ramai lagi novelis alaf 21. 
boleh la daftarkan diri dengan novelis Hezzy Azra
pasal bayaran pulak boleh berurusan dgn novelis Herna Diana.

untuk info lanjut boleh baca poster ni. 
poster pasal tournament boling ni dah lengkap dah.


so daftar cecepat taw! 
sebab selain novelis, ada artis yang join main boling sekali. 
dah la hensem. 
popular pulak tu!
oopss..!! terlebih sudah. 
herherr.... 

nak tau siapa? 
nanti saya update lagi.

~end~

#novelis #novelisalaf21 #alaf21 #kelabalaf21 #tournamentbowling #bowlingtournament #putrajaya 

Tuesday, September 22, 2015

...superhero GARBAGEMAN...

dalam kelas di sebuah sekolah rendah. 
cikgu suruh murid-murid lukis gambar super hero pujaan. 
habis kelas semua hantar.

cikgu tanda markah.
superman : 8/10
spiderman : 7/10
magnetman : 7/10
garbageman: ???

"dalam banyak-banyak super hero dia nak jadi garbageman dah kenapa? main-main..!!" cikgu rasa marah.

cikgu cari murid yang nak jadi garbageman tu. 
tak jumpa. 
dia jumpa kawan sekelas budak tu.

"dia dah balik, cikgu. dia pergi satu tempat."
"dia pergi mana?" cikgu hairan.

lalu terbongkar la rahsia.

budak yang nak jadi garbageman tu setiap hari lepas habis kelas terus jumpa mak dia. 
mak dia kerja tukang sapu sampah. 
dia akan tolong mak dia. 
bila cepat siap, boleh la mak dia balik rumah cepat-cepat. 
dia kesian kat mak dia. 
mak dia pernah kena langgar kereta masa tengah sapu sampah sampai kena operate lutut.

dia bercita-cita nak cipta alat yang dapat bantu mak dia buat kerja dengan cepat. 
dia jugak nak cipta alat yang buat mak dia selamat masa menyapu sampah. 
sebab tu dia nak jadi garbageman.

cikgu sebak dan bangga dengan murid yang berhati mulia tu. 
terus dia bagi markah 10/10.

saya: nanges.

~end~

Thursday, September 17, 2015

...acah-acah baju MERAH...

nak tahu tak?

orang melayu ni tak boleh tengok bangsa sendiri berjaya.
dibomohkan - disantau - disailang - didengki - difitnah.

orang melayu jugak la yang bila kaya sikit dah sibuk beli kereta besar, rumah besar, berlagak besar, tambah bini... pastu melingkup.

dan sekarang ada hati nak salahkan bangsa lain.
siap buat perhimpunan baju merah.
acah-acah mempertahankan maruah melayu katanya.
maki-maki bangsa lain.

nak salahkan bangsa lain 100% tak boleh jugak der. 
kena tengok orang melayu tu sendiri macam mana pulak. 
kenapa cina kaya? 
sebab rajin. 
kenapa melayu miskin? 
sebab kurang rajin. 

melayu dengan cina mana yang lagi ramai hisap dadah? 
sendiri jawab.
melayu dengan cina mana yang lagi suka melepak berpoya-poya merempit?
jawab la sendiri.

so nak racist jugak ke? 
nak salahkan bangsa lain ke?
nak banggakan sangat bangsa sendiri ke?

setiap bangsa ada baik dan jahatnya. 
tak payah la nak sebut-sebut tentang bangsa lain kalau bangsa sendiri ke laut.
Tuhan jadikan pelbagai bangsa supaya kita berkenalan.
mana yang baik dari sesuatu kaum dan bangsa kita ambil jadikan pengajaran.
so masih nak racist lagi ke gais..?

*sekadar secebis pandangan.*

~end~

Tuesday, September 15, 2015

... pelik tak?...

pelik tak?
nak derma RM50 rasa banyak sangat.
tapi
nak shopping RM50 rasa sikit pulak.


pelik tak?
nak sedekah punya la susah.
tapi
nak membazir rasa senang je.


pelik tak?
nak belanja keluarga berkira-kira.
tapi
untuk diri sendiri tak cukup-cukup.

pelik tak?
makin kaya
tapi
makin kedekut.

pelik tak?
nak memberi mengungkit-ungkit.
dah memberi pun mengungkit-ungkit.

sebab...
itu tanda kufur nikmat.
balasannya...
Allah akan beri sepedih-pedih azab.

******

p/s:
ni untuk peringatan bersama.
untuk diri saya sendiri sebenarnya.
bukan nak tujukan pada sesiapa.
bukan nak perli sesiapa.
kalau semua benda nak menyindir orang, sampai bila-bila kita rasa diri sendiri je yang bagus.
susah kalau jadi orang yang rasa diri sendiri mulia ni.
tak elok perangai macam tu.
bukan orang je yang meluat, Allah pun benci.

tak salah kan saling mengingati?


~end~

Wednesday, September 9, 2015

...pray for SYRIA...

pergolakan di syria membuatkan rakyatnya lari mencari tempat tinggal di negara-negara jiran.
salah satunya negara hungary.
pelarian syria terpaksa ke sana demi kelangsungan hidup.

malangnya negara hungary tak terima pelarian syria ni.
ketika mereka melepasi sempadan negara itu, ramai polis hungary dah menunggu.
wartawan, photographer, videographer semua tunggu kat situ nak buat liputan.

sekumpulan pelarian syria tetap membolos ke sempadan.
polis hungary cuba nak tangkap mereka.
ketika kecoh-kecoh begitu, ada jurukamera perempuan sepak kaki seorang lelaki tua.
lelaki tua yang dukung budak-budak tu terjatuh.
sungguh keji perbuatan jurukamera tu.

dilaporkan dia dipecat dari syarikat tempat dia kerja.
sebab perbuatan dia tu dah melanggar etika kewartawanan.
malah memalukan!
sebak bila tengok lelaki tua yang jatuh tu.
tengok la video ni. 




rasa sedih mengenangkan umat Islam sekarang ni.
ada tanah air sendiri tapi terpaksa jadi pelarian.
tanah dirampas orang kafir.
dihalau diseksa dibunuh.
kisah seorang kanak-kanak ditemui mati di perairan turki masih tak dapat membuatkan dunia membantu rakyat syria.

jadi, apa lagi?
bagaimana lagi supaya pemimpin dunia terutama pemimpin negara islam nak buka mata?
lebih-lebih lagi negara jiran syria... benua arab.

moga Allah sentiasa memelihara hamba-hambaNya.
moga apa yang jadi ini ada hikmah.
aminn...

Tuesday, September 8, 2015

...harimau MALAYAng...

malam ni malaysia lawan lagi untuk kelayakan piala Asia.
ni perlawanan ke 4 malaysia dalam grup.
lawan dengan Arab Saudi.
3 perlawanan sebelum ni 2 kalah 1 seri.
kalah paling teruk hari tu lawan dengan UAE.
kalah 10 - 0 bak  hang...!!
huhuhuu....

terkejut ke malaysia kalah? 
tak terkejut la. 
saya akan terkejut kalau malaysia menang. 
herherr....

nasib baik kalah 10 - 0. 
kalau kalah 2.6B - 0 lagi la malu.
eh! apa la cakap gitu. 
tak baik taw.

saya tengok live streaming masa lawan dengan UAE hari tu. 
bola malu-malu pun boleh gol. 
goal keeper sampai 3 orang tukar. 
pertama kali dalam sejarah kot.
tiga-tiga keeper pun bolos jugak.
hadoyaaaiii....

coach punya alasan kalau kalah biasa la. 
asyik nak ber DOLLAH-DALIH je. 
dan sekarang dia dah letak jawatan.
FAM pulak acah-acah FAMfair (fun fair) punya pengurusan. 
kata presiden dia akan letak jawatan.
AKAN okey? belum letak jawatan lagi.
nak letak jawatan pun macam-macam pulak dia punya terma & syarat.
patutnya bukan setakat letak jawatan.
tapi kena rombak betul-betul rombak.
31 tahun mengurus tapi ranking dunia? menjunam-junam.

players pun poyo jugak. 
main macam tak ada roh.
control bola tak pandai.
asyik kena tackle je dengan pasukan lawan.
bola tak lekat kat kaki.
passing bola ke laut.
main long ball bodoh. 
don't play-play la players.
padan la kalah sampai 10 - 0.
tactical hancur..!!

mungkin ada yang kata kalah sebab main kat tempat lawan.
ok... kita tengok malam ni.
coach ong kim swee.
main kat stadium shah alam.
nampak macam ada harapan.
tapi kalau kalah jugak, salam takziah la untuk bola sepak malaysia.

kita layan video ni. 
sesuai untuk pasukan yang kalah.
bukan pada players je.
dengan coach, dengan semua yang ada dalam FAM termasuk presidennya memang patut kena cepuk bertubi-tubi.



~end~

Friday, September 4, 2015

...karnival usahawan desa KUD...


ok gais....

ni nak bagi tahu ni.
kat presint 3 putrajaya ada KUD.
Karnival Usahawan Dewa.
macam-macam booth ada.
dari 2 - 6 september 2015.

yang penting booth karangkraf pun ada.
banyak betul aktiviti kat situ.
happeninggg...!!
nak tahu aktiviti apa, siapa yang datang kat karnival tu... tengok la poster-poster kat bawah ni.
kalau tak nampak tulisan dia, klik je kat gambar.
membesar la gambar-gambar tu nanti.
so datang la ke karnival tu.
cari booth karangkraf.
siapa tak datang rugi teruk la dia.
huhuhuu....

dan saya pun ada jugak!
saya ada pada 5 september 2015 hari sabtu.
dari pukul 12.00 tengah hari sampai pukul 2.00 petang.
kalau sudi datang la. 
kalau sudi la. 
kalau laa...




ni poster sayaaaaa.....!!! ( ^_____^ )






~end~