About Me

Tuesday, July 31, 2012

...buka APA?...

Salam Ramadan untuk hari yang ke-11.
(^_^)v

Setiap kali Ramadan datang, Moon paling suka dengar lagu Man Bai featuring Raihan.
Dalam banyak-banyak lagu, lagu tu yang paling best ~ Harapan Ramadhan.

Apa yang best tentang Ramadan ni, pasal makanan waktu berbuka.
Masa Moon kecik-kecik dulu, makanan yang paling dikejar-kejarkan ialah ayam.
Nak-nak lagi kalau ayam golek, ayam goreng berempah..... semua jenis ayam nampak sedap la masa tu.
Lauk lain pandang sebelah mata je. Hehee.....
Padahal sebenarnya Moon lagi suka makan ikan daripada ayam.

Tapi yang peliknya, kalau bulan puasa je semua makanan nampak sedap. Kan?
Yang dijual kat bazar pulak macam-macam jenis makanan semua ada.
Yang tak pernah nampak sebelum ni pun ada jugak.

Masa zaman study kat UiTM, Moon buka apa je yang ada kat dining hall.
Kadang-kadang tu beli la jugak kat bazar apa yang patut.
Kadang-kadang buka kat luar dengan member.
Biasalah..... jadi student kena la bajet sikit.
Hahaha.....

Kalau air, Moon paling suka air kelapa.
Tapi kadang-kadang kalau pergi bazar, Moon suka cuba air yang nampak pelik.
Saja-saja nak merasa. 
Kalau sedap okey la. Kalau tak sedap, memang kena kutuk la. Huhuu.....

Moon ni jenis tak cerewet pasal makan.
Apa yang ada Moon makan je.
Kalau nak dibandingkan, Moon lagi suka masak sendiri daripada beli kat bazar.
Tapi sejak akhir-akhir ni Moon asyik nak buka makan sushi je.
Asyik terbayang-bayang rupa sushi yang sedang senyum menggoda. Hehehee.....
Bayangkan..... Moon buka minum air lepas tu makan sushi. Dah kenyang.
Pelik tak? 
Faktor usia ke perubahan Moon ni? 
Tak kot. Moon muda lagi la. Ahakss..... :P

Makan-makan jugak, tapi kesihatan kena jaga.
Kita akan jadi apa yang kita makan.
Contohnya kalau kita banyak makan seafood, kita akan mudah kena penyakit gout.
Kalau kita makan yang manis-manis, kita akan kena diabetes.
Kalau kita makan yang sejuk-sejuk atau ais, jaga-jaga la. 
Kita mungkin akan kena penyakit sendi.
Makan benda-benda bergoreng, boleh kena kolestrol.
Banyak makan ayam atau daging boleh kena kanser, darah tinggi, obesiti.....
Macam-macam lagi la.

Dalam hidup ni yang paling bernilai adalah kesihatan.
So..... kena la jaga diri dan jaga makan.
Bersederhana merupakan jalan terbaik untuk menghindari diri daripada penyakit.

Apa-apa pun, selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadah di bulan Ramadan.

~end~

Wednesday, July 11, 2012

...demi KAMU...

Moon dapat lagu baru yang best giler.
Boleh feeling-feeling sambil cari idea nak menulis novel. 
(^_^)v

Dengar intro pun Moon tahu ramai yang dah berlinangan air mata.
So kalau nak dengar lagu ni kena la menyorok belakang pintu kot.
Hahahaa.....

CINTA SETENGAH MATI - INDAH DEWI PERTIWI
Setiap hari ku bayangkan
Setengah mati ku korbankan
Apa pun akan ku lakukan
Demi kamu
Demi kamu

Setiap hari ku harapkan
Setengah mati ku korbankan
Apa pun akan ku berikan
Demi kamu
Demi kamu

Sya la la la lai
Sya la la la lai
Seribu kali ku mati ku rela untuk dirimu
 
Sya la la la lai
Sya la la la lai
Sekali pun ku takutkan kehilanganmu

Setiap hari ku bayangkan
Setengah mati ku korbankan
Apa pun akan ku lakukan
Demi kamu demi kamu

Sya la la la lai
Sya la la la lai
Seribu kali ku mati ku rela untuk dirimu
 
Sya la la la lai
Sya la la la lai
Sekali pun ku takutkan kehilanganmu

Setiap hari ku bayangkan
Setengah mati ku korbankan
Apa pun akan ku lakukan
Demi kamu
Demi kamu

-*-*-*-*-*-*-

Lirik lagu ni senang sangat nak faham.
Kisah seorang perempuan yang sanggup buat apa saja untuk orang yang dia sayang.
Orang perempuan kalau bab berkorban memang tak ada siapa boleh lawan.

Tapi bagi Moon kalau nak berkorban, biarlah berpada-pada.
Makin banyak kita berkorban bermakna makin banyak kita berharap.
Dan kalau apa yang kita harapkan tak jadi kenyataan, pasti kecewanya pun banyak jugak.

Pada mereka yang banyak berkorban dan terlalu berharap, bersedialah untuk kecewa.

~end~

Friday, July 6, 2012

...selangkah di HADAPAN...

Tak pernah terfikir pun sebelum ni.
Langsung tak pernah terfikir Moon akan ada website sendiri.
Tak percaya?
Klik link ni: website Moon.

Entah kenapa sejak akhir-akhir ni Moon banyak sangat idea.
Mula-mula Moon nak buat signature sendiri.
Liza, officemate Moon yang manis tu bagi idea dan tolong buatkan.
Moon pilih warna hijau dan hitam.
Favorite color Moon kan warna hijau.  Huhuu.....
Sebab tu Moon nak jugak warna tu.
Serius. Moon suka giler tahap makan aiskrim tengah gurun.
Hahahaa.....



Bermula dari situlah macam-macam idea datang.
Moon dapat idea nak ada jenama sendiri kat baju pulak.
Buat permulaan ni Moon nak jenama kat baju kurung.
Insya-Allah lepas ni mungkin tudung, jubah, blaus, skirt.....
Lepas tu Moon terfikir nak buat T-shirt untuk setiap cover novel Moon.
Dan Moon nak jual sendiri secara online.

Lepas tu dapat idea lagi.
Moon nak buat website sendiri!
Dalam website tu nanti Moon nak jual semua benda tu secara online.
Tapi bukan Moon yang buat la.
Abang Faiz yang buatkan. 
Dah tengok website tu kan?
Comel tak? Hehehee.....

Untuk merealisasikan impian Moon, Benji tolong buatkan label baju.
Daripada signature Moon, dia create design yang lebih sesuai untuk dibuat label.
Tapi masih ikut tema warna yang sama.
Yang ni pun Moon sangat-sangat-sangat-sangat-sangat suka.



Benji jugak tolong buatkan design T-shirt Moon. 
Siap berkolaberasi dengan Liza lagi.
So..... terhasil la T-shirt Sebutlah Namaku, Ucapkan Kau Rindu, Cinta Aku Seadanya dan Ingat Janji Kita. 
Hepi sangat tengok hasilnya.
















Bila dah ada baju kurung label nama sendiri, ada T-shirt cover novel sendiri..... Moon terfikir nak ada kedai sendiri pulak.
Kedai Moon ada kat Tesco Bukit Tinggi.
Bukan kedai sebenarnya, tapi macam stall. Stall tu kat luar bangunan Tesco.
It's okay..... tak salah bermula dari bawah kan?
Tapi bukan Moon yang jaga kedai tu.
Ada pekerja yang tolong Moon jaga. 



Lepas ni apa lagi ek?
Hmm..... nanti Moon fikir lagi. Hehehee.....

Pada kawan-kawan yang sentiasa bagi sokongan dan membantu Moon, terima kasih sangat-sangat. 
Moon bersyukur ada korang semua. 
Apa yang Moon buat, korang mesti sokong.
Alhamdulillah.....
Sayang korang ketat-ketat. 
Muuuaahh!!!

Pada mereka yang mengenali Moon, doakan yang terbaik untuk Moon ya?
Thanks..... (^_^)v

~end~

Sunday, July 1, 2012

...spain VS italy...

Moon sedang SERIUS.
Jadi sila baca dengan SERIUS.
( wah! serius nyer. hahahaa...)

Sekali lagi Sepanyol ke padang terakhir sebelum dinobatkan sebagai juara.
Tiga kali berturut-turut menjejakkan kaki ke final merupakan satu rekod baru.
Malah 2 daripadanya telah merangkul gelaran juara. Di EURO 2008 dan World Cup 2010. Hebat kan?

Persoalannya, bolehkah Sepanyol mempertahankannya buat kali ketiga?

Pasti ramai yang meramalkan Sepanyol sekali lagi memegang title juara.
Alasannya:
-> Sepanyol pemegang ranking no 1 oleh FIFA. Sedangkan Itali ranking ke 12.
-> Dalam EURO 2012, gawang Sepanyol hanya bolos sekali di tangan Itali ketika di peringkat kumpulan C. Itali pula bolos 3 gol.
-> Gol yang disumbat Sepanyol 8. Itali hanya berjaya menerjah gawang lawan sebanyak 6 kali.

Namun harus diingatkan.
Jangan pandang Itali sebelah mata.
Alasannya:
-> Rekod pertemuan antara Sepanyol dan Itali berpihak pada Itali. 30 pertemuan menyaksikan Itali menang 10 kali, seri 11 kali dan selebihnya kalah.
-> Rekod untuk perlawanan rasmi UEFA/FIFA pula daripada 11 pertemuan, Itali menewaskan Sepanyol sebanyak 5 kali, 5 kali seri dan hanya 1 kali kalah.

Ironinya dalam EURO 2012:
-> Sepanyol dan Itali bertemu pada pembukaan perlawanan untuk kumpulan C dan sekali lagi bertemu untuk penutup EURO 2012.
-> Dan kedua-dua kapten pasukan dipegang oleh penjaga gol. Gianluigi Buffon (Itali) dan Iker Casillas (Sepanyol). Dua-dua keeper ni memang kuat pulak tu.
-> Sepanyol ada pemain yang memang terbaik di dunia. Antaranya Andres Iniesta, Cesc Fabregas, Xabi Alonso, David Silva, Fernando Torres dan lain-lain.
-> Itali pula ada pemain yang memang digeruni. Antaranya Mario Balotelli, Antonio Cassano, Antonio Di Natale, Andrea Pirlo, Claudio Marchisio dan lain-lain.

Kita lihat rekod pertemuan pertama mereka di peringkat kumpulan pula:
-> Keputusan mereka seri 1-1.
-> Possession Itali (40%) Sepanyol (60%)

Jadi bagaimana?
Prediction semakin sukar kan?

-*-*-*-*-*-*-

Moon menjangkakan Itali menang.
Berdasarkan rekod sejak tahun 2002, pasukan yang berjaya menundukkan Jerman di peringkat separuh akhir, pasukan itu la yang akan muncul juara.
Nampak tak sesuatu di situ?
Jerman jadi pasukan kayu ukur untuk pasukan lain.
Well... Jerman memang power.
Hahahahaa.... nak jugak sebut Jerman kat sini.

~end~