About Me

Wednesday, March 31, 2010

...HaLaL taK haLaL...

Awal tahun ni Moon disentak oleh satu ayat. Sampai sekarang masih terngiang-ngiang kat telinga. Ayat ni ringkas sangat. Tapi makan dalam beb! Nilah ayatnya:

"Saya tak halalkan!"

Haa... siap ada tanda seruan pulak. Nak tunjuk betapa tegasnya ayat tu diucapkan. Aiyoooww... =P

Dulu masa zaman Moon sekolah rendah suka sangat sebut ayat ni. Lebih-lebih lagi kalau bergaduh. Siap cekak pinggang tunjuk penumbak. Wakakaaakaaa.... Tipikal kanak-kanak. 

Tapi bila dah besar panjang ni, bila dengar balik ayat tu, sudut pandangan jadi berbeza. Tak macam dulu. Ayat tu tersangatlah tak sedap untuk didengar. Apatah lagi dituturkan. Rasa menyesal dulu Moon pernah jadikan ayat ni penghias bibir. Nasib baik masa tu masih budak-budak. Boleh dimaafkanlah.

Sebabnya... sebuah sifat yang penuh angkuh menunjang dalam diri orang yang menuturkan ayat ni. Itulah yang Moon rasakan. Siapalah kita sebagai manusia biasa yang tak sempurna sifat ni nak kata macam tu? Layak ke kita yang kerdil, yang meminjam segala-galanya di dunia ni nak cakap macam tu?Apa hak kita?

Bagi Moon, hanya Allah saja Yang Maha Menghalalkan. Allah jualah yang mengaturkan setiap hukum. Halal atau haram, itu hak-Nya. Jadi, dengan ini Moon nak umumkan bahawa yang Moon tak gentar kalau dengar ayat tu. Allah Maha Mengetahui. Kalau Allah kata haram, haramlah. Jika Allah halalkan, kenapa kita dengan hidung yang tinggi nak kata tak halalkan? 

~end~