About Me

Friday, April 10, 2020

...kronologi COVID-19 di MALAYSIA...

Ini kronologi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

23 Januari

Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti coronavirus 2019 (2019-nCoV).
KKM sahkan kes di Sabah negatif.

24 Januari
KKM maklumkan lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin.

25 Januari

-Menteri Kesihatan (ketika itu) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.

- KKM nasihatkan jangan melancong ke China jika tiada keperluan.

26 Januari

-KKM rancang tambah alat imbasan suhu badan di pintu masuk negara.

27 Januari

-KKM mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendali kes disyaki jangkitan 2019-nCoV yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

-Kerajaan menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta.

28 Januari

-Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semua masjid di seluruh negara adakan solat hajat.

-Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan bagi memantau perkembangan semasa berhubung isu 2019-nCoV.

29 Januari

-KKM sahkan pertambahan tiga kes positif 2019-nCoV, jumlah kumulatif kes positif ialah tujuh.

- Perdana Menteri (ketika itu), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia dalam persediaan membawa balik rakyat tempatan dari Wuhan, China.

30 Januari

- KKM sahkan satu pertambahan kes positif 2019-nCoV dalam kalangan kontak rapat (kes kelapan), jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV ialah lapan.

- Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei, China diaktifkan susulan penularan jangkitan 2019-nCoV di wilayah itu.

- Jawatankuasa diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

- Kerajaan Sabah mengambil keputusan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan disewa khas dari China ke Sabah berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.

31 Januari

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan coronavirus sebagai darurat kesihatan dunia.

1 Februari

- Semua warga China dan warga asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari disekat memasuki Sarawak sehingga dimaklumkan kelak.

- Kedutaan Besar Malaysia di Beijing menghantar sepasukan peninjau ke Wuhan bagi menyelaras dan membantu proses membawa pulang 120 rakyat Malaysia di wilayah Hubei susulan penularan wabak 2019-nCoV di negara itu.

Pesawat AirAsia AK8264 yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 5.57 pagi tadi.

4 Februari

- Malaysia membawa pulang 107 individu yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan pasangan serta anak mereka yang terkandas di bandar Wuhan, yang disekat pergerakan keluar dan masuk oleh kerajaan China susulan penularan wabak 2019-nCoV sejak 23 Januari.

- Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 41 tahun dari Selangor, antara dua kes baharu yang dilaporkan positif 2019-nCoV dan satu lagi lelaki warga China berumur 63 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Januari.

- Pertambahan dua kes baharu positif itu menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 10.

- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menstruktur semula kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TM2020) dengan menyasarkan pasaran negara baharu susulan isu jangkitan coronavirus 2019.

5 Februari

- Sejumlah 74 orang dikenal pasti melalui pengesanan kontak susulan kes pertama rakyat Malaysia dijangkiti 2019-nCoV. Daripada jumlah itu, 35 kontak rapat dikesan dan sampel diambil daripada mereka serta diletak di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan.

- Dua daripada 107 individu yang tiba di tanah air menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster koronavirus di Malaysia ialah 12.

6 Februari

- Seorang wanita rakyat Malaysia menjadi kes pertama jangkitan tempatan dan wanita warga China dari Wuhan menjadi dua individu terbaru disahkan positif virus itu, menjadikan jumlah positif 2019-nCoV di Malaysia ialah 14 kes membabitkan 10 warga China dan empat rakyat tempatan.

7 Februari

- Satu lagi kes positif 2019-nCoV dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada 15 dengan kes terbaharu membabitkan pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia pada 21 Januari.

8 Februari

- Seorang wanita warga China dari Wuhan menjadi individu terbaharu positif kluster 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara berjumlah 16 kes.

9 Februari

- Seorang wanita tempatan berusia 65 tahun disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara 17 kes. Wanita itu adalah ibu mentua kes rakyat Malaysia yang dilaporkan pada 4 Februari, iaitu kes kesembilan.

10 Februari

- Malaysia mencatat 18 kes positif 2019-nCoV termasuk tiga kes pulih sepenuhnya. Kes terbaharu membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 31 tahun yang bekerja di Macau dan kembali ke Malaysia pada 1 Februari.

11 Februari

- Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja Bersama berikutan penularan jangkitan 2019-nCoV yang diterajui timbalan menteri kesihatan kedua-dua negara.

12 Februari

- KKM menerima tambahan 26 pengimbas suhu badan yang ditempatkan di pintu masuk negara, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 80 berbanding 54 sebelum ini.

- WHO mengumumkan COVID-19, yang bermaksud 'Penyakit Virus Korona' sebagai nama rasmi novel koronavirus 2019.

- Dr Dzulkefly berkata ujian terhadap 550 kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal awam di negara ini mendapati 18 disahkan positif bagi COVID-19.

13 Februari

- Satu lagi kes positif COVID-19 dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini meningkat kepada 19. Kes terbaharu membabitkan seorang wanita warga China berumur 39 tahun, rakan kes ke-14 dan anak kes ke-16.

14 Februari

- Tiga lagi diuji positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 22. Tiga kes terbaharu membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga Amerika Syarikat berumur 83 tahun, yang merupakan antara penumpang kapal persiaran yang singgah di Kemboja pada 13 Feb.

Tiada lagi kes positif baru selepas 14 Februari. 

27 Februari

- Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Interim, mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi menangani ekonomi daripada kesan penularan COVID-19.

28 Februari

- Kes baharu COVID-19 di negara ini bertambah tiga, menjadikan jumlah pesakit yang disahkan positif 25 orang, dengan 22 sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

- Pesakit ke-23 adalah wanita rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dari Jepun, pesakit ke-24 seorang wanita Jepun berusia 41 tahun dan bekerja di Malaysia manakala kes ke-25 lelaki Itali berusia 54 tahun yang berkahwin dengan rakyat Malaysia dan tinggal di negara ini.

1 Mac 2020:

- KKM mengesahkan empat lagi kes positif jangkitan COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan 29 kes.

- Kes ke-26 adalah berusia 52 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China pada pertengahan Januari, kes ke-27 adalah jururawat pelatih wanita berusia 20 tahun yang menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat kes ke-24 manakala kes ke-28 adalah lelaki berusia 45 tahun, rakan sekerja kes ke-25 dan kes ke-29 pula membabitkan wanita berusia 35 tahun yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 21 Februari.

3 Mac

- KKM mengesahkan tujuh kes positif COVID-19 membabitkan warga tempatan menjadikan jumlah terkini ialah 36. Semua kes baharu adalah kontak rapat kepada kes positif ke-26 pada 29 Februari.

4 Mac

- Sebanyak 14 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat kepada 50. Kes positif COVID-19 ke-31 hingga ke-50 adalah kontak rapat bagi kes ke-26.

5 Mac

- Lima lagi individu disahkan positif COVID-19, dikenal pasti sebagai kontak rapat kes ke-26, menjadikan jumlah kumulatif positif virus itu kepada 55.

6 Mac

- Sebanyak 28 individu disahkan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif 83 kes.

7 Mac

- Sebanyak 10 kes baharu COVID-19 dilapor, menjadikan jumlah kumulatif 93.

8 Mac

- Enam kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 kepada 99 kes. Semua kes adalah kontak rapat kluster kes ke-26.

9 Mac

- Sebanyak 18 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di Malaysia ialah 117. Satu daripada kes baharu, iaitu kes ke-101 membabitkan seorang lelaki yang pulang dari Iran.

10 Mac

- Sebanyak 12 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia setakat ini 129. Kes positif membabitkan pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan anggota Misi Bantuan Kemanusiaan.
- Rujukan hospital yang mengendalikan kes disyaki covid-19.

11 Mac 2020:

- Sebanyak 20 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 149.
- Kes covid-19 di seluruh dunia setakat ini:


12 Mac

- Sembilan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini ialah 158.

- WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik selepas mengambil kira peningkatan ketara kes di negara selain China.


- Malaysia belum mengalami kes sporadik COVID-19. Kes ke-131 yang sebelum ini dikatakan sporadik tidak tepat setelah siasatan lanjut yang dijalankan KKM mendapati pesakit adalah antara peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac.

- China hanya rekod 15 kes positif pada Rabu termasuk 6 kes import. 
- Wabak di Eropah semakin serius dan kematian terus meningkat di Itali, Perancis dan Sepanyol. 
- AS umum sekatan perjalanan ke Eropah kecuali UK.

13 Mac

- Sebanyak 39 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 197. Daripada kes itu, sebanyak 38 dikesan dalam kalangan PUI jangkitan COVID-19 manakala satu kes adalah kontak rapat dan empat kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberi rawatan anti-viral.
- KKM mengumumkan arahan kepada mereka yang telah menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 28 Februari - 1 Mac lalu diminta hubungi Pejabat Kesihatan Daerah/CPRC negeri masing-masing. Mereka ini perlu jarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang lain selama 14 hari bermula tarikh balik dari program itu.

14 Mac

- Sebanyak 41 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 238. Semua kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh membabitkan 37 kes PUI manakala empat lagi adalah kontak rapat.
- KKM mengeluarkan panduan untuk penganjur dan tetamu bagi program atau majlis termasuk majlis perkahwinan. 

15 Mac

- Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes. Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
- Tujuh pesakit telah sembuh dan discaj hari ini. Kesemua mereka warga tempatan dan berkait kes kluster ke-26 dan kes -33. Ini menjadikan 42 kes sembuh keseluruhan setakat ini.

16 Mac

- Sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 553. Sejumlah 95 daripada 125 kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
- Sebanyak 553 kes di Malaysia setakat 16 Mac 2020 termasuk 42 yang telah sembuh. Pengesanan peserta dan kontak rapat kepada kes positif masih berjalan bagi mengawal drpd merebak.
- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac.

17 Mac
- Pelajat IPTA/IPTS diarahkan keluar dari kampus membuatkan keadaan di TBS sangat sesak. 
- Pasar raya juga menjadi sesak akibat panic buying berikutan pengumuman perintah kawalan pergerakan oleh Perdana Menteri. Rak-rak jualan menjadi kosong.
- Balai polis menjadi tempat serbuan pelajar dan orang ramai apabila Ketua Polis Negara mengumumkan tak boleh keluar dari negeri pemastautin melainkan mendapat surat kebenaran daripada polis. Namun beberapa jam kemudian kenyataan ini ditarik balik.
- KKM telah mengesan 8,786 orang peserta kumpulan tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Seri Petaling, di mana 3,439 bilangan sampel telah diambil.
- 95 kes COVID-19 baharu di kalangan kluster ini, jumlah kes kini meningkat ke 338 kes.
- Kes baru 120 yang mana 95 berkait kes kluster perhimpunan Sri Petaling.
- 7 lagi sembuh menjadikan 49 keseluruhan telah sembuh.
- 2 kematian lelaki warga tempatan. 
- Kes kematian pertama di Malaysia akibat covid-19 terjadi pada tarikh ini. 
18 Mac
- Perintah Kawalan Pergerakan bermula. Rakyat diminta duduk di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan covid-19.
- Hanya pasar raya, stesen minyak dan essential saja dibenarkan dibuka dan ketua keluarga saja dibenarkan membeli barang keperluan.
- Mereka yang melanggar arahan PKP akan dikenakan denda RM1000 atau penjara 6 bulan. 
- 117 kes baru jadikan 730 kes keseluruhan.
- 11 pesakit sembuh jadikan 60 telah sembuh discaj. 
- 15 pesakit dirawat di ICU. 
- Pecahan 790 kes sehingga 18 Mac 2020. 

123 - Pesakit yang disyaki 
135 - Kontak rapat
513 - kluster tabligh
17 - ILI/ SARI 
2 - Misi bantuan
19 Mac
Statistik terbaru #COVID-19 di seluruh dunia oleh WHO, 19 Mac 2020.

- Kematian di Itali hampir 3K dgn kadar kematian 8.34%.
- Kematian di Iran, Sepanyol dan Perancis terus meningkat.
- Indonesia, kematian tertinggi di Asean dgn 19 (8.4%) dan Filipina 14 (7%), Malaysia 2 (0.25%).
- Malaysia tangga ke-18 keseluruhan kes di dunia.
- 110 kes baru dilaporkan pd 19 Mac. 63 kes adalah dari kluster perhimpunan tabligh.
- 83 rakyat Malaysia yang berada di Sulawesi akan lalui saringan kesihatan dan kuarantin 14 hari.
20 Mac
- 130 kes baru, 48 berkait kes kluster tabligh.
- 12 pesakit telah sembuh menjadikan 87 orang telah sembuh setakat ini. 
- 26 pesakit dirawat dalam ICU. 
- Pada tarikh ini kes di Malaysia mencecah 1000 kes. 
21 Mac
- 153 kes baharu. 
- 37 kes ditempatkan di wad ICU. 
- Dukacita dimaklumkan pada tarikh hari ini mencatatkan 6 kematian menjadikan keseluruhan kes kematian sebanyak 8 kes.
22 Mac
- Kes baharu sebanyak 123 menjadikan keseluruhan kes sebanyak 1306 kes. 
- 10 kes kematian. 
23 Mac
- KKM melancarkan kutipan tabung covid-19. Yang mahu menyalurkan sumbangan boleh dapatkan nombor akaun di bawah ini. 
- 212 kes baharu.
- Kematian meningkat menjadi 14 kes keseluruhan. 
24 Mac
- 24 pesakit #COVID-19 di Malaysia telah sembuh dan discaj hospital. Ini menjadikan 183 pesakit sembuh keseluruhan atau 11.3%.
- Kes baharu sebanyak 106 kes.
- Taburan kes #COVID-19 di Malaysia setakat 24 Mac 2020 mengikut negeri. 

- Kematian di Itali tertinggi di dunia melebihi 6,000 orang dengan kadar kematian 9.5%. 
- Pertambahan kematian di negara Eropah, Sepanyol, Jerman dan Perancis. 
25 Mac
- 172 kes baharu. 
- 19 kes kematian keseluruhan. 
- Seramai 16 lagi pesakit #COVID-19 telah sembuh dan discaj hospital menjadikan keseluruhan 199 pesakit. 
- Trivia: Pesakit termuda di negara ini adalah pesakit pertama yang sembuh dan discaj 4 Feb 2020 iaitu kanak-kanak warga China berumur 4 tahun.
26 Mac
- Seramai 80 anggota kesihatan KKM dikesan positif #COVID-19. Siasatan awal, punca jangkitan BUKAN disebabkan pengendalian kes positif di fasiliti kesihatan KKM.
- Kes baharu sebanyak 235 menjadikan keseluruhan berjumlah 2031 kes. 
- Seramai 215 pesakit #COVID19 berjaya sembuh dan dibenarkan keluar hospital setakat 12pm, 26 Mac 2020. Ini termasuk 16 lagi pesakit terbaru yang telah sembuh dan discaj. 
- Kes kematian meningkat menjadi 23 kes. 
27 Mac 
- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksana di Kg Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Johor. 
- Ia berkuatkuasa tengah malam ini 27 Mac - 9 April 2020.
- Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
- 11 daerah zon merah penularan jangkitan #COVID19 yang melebihi 41 kes. 
- Berikut taburan kes #COVID-19 mengikut negeri dan daerah. Kes melebihi 41 adalah zon merah manakala jumlah kes antara 20 hingga 40 adalah zon orange. 
- Bilangan pesakit #COVID19 yang sembuh terus meningkat kepada 259. Ini termasuk 44 pesakit terbaru yg telah sembuh dan discaj.
- 130 kes baharu. 
28 Mac
- COVID-19 telah membunuh lebih 24,000 orang di seluruh dunia dan Itali paling tinggi iaitu lebih 8,000 orang setakat ini. 
- Amerika Syarikat telah 'mengalahkan' China dengan jumlah kes positif tertinggi di dunia. 
- Kadar kematian di Itali tertinggi lebih 10% dan Indonesia 8.7%.
- Malaysia turun ke tangga ke-22 bagi jumlah keseluruhan kes covid-19. Alhamdulillah. 
- Jumlah terbaru pesakit discaj ialah 61 kes. Jumlah keseluruhan pesakit telah sembuh dan discaj hospital sebanyak 320.
- Kes baharu sebanyak 159.
29 Mac
- Keseluruhan #COVID19 di Malaysia yang telah membuat saringan berjumlah 35,516 kes. Dari jumlah ini hanya 2,320 kes atau 6.5% adalah positif setakat ini. 
- Pecahan kes mengikut daerah. Zon Merah (Bahaya):
1. Lembah Pantai
2. Petaling
3. Hulu Langat
4. Seremban
5. Kluang
6. Johor Bahru
7. Kuching 
8. Kota Bharu
8. Kinta
9. Gombak
10. Tawau 
11. Hilir Perak
12. Titiwangsa
13. Klang

- Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital 68. Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj 388.
- Kes baharu sebanyak 150.
- Kematian akibat covid-19 semakin meningkat menjadi 34 kes keseluruhan. 
30 Mac
- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sg Lui di Hulu Langat, Selangor. 
- PKPD ini melibatkan 3,918 penduduk merangkumi 700 rumah, termasuk 7 kampung iaitu 2 perkampungan Orang Asli dan lima 5 perkampungan Melayu. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, 30 Mac 2020 hingga 13 April 2020.
- Ini bagi mengelak #COVID19 merebak selepas 74 kes positif dikesan. 
- PKPD yang kedua dikenakan selepas dua kawasan di Simpang Renggam.
- Bilangan pesakit yang telah sembuh dan discaj terus meningkat. Terbaru 91 pesakit telah sembuh dan dibenarkan balik. Jumlah keseluruhan 479 orang.
- 156 kes baharu. 
- Kes kematian meningkat menjadi 37.
31 Mac
- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang ketiga dikenakan di Menara City One, Jalan Mushi Abdullah, KL. 
- Ia melibatkan 3,200 penghuni di 502 kondominium dan premis perniagaan berkuatkuasa 31 Mac hingga 13 April. 
- Sebanyak 17 kes positif #COVID19 di menara itu.
- Jumlah pesakit discaj 58. Ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 537.
- Kes baharu 140.
- Kematian 43 kes. 

- Statistik saringan covid-19 setakat ini ialah 40,483 yang telah diuji. Hanya 2766 kes sahaja yang positif. 

- Daripada 2766 kes yang positif, kes dari kluster tabligh yang paling tinggi iaitu 1331.
1 April
- Perintah Kawalan Pergerakan PKP dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 14 April. 
- Berdasarkan statistik #COVID19 di seluruh dunia oleh WHO, kematian melebihi 36,000 di seluruh dunia dengan Itali, Sepanyol, China, Perancis, Iran dan UK paling tinggi. 
- Di rantau Asean, kematian tertinggi - Indonesia, Filipina dan Malaysia. 
- AS paling ramai dijangkiti virus melebihi 163k mengatasi China. 
- Malaysia turun ke tangga 24 dalam keseluruhan kes covid-19 di dunia. 
- Seramai 43,462 orang telah disaring iaitu: 
- 6.7% atau 2,908 adalah positif. 
- 75.7% atau 32,894 orang adalah negatif. 
- 17.6% atau 7,660 orang masih menunggu keputusan.

2 April 
- Kadar kematian di Itali tertinggi di dunia melebihi 11% dengan kematian melebihi 12K diikuti Indonesia 8.9% dengan kematian 136 orang. 
- Malaysia, 2,908 kes dengan 45 kematian atau 1.55%.
- Malaysia terus menunjukkan penurunan dari jumlah keseluruhan kes seluruh dunia di tangga ke-27.
- Taburan kes #COVID-19 mengikut daerah atau zon merah, orange, kuning dan hijau yang terkini:
- Di Semenanjung hanya ada 4 daerah hijau, Sarawak (18) dan Sabah (9). 
- Bagi zon merah, amalkan langkah pencegahan dan patuhi PKP bagi mengelak dikenakan PKPD. 

- Kes baru 208. Keseluruhan 3,116. 
- Rawatan di ICU 105. Bantuan alat pernafasan 54. 
- Kematian terbaru 5. Keseluruhan 50.

3 April
- Kes baharu 217. Keseluruhan 3,333. 
- Rawatan di ICU 108. Bantuan alat pernafasan 54. 
- Kematian terbaru 3. Keseluruhan 53.
- Statistik saringan meningkat ke 47,723. Hanya 3333 positif dan 8265 masih menunggu keputusan. 

4 April 
Bilangan yang dijangkiti di seluruh dunia lebih 1 juta.
- Kematian lebih 52,000
- Kes tertinggi - AS 
- Kematian tertinggi - Itali (12%)
- Kadar kematian dunia - 5.2%
- Di Malaysia: Kematian 53 (1.6%) manakala sembuh 827 (25%)

- Kes baharu 150. Keseluruhan 3,483. 
- Rawatan di ICU 99. Bantuan alat pernafasan 50. 
- Kematian terbaru 4. Keseluruhan 57.

- Sebanyak 150 kes baru menjadikan 3,483 kes keseluruhan. 
- WP Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang catat pertambahan kes tertinggi.

5 April 
- Kadar kematian di seluruh dunia akibat virus ini meningkat 5.4% dan kadar kesembuhan 20.6%.
- Kematian di Itali cecah 15K orang dan Sepanyol melebihi 11K. 
- Malaysia 57 kematian pada kadar 1.6% dan sembuh 26%. 
- Kes baharu 179. Keseluruhan 3,662. 
- Rawatan di ICU 99. Bantuan alat pernafasan 48. 
- Kematian terbaharu 4. Keseluruhan 61. 
Status terkini saringan dan kes positif #COVID-19 di tiga kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD):
- Seramai 51,937 telah diambil sampel dan 3,662 adalah positif atau 7.05%. 
- Bagi menambah kapasiti ujian pengesanan, makmal ujian ditambah dari semasa ke semasa.
- KKM dlm proses mendapatkan 'test kit' yg paling berkesan atau kadar ketepatan lebih 70%.
6 April 
- Taburan kes mengikut negeri dan daerah, pertambahan zon merah kepada 18 dengan terbaru Cheras. 
- Duduk di rumah dan penjarakan sosial mampu memutuskan rantaian jangkitan #COVID19.

- Kes baru 131. Kes keseluruhan 3,793
ICU 102 (termasuk 54 bantuan alat pernafasan). 
- Kes kematian  1 kes. Kematian keseluruhan 62 (1.63%).
- Bilangan pesakit discaj paling tinggi setakat ini iaitu 236 kes.
- Ini menjadikan 1,241 pesakit telah sembuh dan discaj atau 33% daripada jumlah keseluruhan kes.
- Dua kluster yg berkait rapat dengan perhimpunan besar-besaran. 
1. Persidangan keagamaan di gereja, Kuching selama 3 hari. 83 org positif (2 kematian, 5 ICU, 50 sedang dirawat, 25 di pusat kuarantin dan 1 sembuh). 
2. Majlis perkahwinan di BB Bangi. 88 kes positif.
7 April
- Kes baharu 170. Keseluruhan 3,963. 
- Kes discaj terbaharu 80. Keseluruhan 1,321 (33.33%). 
- Kematian terbaharu 1 kes. Keseluruhan 63 kes (1.6%).
- Kes discaj 80. Jumlah kes discaj keseluruhan 1,321 atau 33.33%. 

- Arahan keempat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India, KL. 
- Arahan ini dikeluarkan selepas 15 kes positif #COVID19 dikesan. 
- PKPD ini berkuatkuasa 7 April sehingga pengesanan tamat.
- Statistik terbaru WHO menunjukkan wabak pandemik #COVID19 di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah khususnya Itali, Sepanyol dan Perancis lebih buruk berbanding asal wabak itu, China. 
- Pengalisis antarabangsa jangka AS hadapi situasi paling sukar kerana kurang persediaan.
- Malaysia mencatat penurunan kes keseluruhan di tangga ke-30. 

- Selangor paling tinggi kes baharu  sekaligus menjadikan kes keseluruhan melebihi 1,000. 
- Perlis kekal kes terendah dengan 17 kes. 
8 April 
- Kes sembuh dan discaj 166. Keseluruhan 1,487 atau 36.1% daripada jumlah kes keseluruhan.
- Kes baru 156. Keseluruhan 4,119. 
- ICU 76 (45 bantuan alat pernafasan). 
- Kes kematian baru 2. Kematian keseluruhan 65 kes atau 1.58%.
- Daripada 4,199 kes, 1,487 telah sembuh dan discaj atau 36.1% dan 65 kematian atau 1.6%. 

9 April 
- Kes baru 109. Keseluruhan 4,228
- ICU 72 (termasuk 43 bantuan alat pernafasan). 
- Kes sembuh 121. Kes keseluruhan 1,608 (38.03%). 
- Kes kematian terbaru 2. Keseluruhan 67 kematian (1.58%).
- Seramai 416 kes dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. KKM juga bekerjasama dengan UNCHR untuk aktiviti pengesanan di lapangan dan saringan.
- Pecahan kes dan tambahan kes baharu mengikut negeri terkini.
- Pecahan 4,228 kes termasuk 1,608 kes sembuh dan 67 kes kematian sehingga 12pm, 9 April.
10 April
- Kes baru 118. Kes keseluruhan 4,346. 
- ICU 69 (40 bantuan alat pernafasan). 
- Kematian 3 kes. Keseluruhan 70 kes (1.61%)
- Kes discaj 222. Keseluruhan 1,830 atau 42.11%. 
- Ini hari ketiga berturut-turut kes pulih melebihi kes baru.
- Berikut ialah pecahan kes dan pertambahan kes baharu mengikut negeri:

- Tiada kes baru di Perlis, Kedah dan WP Labuan.
- Kadar kesembuhan di Malaysia 42.11% antara yang tertinggi di dunia.

~end~

2 comments:

Syu Deris said...

salam perkenalan.saja singgah tambah rakan kenalan.Semalam punya kes memang gerun sangat tengok. 13k lebih.
BTW, Jemput singgah blog Syu https://www.syuderis.com/

https://holief.com said...

Good information.