About Me

Tuesday, August 28, 2012

...langit MEMELUK bintang...

PERGI TANPA ALASAN - EREN
Aku mencintaimu 
Bagaikan langit memeluk bintang
Aku lukiskan cinta di hati 
Tak terbatas lagi

Aku mencintaimu 
Bagaikan langit memeluk bintang
Aku lukiskan cinta di hati 
Tak terbatas lagi
 
Cinta yang dulu bersemi 
Kini menjadi masa laluku
Hatiku hancur tiada berkeping 
Bagaikan segelintir debu

Kepergianmu tanpa alasan yang pasti
Kau buat hatiku kini lemah tak berdaya
Semakin hancur hatiku ini tanpamu
Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega

Kepergianmu tanpa alasan yang pasti
Kau buat hatiku kini lemah tak berdaya
Semakin hancur hatiku ini tanpamu
Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega

Semakin hancur hatiku ini tanpamu
Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega

-*-*-*-*-*-*-

Nak tahu siapa Eren ni?
Dia la yang selalu nyanyi dengan kumpulan Kangen Band tu.
Dia nyanyi lagu Yakinlah Aku Menjemputmu, Cinta Yang Sempurna...
banyak lagi la.

Yang penting lagu ni best kan?
Kisah pencinta yang ditinggalkan tanpa sebarang alasan.
Jahat la orang yang blah camtu je.
Kalau dah tak suka, cakap la dah tak suka.
Jangan nak pergi sesuka hati pulak.
Tak rasa bersalah ke buat orang yang cintakan kita tu menangis?

Tapi ada juga yang pergi tanpa alasan ni ada sebab-sebab yang sukar untuk dilafazkan.
Haa..... mesti ada punya.
Nampak tak? Nampak tak permainan dia di situ?
Macam boleh buat novel je kan?
Hehehee..... 

~end~

Thursday, August 16, 2012

...kerana KEBERKATANNYA...

Salam Ramadan yang ke-27.
Sekejap je dah nak Syawal.

Masa raya nilah nak berkumpul dengan family, sedara-mara, kawan-kawan.....
Lagi-lagi yang memang susah nak jumpa. 
Rasa excited sangat.
Boleh borak-borak, tukar-tukar nombor telefon, kutuk-kutuk, gelak-gelak.....
Best-best.
Hahahaa.....

Tapi masa kecik-kecik dulu kalau sedara-mara datang, mesti ada je duit yang hilang.
Bengkek betul rasanya.
Masa raya nilah nak kumpul duit. 
Ramai pulak tu yang bagi.
Lepas tu masukkan dalam tabung.
Tahu-tahu tabung dah ringan.
Huhuu....

Biasalah.....
Zaman kanak-kanak ni lain macam sikit perangai masing-masing.
Semangat nak kumpul duit banyak-banyak berkobar semacam.
Tu yang best jadi budak-budak ni. Hehehe.....
Sekarang Moon pulak yang kena bagi duit raya.
Tapi Moon bagi kat orang yang belum baligh je.
Yang dah baligh tu harap maaf ya?
(^_^)v

Di kesempatan ni Moon nak minta maaf pada semua yang mengenali Moon.
Minta maaf sangat-sangat kalau Moon ada buat silap.
Moon dah cuba jaga hati semua orang.
Moon dah cuba tak nak bermusuh dengan sesiapa pun.
Tapi sebagai manusia biasa, Moon mesti ada buat salah. 
Maafkan Moon ya?



Memang kita digalakkan meminta maaf pada bila-bila masa.
Tapi dalam bulan Ramadan pasti hati kita lebih lembut kerana keberkatannya.
Sebab ada yang ego tak nak maafkan, ada yang ego tak nak minta maaf..... 
So, inilah masa yang terbaik untuk bermaafan.
Mereka yang bersifat pemaaf disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.
Lagipun kita disarankan supaya lupakan segala kebaikan yang kita buat.
Dan lupakan segala kejahatan orang lain.
Dengan cara ni lebih mudah kita menjadi seorang pemaaf.
Insya-ALLAH.....

Akhir kata, moga Syawal dirai bersama hati yang paling tenang.
Tiada hati yang tenang melainkan setelah memaafkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.

~end~

Wednesday, August 15, 2012

...baru aku SEDAR...


Semua orang cakap lagu raya lama-lama jugak yang best.
Lagu baru-baru kureng menyengat.
Orang cakap la.....

Moon pun rasa macam tu jugak kot.
Lagu raya baru-baru ni bila kita dengar macam nak terseliuh telinga. Eh..!! :P

Tapi ada satu lagu raya baru ni Moon suka pulak dengar.
Irama dia agak rancak.
Bila kita hayati lirik dia, tiba-tiba mata rasa macam masuk habuk.
Hahahaa.....

SALAM AIDILFITRI AYAHANDA & BONDA - HUJAN FEAT. RAIHAN
Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkinkan terbalas budi
Pengorbananmu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya

Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahagia

Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Di aidilfitri.....
Di aidilfitri.....

-*-*-*-*-*-*- 

Ya ALLAH..... ampunkan la segala dosa-dosa arwah abah.
Tempatkan la dia bersama golongan yang KAU kasihi.

Ampunkan la juga segala dosa-dosa emak, ya ALLAH.
Kasihi dia sebagaimana dia mengasihiku.
Berikan la dia kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Amin.....

~end~