About Me

Wednesday, October 2, 2013

...aku harus PERGI...


Dah sediakan tisu? Cukup ke sehelai? 
Tak cukup tu. Lagu ni sedih sangat.
Sesiapa yang mudah tersentuh kena sedia tisu banyak sikit.
Hehee.....
Kalau dah ready, kita dengar lagu ni jom.

SANDIWARA CINTA - REPVBLIK
Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mahu bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mahu menitis

Alasan yang sering kali ku dengar
Alasan yang sering kali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mahu
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa 
Ceritanya apa 
Aku tahu...

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati

-*-*-*-*-*-*-

Moon pernah beberapa kali dengar lagu ni kat radio.
Masa tu cuma cakap best je tapi tak tahu apa tajuknya.
Tapi bila Moon dengar ada seseorang nyanyi lagu ni masa kenduri kawin kat rumah dekat-dekat dengan rumah Moon, terus Moon menggelabah nak tahu ni lagu apa.
Mungkin sebab yang nyanyi tu nyanyi dengan penuh perasaan kot.
Ahahahhaa.....
Moon tak tengok pun siapa yang nyanyi sebab tak dijemput.
So dengar dari rumah jelah.

Best kan lagu ni?
Sedih kot. Rasa macam nak nangis pun ada. Huhuu.....
Lagu ni buat hati jadi sayu je.
Lebih-lebih lagi kalau sesiapa yang ada pengalaman diduakan.

Ya..... dulu Moon pernah diduakan.
Sedih pulak nak flash back kisah silam ni. Iskhh.....
Tapi nak buat macam mana kan? Benda dah jadi.
Menangis meraung macam mana sekalipun bukan dapat ulang semula masa lalu.

Sebenarnya kan..... orang yang diduakan ni boleh rasa yang dia diduakan.
Moon tak tahu macam mana Moon dapat rasa perasaan tu.
Bila Moon tanya, dia tak mengaku dan cuba mengelak-elak.
Moon bukan nak marah atau nak mengamuk.
Kalau dia mengaku, mungkin Moon boleh undur diri.
Jadi tak payahlah dia susah-susah nak pilih yang mana satu.
Moon jenis yang tak suka berebut-rebut dan lebih baik mengalah.
Tak apa walaupun hati memang rasa sakit.
Tu lagi baik daripada dia masih dengan Moon, tapi separuh hati fikirkan orang lain.
Yang tu lagi menyeksakan. Betul tak?
Dan bila segala-galanya sudah terang lagi bersuluh dia ada orang lain, Moon tahu kehadiran Moon dah tak bermakna lagi.
Biarlah Moon yang pergi dengan rela hati.
(T_T)

~end~

Thursday, September 12, 2013

...awak jangan MARAH...

Dah lama tak dengar lagu yang comel-comel macam ni.
Comel kan? 
Kan?
Kan?
Hehee.....




SAYA SAYANG AWAK - REYHANA
Gila aku usah gila
Gila menyintaimu
Resah aku bisa resah
Resah engkau tiada

Gila aku usah gila
Gila merinduimu
Gila aku aku gila
Ohh.....

Saya sayang awak
Awak jangan marah
Saya suka awak
Sayang sayang sayang
Ohh.....

Mahu tidur ingatkanmu
Jaga pun ku ingatkanmu
Sehari tak bersamamu
Pilu hatiku pilu

Bingung aku usah bingung
Bila tak dengar suaramu
Gila aku aku gila
Ohh...

Saya sayang awak
Awak jangan marah
Saya suka awak
Sayang sayang sayang
Sayang.....

Saya rindu awak
Awak jangan marah
Saya suka awak
Cinta hati saya
Ohh.....

Aku tak mampu hidup tanpamu
Andai kau tiada matilah aku
Andainya aku yang pergi dulu
Kuburkan aku di tapak tanganmu

Saya sayang awak
Awak jangan marah
Saya suka awak
Cinta hati saya
Ohh.....

Sayang sayang awak
Awak jangan marah
Saya suka awak
Sayang sayang sayang
Sayang.....

Rindu rindu awak
Awak jangan marah
Saya cinta awak
Cinta hati saya

Kita satu hati
Pegang satu janji
Ikhlas cinta ini
Setia sampai mati
Ohh.....

(bisik-bisik) :P
Sayang awak
Sayang awak juga

-*-*-*-*-*-*-

Sebab apa tau Moon suka lagu ni?
Sebab macam novel Sayang Awak, Sayang...
Hehehee.....

~end~

Friday, September 6, 2013

...ekspres ekspres ekspres...

Peh! Lama betul tak update blog. Rajin betul saya. Ahahha.....
Okeylah... 
Moon akan update secara paling cepat paling pantas. Ekspres!
Kita recap 2 bulan lepas punya kejadian.
Ramadhan, Syawal dan Hari Merdeka.
Huhuu.....

Selamat Berpuasa (alhamdulillah.... dapat dapat menunaikannya hari tu)


Dah puas beraya  dah. Entry ni pun hari terakhir Syawal. Ehehhee.....)

Merdeka! Merdeka! Dan selamat hari Malaysia 16 September nanti. :P

Ekspres kan entry kali ni? 3 bulan sekali gus untuk 1 entry. Hehhee.....

~end~


Saturday, June 29, 2013

KELANTAN vs JOHOR DT


Piala FA 2013 mempertemukan....
KELANTAN dengan JOHOR DARUL TAKZIM.
The Red Warrior dengan Southern Tiger. 
Gomo Kelate Gomo dengan Luaskan Kuasamu Johor. 
Pantai Timur dengan Selatan.
Kota Bharu dengan Johor Bahru. 
Pantai Cahaya Bulan dengan Desaru. 
Nasi kerabu dengan nasi beriani gam.
Pesta wau dengan pesta layang-layang.
Tarian mak yong dengan tarian zapin.
Dikir barat dengan ghazal.
Apa lagi....?

Semua tahu Kelantan juara piala FA 2012. 
Dan dah tentu la Kelantan nak pertahankan gelaran tu. 

JDT yang mengaum kuat musim ni tiba-tiba datang mencabar. 
Rasa-rasa mampu ke?
Memang la JDT ada barisan bintang. 
Tapi tu belum menjamin JDT mampu mencabar TRW.
Apatah lagi dalam minggu ni JDT ada 3 match. 
Dia orang dah guna banyak tenaga. Letih kot.
Mungkin sebab tu TMJ nak reward 2 best player kalau JDT menang. 
Nak naikkan semangat diorang. 

Agak-agak siapa menang? TRW atau JDT?
Moon orang Johor.. dah tentu la support JDT. 
Tapi sejujurnya Moon rasa Kelantan menang. 
Kelantan dah biasa ke pentas final. Mungkin ada kelebihan kat situ. 
Apatah lagi bila JDT tak 100 peratus cergas. 
Entah la.... Moon rasa Kelantan yang menang. 
Tapi Moon tetap berharap ada keajaiban berlaku dan JDT merampas tahta Kelantan. 
Amin amin amiiinnnn....

Jangan lupa pentas pertarungan akhir di Stadium Bukit Jalil. 
Sabtu 29 Jun 2013 jam 8.45 malam. 
Di situ la penentu. 
The best man win!

Anyway congratz untuk TMJ yang menginspirasikan team JDT. 
TMJ yang mula menggerakkan kemajuan bola sepak Johor. 
Banyak yang TMJ improve. 
B.O.S pulak mencetuskan gelombang chanting yang gemuruhkan semangat. 
Dan kerana ini la yang menyatukan rakyat Johor. 
Semua bersatu hati. 
Luaskan kuasamu Johor!

~end~



Wednesday, June 12, 2013

...kamu kamu kamu ADA...

Dua tiga menjak ni Moon asyik dengar lagu ni je.
Ulang berulang-ulang. 
Syok kot.





KERANA KAMU - EZAD
Luka Terubati
Saat Hadirmu Isi Hidupku
Kau Balut Luka Di Masa Laluku

Badai Telah Berlalu
Kau hapus Semua Dari Hatiku
Terhempas Perih Ini Berlalu
Kau Balut Luka Di Masa Laluku

Aku Bahagia
Kamu Kamu Kamu Ada
Semua Sakit Ini
Terhenti Oleh Cintamu

Tak Ada Lagi
Luka Luka Luka Di Hatiku
Senangnya Hatiku
Kerna Ku Mengenal Kamu


Badai Telah Berlalu
Kau hapus Semua Dari Hatiku
Terhempas Perih Ini Berlalu
Kau Balut Luka Di Masa Laluku

Aku Bahagia
Kamu Kamu Kamu Ada
Semua Sakit Ini
Terhenti Oleh Cintamu

Tak Ada Lagi
Luka Luka Luka Di Hatiku
Senangnya Hatiku
Kerna Ku Mengenal Kamu



-*-*-*-*-*-*-

Best kan kalau lepas kita kecewa bercinta, dapat pengganti yang lagi bagus 40 ribu kali ganda daripada ex kita tu. Huhuu....
So jangan risau kalau putus cinta. 
Mesti ada yang sanggup ubati luka hati kita. 
Dan kita kena percaya yang Allah akan berikan kita yang terbaik. 
Paling baik.

~end~

Friday, May 10, 2013

...DEKATLAH padaku...

Lagu ni antara yang Moon suka dengar. 
Moon pernah beritahu yang Moon suka muzik indie.
So, ni lah antara lagunya.
Tada.....




TERIMA KASIH - I AM NEETA
Tidak pernah ku rasa perasaan yang begini
Tulus untuk mencintaimu
Semua kerana dirimu
Ku berubah
Hidup kini penuh dengan senyuman

Oh sayang 
Datanglah ku inginkan dirimu
Dekatlah padaku 
Ku rindukan pelukmu

Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri 
Amat ku hargai
Semua ku simpan di dalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati

Siapa sangka kan bahagia
Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga

Tidak pernah ku rasa perasaan yang begini
Tulus untuk mencintaimu
Semua kerana dirimu
Ku berubah
Hidup kini penuh dengan senyuman

Oh sayang
Datanglah ku inginkan dirimu
Dekatlah padaku
Ku rindukan pelukmu

Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri
Amat ku hargai
Semua ku simpan di dalam hati
Penuh riang tawa  mesra
Terus terukir di hati

-*-*-*-*-*-*-

Bila kita dengar orang ucap 'terima kasih', hati kita rasa happy je kan?
Walaupun kadang-kadang benda yang kita buat tu tak seberapa.
Tapi ucapan terima kasih yang kita dapat akan buat kita rasa nak buat baik banyak-banyak. 

Macam tu jugak kalau ada seseorang datang dalam hidup kita dan buat kita bahagia.
Mesti kita nak ucap 'terima kasih' setiap masa. 
Betul tak?

Tapi jangan masa dia beri kita bahagia je kita cakap 'terima kasih'.
Kalau dia lukakan hati kita pun kena ucap 'terima kasih' jugak.
Terima kasih sebab kita dapat rasa kesakitan tu.
Kerana kita dah pernah rasa bagaimana sakitnya dilukai, pasti kita takkan melukakan hati orang yang kita sayang.
Sebab kita tak nak orang yang kita sayang disakiti.
Betul tak?

~end~

Sunday, March 31, 2013

...takkan ku SIA-SIAKAN...

Pertama kali dengar lagu ni Moon ingatkan ST12.
Muzik dia, suara dia...
Rupa-rupanya Firman yang nyanyi.
Tapi bila Moon selidik sebenarnya lagu dicipta oleh Charly, penyanyi ST12.
Patut la ada bau-bau ST12.
Hehehee.....

Lagu ni tersangat la sedih kalau seseorang tu pernah rasa kehilangan.
Kalau kehilangan disebabkan diri sendiri puncanya, lagi la rasa beribu-ribu kali menyesal.
Jom kita tengok lirik lagu ni.





KEHILANGAN - FIRMAN
Ku cuba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa telah kehilangan
Cintamu yang telah lama hilang
Kau pergi jauh kerana salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahawa cintamu telah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahawa cintamu telah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Takkan ku sia-siakan kamu lagi

*-*-*-*-*-*

Bila kita dah ada orang yang sayangkan kita, jangan abaikan orang tu.
Saat kita dah kehilangan dia, apatah lagi disebabkan sikap kita yang tak pedulikan dia, pasti kita sangat sangat sangat sangat menyesal.
Makin bertambah menyesal bila kita mula sedar betapa pentingnya dia dalam hidup kita.
Menyesal tak sudah kalau kehilangan dia tu untuk selamanya.
Huhuu.....

Apa-apa pun, lagu kehilangan ni buat Moon rasa seolah-olah Moon yang kehilangan.
Lirik dia berkesan beb!

~end~

Wednesday, March 6, 2013

...review SAYANG AWAK, SAYANG...

Assalamualaikum. Hai.....
Cewaahh! Intro yang sopan santun gitu.
Nak 'cover' la tu sebab dah lama tak update blog.
Huhuuhuu.....

Okey!
Ini review novel Sayang Awak, Sayang... yang Moon pilih untuk dimasukkan kat sini.
Review ni Moon pilih sebab lebih detail dan ada kelainan daripada review yang lain.
Kepada Lagenda Novel (LN/Ju), terima kasih banyak-banyak.
Masa baca review ni bergenangan air mata Moon.
Terharu dan rasa sangat dihargai.
Terasa susah payah Moon menulis 5 novel selama ni sangat berbaloi.
Tak ada yang membahagiakan hati seorang novelis melainkan pembaca berasa puas dengan hasil tulisannya.

LN siap buatkan gambar lagi.
Ada Naz, Jun, Fahim, Haziq..... Motor pun ada!
Semua ni Moon akan simpan sebagai kenangan.
Meh kita baca review LN pasal novel Sayang Awak, Sayang...




Paling Moon suka gambar ni sebab ada Motor yang comel tu! :)


Banyak lagi review yang Moon terima.
Boleh tengok dalam Moon punya instagram.
Insya-Allah Moon akan cuba masukkan semuanya.
Pada semua yang sudi review novel-novel Moon, Moon sayang awak semua, sayang!

~end~

Monday, January 28, 2013

...karnival KARANGKRAF 2013...

Karnival Karangkraf kini datang lagi!
Ewah..... macam iklan jajan Tora pulak.

Tapi ini lebih HANGAT daripada jajan Tora. Lebih MERIAH.
Ruginya sesiapa yang tak dapat datang. 
Macam-macam aktiviti. Macam-macam jualan. Harga murah-murah.
Jangan lupa temu janji kita..... 1 hingga 3 Februari 2013.







  


Moon pun ada di sana.
Nampak tak yang ada arrow merah tu.
Kalau nak jumpa Moon cari di booth Ilham Grup Buku.
Okey?
(^_^)v

~end~

Thursday, January 3, 2013

...please BE MINE...




Mula-mula dengar lagu ni Moon ingat lagu Indon.
Sekali tengok kat Youtube... alahai! Comelnya dia!

Lagu ni ada beberapa versi.
Versi akustik ada, versi Melayu + Omputih ada, versi Melayu je pun ada.
Yang kat radio tu versi Melayu je.
So Moon pilih yang versi Melayu + Omputih.
Kita tengok lirik dia jom.
Boleh nyanyi sama-sama.
Hehehee.....

BE MINE - TASHA MANSHAHAR
Bermula di Facebook  
Kau tegurku dulu
Tak tahu malu 
Tak kuasa nak layan  
Aku buat tak tahu
 
Kau terus cuba dan mencuba  
Sehingga ku jatuh cinta 
Gatalnya dirimu 
Membuat ku terjatuh
 
Bila kita mula mengada  
Kita selalu keluar sama  
Borak panjang-panjang  
Makan dan tengok wayang
 
Sikit sikit aku merajuk 
Kau selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya ku cuma nak uji saja
 
Let me tell you that I love you 
And I never wanna wrong you  
Take my hand baby  
Come, go through with me  

Let me tell you that I miss you  
And I never wanna lose you  
You're my heart baby  
My life is incomplete without you
 
Dalam pada ku gembira  
Kadangkala sedih juga 
Kau sudah berpunya  
Tak mungkin jadi milikku
Selamanya

-*-*-*-*-*-

Cinta zaman remaja yang paling seronok sangat.
 Budak-budak..... biasa la.
Cinta yang kebudak-budakan ni rasa macam sweet-sweet je.
Part yang paling best masa cinta baru nak berputik.
Rasa macam..... hati rasa macam kembang wangi-wangi gitu.
Hahahaha.....

Dalam lagu ni lelaki tu sebenarnya dah berpunya.
Dan perempuan ni pulak berharap suatu hari nanti lelaki itu akan jadi milik dia.
Berharap saja tak apa. Tapi jangan sampai hancurkan hubungan orang lain.
Tak baik buat macam tu.
Nanti kalau orang lain buat macam tu kat kita, padan muka kita.
Betul tak?

Okey la..... nak sambung nyanyi lagu ni.
"Bermula di Facebook, kau tegurku dulu, lalalalaalaa..."
(^_^)v

~end~

Tuesday, January 1, 2013

...majlis pelancaran 5 NOVEL...

Owhh..... lamanya tak update blog.
Rasa berdosanya biarkan blog ni sunyi-sunyi.
Huhuu.....

Okey!
Moon mulakan dengan kisah pada 1 Disember 2012.
Ini tarikh bersejarah dalam hidup Moon apabila sebuah majlis Pelancaran 5 Novel Murni Aqila diadakan.
Bertempat di auditorium Kumpulan Media Karangkraf, berlangsung majlis yang amat bermakna bagi Moon.
Bermula dengan Sebutlah Namaku (2008), Ucapkan Kau Rindu (2009), Cinta Aku Seadanya (2010), Ingat Janji Kita (2011) dan yang terbaru Sayang Awak, Sayang... (2012).
Di Alaf 21 apabila seseorang penulis sudah mempunyai 5 buah novel, dia secara automatik menjadi penulis prolifik.
Kelebihannya, nama penulis di cover novel lebih besar daripada tajuk.

Yang seronoknya pelakon, pengarah, penerbit dan penulis skrip drama Melissa Saila sudi merasmikan majlis ni.
Penampilan kak Melissa yang dah bertudung nampak ayu sangat. Comel dia.
Dia lebih kecil dari Moon dan nampak muda. 
Ahh..... jeles la pulak. Ahahahaa.....



Pada hari itu juga Moon menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan Click! Click! Bersama Murni Aqila.
Maaf sebab tak dapat menjemput semua sebab majlis ni tertutup.
So..... Moon kongsikan gambar-gambar ketika majlis berlangsung pada anda semua.
Moon nak kongsikan kegembiraan Moon pada hari tu.








Nak tengok lebih banyak gambar lagi?
Boleh tengok di page FB Moon DI SINI.

Anyway Moon nak ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan semua yang terlibat dalam majlis tu.
Juga pada anda semua yang telah menyokong, mendorong dan mengkritik.
Semua itu yang membuatkan semangat Moon berkobar-kobar untuk terus berkarya dan menghasilkan yang terbaik.
Doakan Moon lebih murah idea lagi lepas ni ya?
Sayang anda semua, sayang.
Muaaahhh...!!!
(^_^)v

~end~